Menu Tab

Bawa Zulaikha Jalan2 Supaya Dia Aktif



Kelmarin lepas beri makan ubat, aku dah janji dengan Zulaikha yang aku akan bawak dia jalan-jalan kalau dia dah sihat.
Bila dia dah aktif dan bertenaga, dia tuntut balik janji tu dengan aku haha.
Nak tak nak, bawak jelah dia bersiar-siar dalam kereta.
Sebelum tu aku bawa dia main kat playground taman rumah aku tu.
Pagi tu nyaman je rasa sebab cuaca redup.
Sebab tu aku tak kisah bawa dia main kat playground.
Tapi sekejap je dia main, lepas tu dia duduk sebelah aku kat bangku.
Haaaa itu maknanya kepala dia dah berat.
Dalam erti kata lain dia pening kepala, panas dalam.
Aku tanya dia...
"Kalau rasa pening, jom balik rumah. Jangan main lagi kat padang. Dah sihat betul-betul baru main semula."
Eh...dia tak mau balik kooooo...
Dan-dan tu jugak cakap yang dia dah baik demam. Alhamdulillah...
Erm... aku perhati je dia dari jauh yang konon cuba gagahkan diri nak bermain.
Sampai satu tahap mata dia berair tu maknanya dah panas sangatlah tu, terus aku tarik dia masuk rumah dan basahkan kepala dia.
Bila suhu dah okay, terus dia baring depan TV dengan ayah dia dan bagi air masak dalam botol.
Nasib baik berpeluh sikit.
Sekurang-kurangnya demam dia dah kebah walaupun tak sepenuhnya.

Lebih kurang jam 12 tgh hari barulah kami gerak keluar bawak Zulaikha bersiar-siar dalam kereta je.
Memang tak bawak dia kat tempat-tempat awam tu sebab keadaan dia bukanlah pulih sepenuhnya.
Kami cuma nak isi minyak je untuk seminggu nak kerja next week.
Lepas tu, kami balik rumah, singgah 99 Speedmart je beli barang apa yang patut untuk prepare nak masak berbuka.
Itu pun mak jemah tu dah membebel kat aku lagi...

"Mama kata nak bawak kita shopping kat tesco? Baju ayahkan belum beli lagi. Baju kita je dah ada tau."
Dia tak puas hati baju raya ayah dia tak beli lagi.
Yang sebenarnya dia tu tak puas berjalanlah tu, sebab tu duk membebel je kat aku.
Ayah dia kat sebelah dah senyum geli hati je dengar mulut dia berceloteh tak henti.
Then aku pujuklah dia supaya dia faham situasi dia yang tak sihat tu.

"Tunggulah Zulaikha sihat betul-betul, baru kita pergi beli baju raya ayah ya. Masa tu syok sikit nak jalan-jalan. Nanti mama dengan ayah bawa Zulaikha pergi playground lagi ya."
Dengar je perkataan playground, bukan main seronok tak hingat ko....
Barulah dia setuju cakap aku tapi dengan syarat ya... haaa...
"Nanti mama belikan kita kasut raya yg macam mama punya tu ya. Yang ada kilat-kilat tu. Kita suka kasut mama tu."
Hahaha... parah! Kome tau kasut mana yang dia suka tu?
Tu, Kasut Jelly yang aku ada buat entry sebelum ni tu.
Itulah dia kasutnya yang dia suka sangat tu.
Masalahnya mana aku nak cari Kasut Jelly macam tu dengan saiz kaki kanak-kanak 4 tahun?
Hahaha... parah mak dia nak mencari ni.
Dahlah tak rajin nak survey.
Kalau korang tau kat mana nak beli kasut jelly kanak2 yg macam kasut aku NI, silalah share kat sini ya.

SEKIAN

2 comments:

  1. Kanak-kanak memang suka keluar rumah, ada pernah terbaca satu artikel samada benar atau tidak, kanak-kanak cepat stress jika asyik terkurung di rumah. Tapi rasa macam betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... nanti pembesaran otak dia terbantut... so kita kena beri pendedahan luar... jgn bagi kurung dia sangat...

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~