Menu Tab

Pantai Pasir Lanun Penyabong Johor


Haaaa... baru hari ni aku dapat upload semua gambar-gambar kat Pantai Pasir Lanun
Korang tau, aku biasa lepak sini belah petang sebab nak tengok air pasang.
Tapi kali ni aku ajak Pak Wan pagi selepas subuh terjah ke pantai yang mana tak dak sapa lagi ko kat situ.
Yang bestnya tengok jam pukul 7 am terus aku herat laki aku dan anak aku pergi ke sana.
Air dia dah mula surut tapi boleh lagi kalau nak mandi.
Aku siapkan Zulaikha pakai pakaian renang dia siap-siap dan terus masuk kereta.


Ha, masa aku duduk dalam kereta tu suami aku pun belek aku atas bawah.
Kemudian dia senyum kambing dan bertanya...

"Ayang, awak pergi pakai macam ni je ke?"

Aku blur sambil membelek diri. 
Apa pulak yang tak kenanya? Nak mandi laut je kot, takkan nak bermakeup bagai. Nak jumpa siapa kat sana? haha..
Korang tau, aku gi pantai tu pakai baju tido je.
Memang tak salin baju der sebab tau bila dah kena air sure basahkan?
Kata nak mandi laut? Haha...

"Dah, tak payah banyak tanya, jalan je. Bukan kita nak pergi beraya. Kita nak pergi laut je. Wat mende pergi laut pakai lawo-lawo?"

Pak Wan akur dan terus mulakan perjalanan yang ambil masa 15 minit ke pantai itu.
Sampai je kat sana, kita orang tengok suasana sunyi dan sepi.
Memanglah, baru pukul 8pg kot, orang semua tengah ngorok lagi!
Yang aku bengang tu tempat bilas tuk mandi pun tutop?!
Cis! Kempunan aku nak mandi!
Cuma Zulaikha je boleh, sebab on the way ke situ Pak Wan belikan air mineral 1.5 liter memang ngam-ngam untuk siram badan budak tu je.
Stress mak ni tau!





Ni aku dengan masih berbaju tido.
Haaaa nak cerita pasal si Zulaikha ni, sangatlah kelako kalau ingat balik bila pertama kali dia tengok ombak laut yang menderu-deru gitu.
Kalau ikut aku pon seriu jugak nengok sbb ombaknya ganas dari biasa.
Pak Wan tarik dia pergi ke laut, tau dia cakap apa kat ayah dia.

"Ayah!!! Janganlah pergi ke laut tu nanti kita kena gigit ikan!!! Kita takutlah ayah!!!"

Aku punya gelaklah dengar dia cakap takut kena gigit ikan.
Takut kena gigit dengan ikan duyung ya nak? haha...
Kita orang suka menyakat dia. Saja nak bagi dia berani dengan gigi air.
Kalau tidak, penakut nauzibillah. haha..



Korang tengoklah kepoyoan Pak Wan tu.
Dia kalo aku suruh posing baru nak posing, kalau tak macam tiang je berdiri tak ada gaya apa.
Haha... dia tu ikutkan gatal je nak terjun laut tapi kenangkan toilet tutup nak mandi tak boleh, langsung tak jadi nak terjun member tu.


Gigi air dia pun cantik wei... kalau toilet bukak, aku dah duduk dkat bawah tu terus.
Zulaikha jadi takut sebab mak pak dia tak main air sekali.
Kalau mak pak dia main air sekali, dia tak adalah takut.



Haaaa macam nilah lagak si Zulaikha, mampu duduk je ye.
Tak berani langsung rendam muka ngan kepala.
Kalau kat bagan lalang tu bukan main posing meniarap lagi kat laut.
Kalau kat sini, ombak baru pukul badan dia sikit dah menjerit macam kena histeria.
Tak pasal-pasal pak dia kena berdiri kat belakang tu jadi body guard.




Tengah duduk2 kat tepi batu tiba-tiba nampak ketam kecik, snap terus!



Aku suka gambar ni sebab macam poskad pulak hehe.


Kat batu2 tu pun boleh lepak tapikan kena hati-hati sikit sebab batu2 kat situ tajam2.
Berapa kali aku asyik "aouch! aouch! je"


Last gambar.
Untuk pengetahuan korang ni bukan gambar homestay mahu pun rumah peranginan.
Ini adalah sejenis tempat di mana korang boleh membilas dan mandi yang aku cakap tutup tu.
Stress aku tengok papan notis yang tergantung tu.
Pantai dah cantik dah, siap ada tempat makan lagi.
Sekali tempat mandi berkunci. 

Shengal! Shangat!
Ok bye.

10 comments:

  1. bestnya boleh jlan2..hehe..semoga berbahagia till jannah..

    ReplyDelete
  2. wah...menarik juga pantai pasir lanun ni ye. saya tak pernah berkesempatan lagi nak ke johor. akak member kawin nnti dapat la pergi mandi laut kejap ke. hehe..

    ha'a kan. g laut untuk mandi. pakai mekap nak lawa-lawa pun nanti tak guna juga. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dtg johor, singgahlah kelaut dia mmg best... akak lagi suka pantai acheh sebabnya warna air dia biru nampak dasar laut... akak belajar renang dgn ayah akak dulu kat pantai acheh ler...

      Delete
  3. Bila ni KM? Johor nun..bakal adik ipar irra asal johor..
    diorg kawen hujung tahun ni..haha..tetiba..tengok pantai pasir lanun penyabong JOHOR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni masa yg sy cerita pasal sy balik kampung tergempar tulah ira. nak settlekan dengan contractor sengal yang buat rumah parent sy tu... kita org cabut ke pantai, tenang sikit kepala...

      best pantai ni... silalah singgah ya..

      Delete
  4. cantiknyaaa pemandangan di sana. kite selalu terjah desaru je. hihi. itupun dah kotor sekarang.

    ReplyDelete
  5. memang menarik pantai kat sini. Ala tak payah bilas pun takpa. balik rumah jela bilas hehehe
    dengan baju tido nak mandi? ikan ada yang terapung tak? hehehe gurau je erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. kena bilas jugak, nanti kotor kereta hihi..
      2. baju tak bawak banyak, kena jugak mandi pakai baju tido.
      3. ikan dugong je terapung hahaha...

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~