Menu Tab

Jawapan Dari Nuffnang : Non Glitterati

Assalamualaikum korang!

Lepas cadangan korang suruh hantar tiket pada nuffnang, KM terus submit tiket tu.
Dan dengan pantas nuffnang memberi jawapan.
Cer baca, ni dia jawapan yang nuffnang bagi tu.
Baru KM perasan, rupanya KM ada register blog yang tak aktif.
So, automatik nuffnang tukar status KM sebagai non gelitterati.
Jadi KM kena delete blog tak aktif tu dari list nuffnag.
Kalau tak, akan effect membership status dan akan consider blog tak aktif tu spam.
Ayoyo! Nasib baik perasan kome oi.
Kalau tidak, tak pasal-pasal kena reject huhu.
Terima kasih banyak2 pada siapa yang bagi cadangan suh hantar tiket tadi.

Kenapa Status KM dalam Nuffnang Jadi Non Glitterati?

Assalamualaikum korang!

KM confused kejap kenapa status dalam nuffnang jadi non glitter.
Apa yang KM kena ubah ek?
Rasa macam ada kesilapan dalam link blogkan?
Haha.. lepas satu-satu masalah dalam blog ni.
Seronok betullah KM nak kena betulkan kesilapan2 macam ni.
Naik blur jadi nak pikir.
Wahai, rakan2 blogger yang bijaksana, bantu KM dalam selesaikan masalah ni ya
Terima kasih, k bye!


Cabaran 30 Hari Entry : Day 14 : Cerita kasut saya

Assalamualaikum korang!

Cabaran kali ni KM kena bercerita tentang kasut.
Haha, kalau korang nak tau, banyak koleksi kasut KM dan dah penuh pun satu rak kasut tau.
KM pun pelik, entah mana datangnya kasut banyak-banyak dalam rak tu tah.
*Padahal sendiri yang tak sedar diri membeli haha.*
Masa beli tak perasan dah penuh.
Bila nak sumbat dalam rak tu baru sedar yang kasut aku ni banyak rupanya.
Sampai melimpah keluar, tak ada tempat nak letak dah wei.
*Di tambah pulak dengan beberapa pasang kasut mak jemah cemetot ni, lagilah nampak sarat rak kasut itu, haha!*

Pakwan pun dah bising tengok kasut aku banyak tau huhu.
Katanya kasut dia tak ada pon banyak macam aku.
Cuma dua space je guna untuk letak kasut dia, space lain semua kasut aku yang conquer haha.
*Atee, awok dah kenapa pakwan? Dah nama pon perempuan, memanglah banyak kolesi.*
Eh, eh, jeles ke tak ada kasut colorful macam bini dia ni haha.
Sakit matalah tu bila ada beberapa kasut yang KM jarang pakai.
Jadi pakwan macam tak boleh terima bila kasut tu terbiar begitu sahaja.\
Dia kata kalau KM tak pakai kasut2 tu dia nak lelong kat pasar, jual RM3 sepasang.
*Erk? Jual balik? Masalahnya ada ke orang nak beli? Hehe!*

Haaa ni dia sebahagian dari kasut yang KM ada.
Colorful tak? Haha.. KM memang suka pakai kasut flat yang colorful.
Ni KM beli satu resit dari Zalora.
Nampak macam mahal jekan, tapi sebenarnya murah je.
KM suka tunggu happy hour ngeee.
Dapat diskaun kod dalam kul 3pm-4pm dan ada beberapa kasut jatuh harga RM20.
Masa nilah rembat sekali 5pasang.
Ini dululah.. sekarang dah malas nak tunggu happy hour.
Busy haha.

Takat tu je nak cerita pasal kasut.
Tunggu next cabaran untuk hari ni ya.
KM lewat sikit publish sebab kesuntukan masa.
Jumpa lagi daaa..