Ruang Iklan Untuk Disewa

Showing posts with label Wordless. Show all posts
Showing posts with label Wordless. Show all posts

WORDLESS : Agak Double Meaning


Wordless Wdnesday : Emak

Assalamualaikum korang!

Kalau baca di bawah ni automatik akan teringat kat mak.
Tak kiralah, mak masih ada atau pun tidak kita tetap kena ingatkan mak.
Hargailah mereka sementara masih ada.
Jika dah tiada, setiasalah ingat mereka dan sedekah doa untuk kesenangannya di sana.

OMG, ketika sedang menaip ni pun KM boleh bergenang air mata.
Teringat kat emak KM di rumah dan arwah mak mertua.
Sesungguhnya emak KM seorang emak yang sangat baik, memahami dan sporting dengan anak menantunya.
Begitu juga dengan arwah emak mertua, arwah memang sangat baik dengan anak menantunya.
KM sentiasa merindui mereka walaupun emak KM duduk dekat.

Buat arwah ibu mertua ku Pn. Saripah,
Innalillahiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah.


Wordless Friday

Assalamualaikum,

Macam biasalah, bila ada yang share kat wassup, aku akan jadikan entry khas.
Kata-kata ni mungkin boleh jadi kata semangat untuk korang semua.
Kalau betul, sila angkat tangan.


"SENDIRI" Dalam Rumah Tangga

Assalamualaikum!

Ada sorang rakan share di wassup.
Mungkin rakan aku print screen dari telefon dia agaknya.
Aku tak pasti dari siapa tapi bagi aku ia sebagai peringatan untuk kita semua.
Kalau nak bahagia, biar buat sama-sama.




Wordless Wednesday : Kesabaran & Keikhlasan



Wordless Monday -> Eh? Monday Ke Hari Ni?


Assalamualaikum korang!

Dah baca atas ni?
Terus terang cakap, KM setuju sangat dengan quote ni.
Tak payah pening nak fikir sama ada orang suka atau tak suka sebab tu lumrah dunia.
Kalau kita duk asyik fikir, lama-lama kita yang KO.
Kita buat baik macam mana pun mesti ada jugak yang tak suka ke kita.
So abaikan perasaan mereka.

Cuma kita kena hati-hati dengan insan bernama kawan.
Ada segelintir di depan kita nampak baik tapi di belakang tikam kita senyap-senyap.
Mungkin ada yang berkawan untuk mengorek rahsia dan gunakan untuk menjatuhkan kita.
Jadi kena berwaspada.


Wordless Wednesday : Baca Tujuh Kali Ayat Ni


Wordless : Sebaik-baik Sedekah...


Assalamualaikum korang!

Sukanya aku nak share pesanan kat atas ni. Mula-mula aku ingat nak buat tajuk entry Wordless Thursday je tapi lepas minum kopi je, tetiba idea datang bertubi-tubi kat kepala hahaha!
Hihi! Aku suka betul mengolah cerita dari gambar atau kenyataan, walaupun sebenarnya korang dah faham.
*Cewah! Aku ni macam pakar terjemah pulak ya! Bluek!*

Okeh, apa yang aku boleh terangkan tentang kenyataan di atas?
Sedekah yang lebih sempurna ialah bila kita ringankan mulut bertanyakan segala hal perbelanjaan dapur ibu bapa kita dan beri sedikit belanja kepada mereka.
*InsyaAllah! Yang ni memang confirm rezeki kita melimpah luah, trust me! Sebab memang sudah alaminya dan alhamdulillah syukur sangat2!*

Serta ringankan mulut bertanya pada adik-beradik kita sama ada mereka senang atau susah. Sekiranya mereka dalam keadaan susah, maka haruslah kita yang senang ni kongsi sedikit rezeki yang mungkin sebahagiannya layak mereka terima.
*Yang ni aku setuju dengan syarat dia betul-betul memang susah dan memerlukan bantuan kita.*

Okeh, kenapa aku cakap macam tu?
Sebabnya setelah mendengar luahan dari beberapa sahabat, saudara mara, jiran tetangga, rata-ratanya yang bercerita, ada segelintir golongan manusia yang kesusahannya hanya dibuat-buat.
*Haaaaa... apa yang kau merepek ni mahirah oi??? Cepat sikit, penat orang nak membacanya ni.*

Contohnya macam ginilah aku combinekan cerita:
Dia tau yang hidup dia cukup-cukup makan tapi dia sanggup guna istilah 'biar papa asal bergaya'. Lepas tu tayang2 bagi semua orang tengok. Bila duit dah habis kat tangan, sanggup pergi menjaja kat orang lain pinjam duit nak beli beras, beli lauk nak makan dan at the end hutang keliling pinggang dan tak mampu nak bayar. Sedangkan, orang sekeliling boleh nampak, dia guna astro 'beyond' RM150 sebulan, padahal boleh je cut off jadi RM50 sebulan dah boleh jimat RM100 kat situ. Beli gadget I Phone RM2k, sanggup berhutang bulan-bulan bayar guna credit card. Padahal boleh je beli handphone lenovo harga RM500 cash. Dah boleh jimat RM1500 kat situ. Rumah pakai air-con sampai bil api RM200++, padahal boleh je dia tak guna air-con, guna kipas dah boleh jimat RM100 kat situ. Budget ciput ni, sanggup buat loan sambung rumah belakang depan. Alih2 terpakai pulak duit sambung rumah tu, dah terbengkalai rumah tak siap2 sebab tak bayo hutang contractor. Lepas tu mintak simpati adik beradik, saudara-mara, kawan-kawan nak pinjam duit untuk sambung rumah. Sampai dah jadi keselesaan pula meminjam wang dari semua orang. Sampai orang pun naik menyampah dah.

*Korang rasa-rasalah, ada ke orang nak bagi pinjam atau sedekah duit kalau begitu gaya hidupnya? Dia yang create hidup dia jadi susah. Kesusahan yang dia tanggung tu terjadi sebab kesilapan dia yang tak pandai manage kewangan.*

~Ehhh, ini contoh aje tau. Kalau ada kena mengena dengan sesiapa pun mungkin kebetulan je. Ngeeee...~ (^^,)

Mesej yang tersimpul:
Makanya di sini, berilah sedekah kepada yang betul-betul sangat memerlukan bantuan kita.
Yang penting utamakan ibu bapak kita. (^^,)
Bukannya kepada yang suka membazir tak tentu pasal.

~Sekian itu je yang nak dicerita~
~daaa~

Wordless - Zulaikha Cuba Sampaikan Sesuatu



Haaa... korang dah tengok?
Boleh faham tak dengan lukisan yang kat atas ni?
Jenuh aku fikir, apalah mesej yang nak disampaikan oleh Zulaikha melalui lukisan ni.
Tapi aku bangga dengan creativiti dia.
Sekurang-kurangnya, sel-sel otak dia berhubung menghasilkan lukisan abstrak ni.
Hehehe.


# Wordless Wednesday - Rules For Dating My Daughter


Haha... untuk siapa yang ada anak perempuan je ya.

Rules For Dating My Daughter
1. Get a job
2. Understand i don't like you
3. I'm everywhere
4. You hurt her, i hurt you
5. Be home 30 minutes early
6. Get a lawyer
7. If you lie to me, i will find out
8. She's my princess, not your conquest!
9. I don't mind going back to jail
10. Whatever you do to he, i will do to you

Haha.. okay bye!



Disable right click

Kira Visitor

Lazada Malaysia