Menu Tab

Berbuka Dengan Steambot

Ni cerita kelmarin.
Korang jangan tak tau, apa ingat kat rumah tak boleh makan steambot macam kat jonneys tu?
Hehehe...
Alkisahnya Pak Wan teringin sangat nak makan steambot ala-ala jonneys gitu.
Nak pergi alamanda, memang taklahkan.
Sampai sana karang, mau pandang je orang makan sebab takut tempat dah penuh.
Mak ni malas nak telepon-telepon untuk tempah.
Sudahnya kita orang pun keluarlah cari bahan-bahan yang nak dimasak.
Bahan-bahan dia simple je wei.
Tak adalah susah mana sebab aku buat sesimple mungkin.
Janji masuk perut, makan dan kenyang haha.

Aku beli cendawan panjang ni. Alamak, apa tah nama cendawan pajang tu. Enokita, enokitake... haaa macam tulah lebih kurang namanya. Kita orang memang suka cendawan ni. Kalau makan tu layan je rasa.
Lepas tu tak pernah orang buat masuk brokoli dalam steambot, haaaa aku buat. Resepi aku, aku punya sukalahkan? Hahaha... Then kita orang pilih kubis panjang. Gantikan dengan sayur kailan.


Udang ni memang wajib. Kalau tak ada udang, tak lengkap steambot aku hehe.


Alamak ni satu hal apa ke nama pun aku tak tau. Tapi kalau makan ni rasa dia macam ala-ala udang atau ketam. Ala cantum jelah namanya jadi 'Udangtam' kan.

Yang ni pula fish cake. Kalau ikutkan bebola ikan tapi aku pilih fish cake sebab ikut selera kita orang hehe.

Haaaaaa... korang tau apa benda jadah ni? Sebenarnya aku pun tak tau huhu. Aku tanya Pak Wan pun dia tak tau. Rupa dia kalau korang tengok macam mainan plastik tau tak? Alaa.. macam plastik getah yang campak kat dinding tu. =) Lepas makan baru aku boleh review. Rupa macam udangkan? Tapi sebenarnya bukan udang sebab rasa dia sebiji macam ketam. So ni pun boleh panggil dia 'ketamdang' lahkan?
Hahaha suka hati ko jekan mahirah nak bagi nama kat makanan-makanan ni.


Sooo inilah hasilnya ketika memasak. Mula-mula aku panaskan air, macam yang kat joneys buat tu. Lepas tu aku masukkan tomyam paste. Jangan lupa letak garam secukup rasa. Oh, jangan lupa juga letak daun limau purut untuk rasakan lebih enak gitu. Lepas tu kacau macam biasa. Yang ni aku tak pakai bawang pun. Sup tomyam kosong je. Lepas tu aku masukkan bahan-bahan semua tadi kecuali sayur kubis, cendawan dan brokoli sebab takut layu cepat. Dah masak yang bebahan basah dan frozen tadi, biarkan api kecik. Yang sayur2 tadi bila kita orang nak makan baru kita orang celur dalam kuah tomyam tadi. Itu je, senangkan? Ala, budak sekolah pun boleh buat hehe... (budak sekolah saja mahirah ni)


Siap untuk di makan dengan nasi (wajib)

Sekian

16 comments:

  1. kalau semua orang kratip macam mak ni, bangkrap jonny

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... pak jony takkan bankrup... tp kita yg bankrup klu asyik mkn kat pak jony =)

      Delete
    2. haha..betul.steamboat ni sekali-sekala bolehla..

      Delete
  2. aduii mak sdapnyaaa lahaiiii...

    asal bole je kann bg nama tuu.. tapii sodapp jugakk nama tuu 'ketamdang' hahaha

    nt kite nak try jugakk bt steambott cmnii.. pehh..

    kali terakhir mam steambot mse birthday nadya taun lepas tuu pon sebab ade rombongan kolej kan. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila la try... tp klu tak sedap jgn marah akak ye... hahaha...

      Delete
  3. Wahh... menyelerakan tengok. Tak sabar nak berbuka pulak petang2 ni hehee..:D

    ReplyDelete
  4. Asben suka sangat makan steamboat.
    Kalau keluar, saya prefer order nasi.

    ReplyDelete
  5. pepagi tgokk, ttbe rse terliurr.. hehehehehe

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~