Menu Tab

Dapat Hadiah Kerongsang Dari Big Bos


Alhamdulillah...
Tengah tersengguk-sengguk buat kerja menghadap komputer, tiba-tiba datang seorang Secretary sambil membawa seguni harta karun haha.
Dikeluarkan sekotak cantik macam dalam gambar di atas dan letak kat atas meja aku.
Yang aku ni pun terpinga-pinga duk pandang kotak tu tanpa bertanya.
Bila dah sedar diri, terkebil-kebil "eh-eh kotak apa ni?" baru aku tanya balik kat Secretary tadi.

Aku : "Apa benda ni wei?"
Secretary : "Kerongsang Cik Ina Bagi."
Aku : "Hah?! Betul ke ni?"
Secretary : "Tak payah tanya, ambik je orang nak bagi."
Aku terus bukak dan tengok isi dalamnya.
Mula-mula dapat warna purple, terus segar mata aku dan datang rapat kat dia yang tengah bawak guni tu.

"Boleh aku pilih? Hehehe..." Muka sengih.
Member pandang. "Erm.. dengan korang je boleh pilih. Cepat sikit."

Hahaha... akhirnya aku dan dua tiga orang lagi kawan office menukar dengan suka hatinya.
Benda-benda macam ni memang buat mata aku segar dari mengantuk.
Dan aku pun memilih kerongsang di atas.
Cantik tak korang?
Kerongsang ni kerongsang raya.
Kerongsang ni jugak aku wajib pakai di jamuan hari raya division aku nanti.
Melaram dengan penuh bergayalah gamaknya.
So, itu sahaja nak cerita,
Daaa~~~



17 comments:

  1. cantik n cun la..rezeki kan alhamdullah..

    ReplyDelete
  2. untunglah Mak dapat hadiah menjelang raya..ni nak kena mintak kat bos gak la..

    ReplyDelete
  3. Cantik kerongsang tu..pandai pilih..hehe..

    ReplyDelete
  4. Boleh pakai untuk raye nanti :)

    ReplyDelete
  5. Wahh cantik... bolehlah pakai utk jenjalan hari raya nanti... tahniah.. :)

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~