Menu Tab

Suamiku Anak Jiran Sebelah [8]

BAB 8

MIRA nanti you buat costing traveling staff. Buat dalam bentuk graf bagi setiap bulan. Semak sekali harga tiket flight dan buat summary. I nak you siapkan dalam minggu ni jugak.”
“Okay bos.”
Amira tertunduk akur sambil memeluk tiga file budget di tangan. Tapak kasut yang licin membuatkan kakinya terkocoh-kocoh melangkah. Dalam hati sebenarnya takut kena sembur dengan majikannya. Besar langkahnya mengekori rentak Amir berjalan.
“Oh, lagi satu I nak cakap…” Tiba-tiba Amir berhenti tanpa isyarat.
Gedebuk!! Adoi!! Tak pasal mereka berlaga dan menyebabkan Amira tercium lengan kemeja Amir.Terlucut segala file yang dikendongnya. Cuak juga muka Amir masa itu lantas segera menolak Amira semula.
Sorry! Sorry! Saya tak sengaja.”
Tangan Amira laju mengibas lengan kemeja Amir. Aduh! Kenapa dengan aku hari ni? Baru hari pertama kerja kot, takkan dah gelabah? Pergh! Malunya tak usah cakaplah, rasa nak sorok je muka ni dekat balik pasu. Nasib baik tercium lengan baju, kalau tercium dada baju dia??? Mau aku terus balik rumah kot! File-file yang terlucut dari tangan tadi dicapainya kembali.
Saat Amira mahu berdiri, matanya galak memandang tanda merah pada lengan baju Amir. Dia menelan liur silih berganti memandang mukalelaki itu.Cuak sekejap. Alamak! Lipstic?! Mengenangkan diri dimalukan dalam bilik mesyuarat tadi, jadi Amira buat-buat tak nampak je.
“Lain kali mata tu pandang depanlah! Ini pandang bawah, mana tak berlaga dengan orang!”
Berkerut dahi Amir marahkan kecuaian Amira. Runsingkepalanya memikirkan pekerja yang kelam kabut dan kuat berangan ni.
“Kejap lagi you tolong buatkan labeling file. Actually, banyak file yang you kena susun semula. I sorang nak buat memang tak cukup tangan.”
“Err… saya kena…”
“Ada masalah ke?” Amir menjegil mata. “Cik Mira, tak kiralah you pangkat executive ke, pangkat senior executive ke, jangan anggap kerja filing tu hanya untuk orang kerani je. You pun kena buat filing sendiri. I yang pangkat manager ni pun ada filing sendiri.”
Berdesing telinga Amira mendengarnya. Hamboi! Sindir kasar nampak? Agak-agaklah pun nak kutuk aku. Belum habis cakap kau dah menyampuk. Karang ada jugak orang balik naik teksi petang ni.
“Encik Zuhairi, saya tak habis cakap lagi tapi encik dah menyampuk. Saya tak cakap pun kerja filing tu hanya untuk orang kerani. Cuba dengar dulu saya cakap sampai habis, barulah mesej tu sampai.” Ucap Amira penuh lembut. Padahal dalam hati rasa nak telan je majikannya hidup-hidup.
“Hah! Cepat habiskan ayat!” Amir menelan liur, termalu sendiri bila gadis itu cuba berlembut dengannya.