BAB 8
“MIRA nanti you buat costing traveling staff. Buat dalam
bentuk graf bagi setiap bulan. Semak sekali harga tiket flight dan buat summary.
I nak you siapkan dalam minggu ni jugak.”
“Okay bos.”
Amira tertunduk
akur sambil memeluk tiga file budget di
tangan. Tapak kasut yang licin membuatkan kakinya terkocoh-kocoh melangkah.
Dalam hati sebenarnya takut kena sembur dengan majikannya. Besar langkahnya
mengekori rentak Amir berjalan.
“Oh, lagi satu I
nak cakap…” Tiba-tiba Amir berhenti tanpa isyarat.
Gedebuk!! Adoi!!
Tak pasal mereka berlaga dan menyebabkan Amira tercium lengan kemeja Amir.Terlucut
segala file yang dikendongnya. Cuak
juga muka Amir masa itu lantas segera menolak Amira semula.
“Sorry! Sorry! Saya tak sengaja.”
Tangan Amira
laju mengibas lengan kemeja Amir. Aduh! Kenapa dengan aku hari ni? Baru hari
pertama kerja kot, takkan dah gelabah? Pergh! Malunya tak usah cakaplah, rasa nak
sorok je muka ni dekat balik pasu. Nasib baik tercium lengan baju, kalau
tercium dada baju dia??? Mau aku terus balik rumah kot! File-file yang terlucut dari tangan tadi dicapainya kembali.
Saat Amira mahu
berdiri, matanya galak memandang tanda merah pada lengan baju Amir. Dia menelan
liur silih berganti memandang mukalelaki itu.Cuak sekejap. Alamak! Lipstic?! Mengenangkan
diri dimalukan dalam bilik mesyuarat tadi, jadi Amira buat-buat tak nampak je.
“Lain kali mata
tu pandang depanlah! Ini pandang bawah, mana tak berlaga dengan orang!”
Berkerut dahi Amir
marahkan kecuaian Amira. Runsingkepalanya memikirkan pekerja yang kelam kabut
dan kuat berangan ni.
“Kejap lagi you
tolong buatkan labeling file. Actually, banyak file yang you kena susun semula. I sorang nak buat memang tak cukup
tangan.”
“Err… saya kena…”
“Ada masalah
ke?” Amir menjegil mata. “Cik Mira, tak kiralah you pangkat executive ke, pangkat senior executive ke, jangan anggap kerja
filing tu hanya untuk orang kerani
je. You pun kena buat filing sendiri.
I yang pangkat manager ni pun ada filing sendiri.”
Berdesing
telinga Amira mendengarnya. Hamboi! Sindir kasar nampak? Agak-agaklah pun nak
kutuk aku. Belum habis cakap kau dah menyampuk. Karang ada jugak orang balik
naik teksi petang ni.
“Encik Zuhairi, saya
tak habis cakap lagi tapi encik dah menyampuk. Saya tak cakap pun kerja filing tu hanya untuk orang kerani. Cuba
dengar dulu saya cakap sampai habis, barulah mesej tu sampai.” Ucap Amira penuh
lembut. Padahal dalam hati rasa nak telan je majikannya hidup-hidup.
“Hah! Cepat
habiskan ayat!” Amir menelan liur, termalu sendiri bila gadis itu cuba
berlembut dengannya.
“Saya nak cakap
yang filing ni saya kena study ke?”
Amir kerut dahi.
“Of courselah you kena study!”
Terkebil-kebil
mata Amira bila disembur begitu.
“Err.. lagi
satu, boleh ke encik Zuhairi tulis dulu name
file ni dengan pensil. Saya mana tau ini file apa.”
Amir bercekak
pinggang bila pekerjanya memandai beri arahan.
“Bukan setiap file I dah labelkan pakai pensil ke?! Atau
you yang tak sentuh langsung file-file
yang I suruh you study tu?” Balasnya bengang
tidak mahu mengalah.
Erk! Aku
maksudkan file budget yang aku pegang
ni. Bukan file-file yang dia bagi awal
pagi tadi. Amira tergamam di situ.
“Err, saya
maksudkan file budget ni.”
Terus Amira tunjukkan
file budget di tangannya sambil
menutup muka. Bimbang kena tempik lagi sekali dengan lelaki itu. Sudahlah kisah
dalam mesyuarat tadi belum settle
lagi.
Amir mengeluh
letih. “Cik Mira, I tahulah nak label dulu sebelum file tu I beri pada you.”
Aduhai, kenapalah
HR kurniakan aku anak jiran sebelah rumah ni. Ku sangkakan otaknya geliga,
rupanya telaga buta. Parahlah hidup aku hari-hari bekerja dengan minah ni. Keluh
Amir dalam hati.
“Okay-okay, sorry encik Amir.”
“Eh, satu lagi I
nak tegur. You ni tak boleh fix pada
satu panggilan ke? Kejap encik Amir, kejap encik Zuhairi, kejap panggil bos!
Yang mana satu you nak panggil?”
Hai, bos aku ni semua
bendanya tak kena dekat aku, apa hal? Menopause
ke apa dia ni?! Bab panggilan pun nak tegur jugak ke?! Mentang-mentang aku buat
dungu dengan dia, ambil kesempatan pulak nak tempelakkan aku. Sula baru tau! Sabar
Mira, sabar. Kau nak kerja lamakan? Layankan aje kerenah bos jahanam ni. Bisik
hati Amira menahan geram.
“Habis tu saya
nak panggil apa?”
“Dalam office ni dia orang panggil I apa?” Soal
Amir serius.
“Encik Zuhairi…”
“So???”
“Baiklah encik
Zuhairi… lepas ni saya akan panggil encik Zuhairi dengan panggilan encik
Zuhairi ya.”
Allahuakhbar!
Itu pun nak jadi issue? Cerewet sangatlah anak makcik sebelah ni. Balik rumah
kita settle ya encik Zuhairi. Siap
kau! Senyuman palsu Amira terukir kelat.
“CIK MIRA, you tak balik lagi ke?”
Amira mengangkat
wajah lalu tersenyum pada Sofia yang sudah tercegat di hadapan workstationnya. Sempat juga dijeling ke
pintu bilik Amir yang sentiasa bertutup di belakang Sofia.
“Belum lagi.
Banyak kerjalah. Bos suruh siapkan cepat.” Rungut Amira.
“Dia nak bila?”
“By this week juga kena siapkan.”
“Elleh!” Sofia
mencebik. “Kalau nak by this week,
esok pun boleh sambung. Macamlah tak ada hari esok. Ehm!” Sambungnya menjeling.
“Wait, bos mana yang nak by this week ni?” Soal Sofia tiba-tiba
terfikir.
“Dua-dua
sekali.” Balas Amira senyum kelat.
“Huh! Kalau kata
PZH yang push, you memang kena
siapkan jugak. Kalau A kata dia, maka A jugalah kata you.”
Amira ternganga.
“PZH???”
Dah macam Pizza
Hut pulak aku dengar. Bisik hatinya.
“Puan Zalina Hamid
le.” Sofia senyum.
Amira mencebik. Fikirnya
memang tiada harapan untuk dia balik awal hari ini. Nak ingkar, dia takut. Hari
ini adalah hari pertama dia bekerja. Mustahil dia akan menambah kesalahan yang
sedia ada.
Sofia tenung
Amira lama. Dia geleng kepala. Kasihan dia melihat pekerja baru yang digasak
sungguh-sungguh untuk buat kerja. Sedangkan dia masih baru. Masih perlukan
perhatian ketua.
Kesian budak ni,
baru hari pertama kerja, dah macam orang gila. Bisik hati Sofia.
“Tapi tak
apalah. Sambung esok je kerja tu. Tadi I saja main-main je. He! He!”Sofia tersengih.
“Encik Zuhairi
tak keluar lagi, macam mana?”
Nampak sangat
Amira bimbang selagi tiada arahan dari majikannya.
“Cik Mira, you
ni secretary dia atau executive dia? Nak balik pun kena tunggu
dia balik dulu ke? Cabut jelah! Dah pukul enam petang pun. You balik naik apa
ni? Ada orang datang jemput ke atau naik bas?” Soal Sofia mencuit bahu gadis
itu.
“Saya balik
naik…”
Oh! Amira
melopong. Bercakap pasal transport
balik, baru Amira teringat yang dia terpaksa naik bas kerana ayahnya tak dapat
jemput petang ni.
“OMG!” Amira
membuntang mata. “Saya terlupa yang hari ni ayah saya tak dapat jemput di office.”
“Hah! Lebih baik
you cepat. Sekarang ni dah jam enam petang sayang oi. Karang terlepas bas
pulak. Dahlah area sini susah dapat
teksi. Lebih-lebih lagi kalau dah malam.”
Amira senyum
kelat. Mampus! Dahlah abang aku kerja KL. Dah tentu sampai rumah malam. Takkan
aku nak tunggu dia sampai malam? Bisik hati Amira sekilas melirik kearah bilik
Amir. Rasa-rasa kalau aku terus balik, si jahanam ni mengamuk tak esok pagi? Bisik
hati Amira sambil melirik mata ke arah bilik Amir.
“You takut
dengan encik Zuhairi ke? Alah, abaikan je encik Zuhairi kesayangan I tu. Kalau
you ikut sangat cakap dia, memang you yang stress.
So, you buat ‘kering’ je. Jangan
layan sangat. Nanti pressure, you yang
susah. Bos you tu memang suka pressure orang.
I dulu pun pernah kena jugak dengan dia…”
Terangguk-angguk
kepala Amira mendengar coloteh Sofia yang tak henti. Sedang asyik Sofia
mengutuk Amir, tiba-tiba pintu bilik lelaki itu terbuka. Galak mata Amira memandang
lelaki yang baru keluar dari bilik itu sedang menuju ke arahnya. Sementara
Sofia masih seronok mengutuk sambil diperhatikan Amir dari belakang.
“…you tahu cik
Mira, pernah sekali encik Zuhairi tu suruh I buat surat sambil dia tunggu dekat
sebelah. Langsung I tak boleh nak buat kerja. Pantang betul I, kalau orang
tengok I buat kerja tau. Sudahnya I halau dia masuk bilik!” Tambah Sofia bangga
menamatkan ceritanya.
Amira senyum kelat
sambil mengangguk. Ge!Ge!Ge! Patik tak subahat apa-apa. Patik cuma dengar je. Bisik
hati Amira iyakan sahaja kata-kata Sofia tadi. Tak berani nak kata apa kerana
pasti Amir telah dengar semuanya. Lelaki itu berpeluk tubuh, bermasam muka.
Pasti dia bengang tahap dewa.
“Kak Sofia, dia…”
“Dia apa? Dah
datang?” Celah Sofia berpaling. “Takkan dia dah daaaaaa…dia dah mai sini
rupanya!” Spontan berundur lalutersandar di partition.
“Awat hang tak habaq kat aku cik Mira oi.” Segar matanya melihat Amir sudah
terpacak di belakang.
“Ya, I dah mai
sini. Nak habaq apa sekarang?” Soal Amir meniru loghat utara. “Dah habis kutuk
orang?”
“Ngeee..he..he..”
Sofia mengangguk resah. “Da… dah lama ke you duk ada kat sini?”
“Lama jugaklah I
terpacak kat belakang ni!” Jawab Amir bengang.
“Jadi you
dengarlah apa yang I cakap tadi?”
Sofia nampak
resah. Kedua belah tangannya saling bermain. Amira pula mematung diri takut
dengan kebengisan wajah Amir.
“You rasa-rasa I
dengar ke tak ya, kalau dah lama I terpacak dekat belakang ni?! Ehmm?!”
Amir menjegil
mata kemudian beralih pandanganpada Amira pula.
“I am sorry encik Zuhairi…” Mohon Sofia
tersengih menayang gigi.
“You tak ada kerja
ke?! Dah nak balik pun sempat lagi mengumpat orang!”
Sindir Amir
memandang Sofia macam nak telan. Membuatkan gadis itu serba tidak kena
dibuatnya.
“Ta… ta… takkkk!
I bukan mengumpat you encik Zuhairi. Tadi tu cuma borak-borak kosong je. Bukan
mengumpat yang buruk-buruk pun. You are
my handsome man, takkan I nak buruk-burukkan you. Ampunkan I ya encik
Zuhairi. Hu..hu..”
Rayu Sofia minta
dimaafkan. Tangannya mulai gatal mencapai tangan Amir. Membulat segar mata
Amira melihat aksi mereka. Kemudian selamba menoleh ke arah lain. Konon buat-buat
tidak nampak.
Amir mula rasa tidak
selesa bila Amira memandangnya semacam. Buatnya gadis itu report pada emaknya, mau jadi gossip satu taman nanti.
“Apa
pegang-pegang ni?! Haram!”
Kata Amir
menyentap lengannya dari pautan Sofia. Muncung gadis itu mula panjang sedepa sambil
mengekori Amir dengan ekoran mata. Amir sudah bersidai di hadapan workstation Amira dengan muka
berlagaknya.
“Eh, Mira! Macam
mana dengan kerja yang I bagi tadi?” Soal Amir serius.
Terkebil-kebil
mata gadis itu silih berganti memandang wajah Amir dan Sofia. Namun matanya
lebih focus pada isyarat yang diberi oleh Sofia di belakang Amir.
“Err… tengah
buat encik Zuhairi.”
“Tak siap lagi?”
Kerutan dahi Amir makin jelas.
“Belum.”
“Apa yang you
buat dari tadi?! Jadi mat jenin?!! Berangan tak sudah-sudah! Dari pagi sampai
ke petang you buat masalah! Memalukan! Eh Mira, kalau you nak kerja lama kat sini,
ikut arahan I! Selagi tak siap, jangan balik!”
Melopong Sofia
mendengarnya. Dia terpinga-pinga serba salah. Kerana dia, Amira menjadi mangsa
kemarahan Amir. Di toleh ke kiri dan ke kanan pejabat. Mujur tiada sesiapa yang
mendengarnya.
Kebetulan Taufiq
keluar dari bilik puan Zalina masa itu lalu terdengar lantangan suara Amir.
Langkahnya terhenti serta-merta. Dia tercari-cari di mana perbualan mereka.
“Tapi encik
Zuhairi…”
“Eh, you faham
ke tak?!” Soal Amir berlagak.
“Encik..encik..encik..
Janganlah macam ni. Lepaskanlah dia balik. Kesian dekat cik Mira ni. Baru mula
kerja hari ini. Dahlah tak ada transport
nak balik. Hanya bas tu jelah option
terakhir dia. Nak harap teksi memang tak lalu dekat sini.”
Amir bercekak
pinggang seraya menjeling ke arah Sofia.
“Itu masalah I
ke? Ehm?! Pandai-pandailah dia nak hidup! Kalau you risau sangat, you hantarlah
dia balik!”
Pergh! Kerek nak
mampus anak makcik sebelah ni. Nak aje aku bagi pelempang sebijik ke muka dia
yang handsome tu. Bisik hati Amira
bengang.
Mulut Sofia
melopong sekali lagi. Terkebil-kebil matanya memandang lelaki itu. Kemudian
beralih pandang pada Amira yang sudah mengeluh dan terduduk. Komputer
dihidupkan semula untuk sambung buat kerja. Memang dia geram tapi bersabar
adalah jalan terbaik untuk mengekalkan diri di dalam syarikat itu.
“Esok pagi I nak
tengok kerja you!”
Perbuatan Amira
diperhatikan oleh Amir. Puas hatinya bila gadis itu akur dengan telunjuknya. Sofia
dijeling tajam kemudian berlalu meninggalkan mereka berdua dan kembali masuk ke
dalam bilik pejabatnya.
“Elleh, baru
jadi manager dah berlagak!” Sofia
mengejek Amir sambil menjelir lidah ke arah bilik lelaki itu. “Cik Mira, I
minta maaf sangat. Sebab I, you terpaksa stay
back.” Kesalnya.
“Eh, tak ada
apalah. Kejap lagi siap saya baliklah.”
Nampak keruh
wajah Amira bila dipaksa siapkan kerja. Sofia pula rasa kasihan melihatnya. Nak
diteman masalahnya dia juga tumpang kereta orang. Ini pun sudah terlewat,
gara-gara Amir. Sofia melihat jam. Hampir enam setengah petang.
“Habis you balik
naik apa nanti?”
“Tengoklah
keadaan. Saya minta tolong abang datang ambil dekat office ke. Kalau tak, saya tidur sinilah kot.” Ucap Amira sempat
lagi berseloroh.
“You nak tidur
sini?! Hei, tak payahlah. Balik tidur dekat rumah lagi baik cik Mira.” Pesan
Sofia. “Ehem! Nak tanya ni, abang yang nak datang jemput tu abang special ke, abang kandung sendiri?”
Soalnya senyum berkali-kali mengangkat kening.
Amira melopong. Ya
Rabbi minah ni sempat lagi nak korek rahsia peribadi aku dalam keadaan bengang
ni?
“Ehem! Dia tu
abang kandung saya, bukan abang special, kak
Sofia.”
“Ya ke abang
kandung tu?” Tersenyum-senyum Sofia mengusik.
Naik meluat juga
Amira mendengar soalannya. Aku ni tengah tension.
Karang ada juga yang kena cium file aku
ni nanti.
“Ya kak Sofia. Kami
satu mak satu bapak lagi. Duduk sebumbung. Tak payah le serkap jarang, saya
memang belum ada yang special nak
digosipkan.”
Amira sengih
kelat. Sofia mencebik seraya menjeling bila Amira sindir gurau begitu.
“Ada ke situ
pulak! I tanya je, bukan nak gossip pun. Okaylah cik Mira! I balik dulu. You
kalau terdengar apa-apa yang pelik, cepat-cepat balik ya. Nanti kena kacau pulak.
Daaaaa…” Nasihat Sofia senyum nakal sambil melambai gedik dan terus berlalu.
Amira melopong
sambil mata melilau di sekeliling tempat duduknya. Kosong!
Glurp! Dengar
apa benda yang pelik?! Kak Sofia ni sengaja nak takutkan aku ke? Bisik hatinya
resah.
Naik meremang
bulu roma tengkuk Amira. Sudahlah dia duduk sorang-sorang. Mujurlah Amir masih
ada di dalam bilik pejabatnya. Bolehlah buat peneman walaupun hatinya masih bahang
dengan mulut celupar Amir. Pintu bilik lelaki itu ditenung tajam. Terkenang
kembali kata-katanya tadi.
Anak makcik
sebelah ni harap muka je handsome
tapi kedekutnya nauzubillah! Nama aje jiran sebelah tapi bagi tumpang pun
payah. Masa nilah nak rapatkan ukhwah sesama jiran. Kena saling
tolong-menolong. Pergh! Memang terbaiklah nawaitu aku. Bila ada kepentingan,
baru nak buat baik. Ngeh! Ngeh! Ngeh! Amira sengih nakal.
Dalam masa yang
sama Taufiq hanya senyum sendiri bila mendengar perbualan mereka bertiga tadi. Dari
jauh dapat dilihat wajah sungul Amira. Tangan diseluk ke dalam saku dengan
penuh bergaya. Kemudian berlalu meninggalkan pejabat itu.
No comments:
Post a Comment
1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~