Menu Tab

Bermulanya Bulan Ramadan

Assalamualaikum,

Diam tak diam, cepat masa berlalu, kita dah pun masuk bulan Ramadan. KM pun dah berapa tahun menyepi sejak kelahiran Uzair. Mesti ramai rakan bloger yang dah tak ingat KM. 😁 Nak mulakan balik sangatlah lemau tapi KM cuba untuk menulis blog semula.

Di kesempatan ini KM nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada rakan bloger. Mohon maaf di atas segala kesilapan yang pernah KM buat. Terkasar bahasa atau sebagainya.


Mari Kita Mengundi 2018

Assalamualaikum,

Korang dah bersiap-siap ke nak pergi mengundi? Dari semalam lagi jalan jem teruk orang balik kampung nak mengundi. Ini dikatakan Tsunami rakyat yang mahukan perubahan. 😁

Korang mengundi kat mana? KM mengundi dekat dengan rumah je. Tempat KM ada dalam 740 orang rasanya yang dijangka turun mengundi. So tak ramai sangatlah dan cepat habis. Sebelum ni tempat mengundi KM kat Shah Alam. Sejak jadi warga Sepang 10 tahun, maka KM tukar alamat dan tempat mengundi sekali.😁


Masa ni KM datang dah jam 10am. Teruja semua orang pergi mengundi awal. Dalam pantang pun KM gigih pergi mengundi jugak tau. Tak nak ketinggalan korang semua tunjuk jari, tak aci🤣


Taaadaaa.... 😜 KM dah siap mengundi. Lepas ni giliran Pak Wan pulak yang mengundi kat kampung dia. Korang bila lagi? Selamat mengundi semua.🤗

Osaka Capsule Bland

Assalamualaikum, hari ni sampailah my Osaka Bland. Ni pengaruh mak KM la masa dalam pantang dulu dia bland guna benda ni. Tengok macam mudah je tu yang terus beli. Paling best kalau bland untuk buat nasi goreng kampung. Perencah tak payah guna air. Bland je kering gitu. Memang terangkatlah masakan kita 😜



Bukan setakat bland perencah je. Nak buat jus atau bancuh tepung buat kek pun boleh. Banyaklah kegunaan Osaka ni. Suka sebab bilah dia banyak. Berbaloilah beli benda ni. 


Siapa yang belum ada silalah beli, murah je pun. Tak sampai rm50. Okay da.. Itu je nak share.