Menu Tab

Vitamin Untuk Uzair


Assalamualaikum

U olls nampak tak ubat-ubatan di atas tu? Semua ubat tu adalah vitamin untuk Uzair yang dibekalkan oleh pihak hospital since dia di NICU lagi. Banyakkan? Tapi itulah bekalan vitamin yang akan meningkatkan zat2 yang tak sempat develop semasa dalam kandungan.

Uzair lahir pramatang. Kelahiran awal dia menyebabkan dia kekurangan darah dan juga kekurangan zat besi. Since lahir HB dia low. Dan dia pernah kena transfuse 1 bag darah disebabkan dia kurang darah. KM ingat lagi masa dalam pantang, cemas rasa bila dapat panggilan dari pihak hospital nak minta sample darah.

Warna kuning tu appeton untuk tambahkan selera makan dia. Memandangkan dia lahir dengan berat 1.18kg, doctor bekalkan appeton untuk tambahkan selera makan dia. Jujur sejak dia makan Appeton lepas keluar dari NICU, dia sangat kerap menyusu. Setiap dua jam dia minta susu 3oz. Yang mama ni bersemangatlah memerah susu.

 Ubat hitam tu untuk tambah darah. Masa usia dia 3 bulan setelah keluar dari NICU, doctor masih bekalkan ubat tambah darah ni untuk Uzair sehingga usia setahun. Everytime checkup di HPJ, doctor akan ambil sample darah untuk check. Kesian kalau dengar dia melalak. Tapi hati mama ni dah kering dengar dia nangis kena cucuk ambik darah. Masa mula2 bersalin dulu je duk bergenang mata tengok dia dalam incubator dengan penuh wayar. Lepas tu dah lali dah.

Sekarang Uzair dah 1 tahun 4 bulan. Semua ubat dah off. Appeton kena beli sendiri kat kedai farmasi. So far tak risau bab makan dia sebab dia sentiasa lapar. Yalah anak lelaki. Semoga Uzair membesar dengan sihat hendaknya.


2 comments:

  1. Semoga Uzair membesar dgn sihat & bijak ye :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  2. Kalau Uzair perlukan krim herba semulajadi contact aunty ye https://ummiqadeer.com/2017/09/28/parut-si-kecil-hilang/

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~