Menu Tab

Zulaikha Dan Doctor Gigi

 Assalamualaikum,

Kisah ni sebenarnya dah lama simpan. Kisah sebelum KM bersalin. Haha dah berapa bulan berlalu baru nak updatekan. Macam tulah kalau dah pembawakan budak, memang segala benda yang selalu buat semua stop tergendala.

Korang ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu, ada nurse dan doctor gigi datang melawat sekolah dan check gigi kita sama ada okay atau pun tak. Siap ajar lagi kita cara-cara gosok gigi dengan betul dan bersih.

Now masa tu dah berlalu tapi berlaku kat anak-anak kita pulak. Yang menariknya seawal 5 tahun di sekolah tadika lagi mereka didedahkan cara penjagaan gigi. Tak payah nak tunggu masa sekolah rendah lagi dah walaupun mungkin satu masa nanti bila Zulaikha dah sekolah rendah akan ada lagi pendedahan ni.

Hari tu, Zulaikha ada cakap kat KM cikgu suruh beli set berus gigi siap dengan ubat gigi sekali untuk sekolah. Masa tu tak silap KM masih admitted di hospital kandungan 25w. Kesian kat Zulaikha, sampai ayah dia pun terlupa nak beli

Nasib baiklah ada tok abah dia tolong belikan. Jom KM belanja korang dengan beberapa gambar anak-anak dari sekolah tadika Zulaikha. Semuanya nampak bijak belaka.

 
Masa ni mereka di brief tentang penjagaan gigi. Masing-masing dah faham dah yang pentingnya penjagaan gigi dari kecil.

 Masa ni pulak, doctor bagi sorang-sorang pegang macam mana rasa gigi kita. Entah budak-budak tu faham ke tidak haha. Tapi mereka nampak ingin tahu. Lepas ni harap anak-anak ni termasuk Zulaikha berminatlah gosok gigi. Kalau tidak, jenuh nak suruh gosok gigi.

 Sesi soal jawab berlangsung dan anak ni berjaya jawab soalan dan dapatlah gift dari doctor.

 Cuma cari zulaikha yang mana satu? Haha masing-masing duk tayang gigi comel. Zulaikha yang berus gigi kuning tu. Dia kalau apa2 event memang terlebih excited. Balik rumah mesti cerita kat mak pak dia.


Bila anak-anak dah ada pendedahan begini, kita sebagai parent kena remind anak-anak yang gigi perlu di jaga dari kecil. Biar cantik dan tersusun tanpa ada lobang hitam tu. Kalau boleh, elakkanlah makanan bergula, cikedis or what so everlah. Alah, macam gula-gula tu tak payahlah bagi, bukan setakat gigi rosak, budak jadi hyper wei. Susah nak control. Terkinja-kinja lompat.

Ingat lagi masa KM dah discharge, Zulaikha cerita pasal doctor ajar dia cara gosok gigi kat tok abah dan maktok dia. Mak tok cakap kat dia yang gigi mama ni cantik je masa kecik. Korang tau apa dia jawab balik kat mak tok dia? "Ya ke cantik? Kita tengok gigi bawah mama macam pokok je."

Betuahkan??? haha okehlah tu je nak cerita bye!