Menu Tab

Cabaran 30 Hari Entry : Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualikum korang!

Ahah! KM terlewat sikit bercerita pasal kenangan lucu zaman kanak2.
Okeh, sebenarnya KM pun ingat-ingat lupa tapi bila baca tajuk ni automatik teringat balik kisah-kisah zaman kanak-kanak dulu.
Korang tau tak, dulukan KM pernah kena dajal dengan 2 orang kawan lelaki dengan color water.
KM ingat lagi nama budak tu sampai sekarang Mr. F dan Mr.N.
Maunya tak ingat? Kalau dah orang pedajal kita sekali, memang seumur hidup kita akan ingat haha.
Tapi kenakalan mereka ni buat KM tersenyum sorang-sorang.
Masa tu budak-budak kan, kenakalan masing-masing memang tahap maxima lah.

Okeh, gini ceritanya.
Kejadian ni jadi masa KM darjah 4 lagi.
Satu hari tu selepas waktu rehat tamat, KM kembali ke kelas seperti biasa.
KM nak tanyalah yang perempuan, korang kalau duduk mesti angkat baju supaya tak nak baju korang kotor bila duduk di sesuatu tempat, betul tak?
*Siapa yang buat style macam tu kita gang!*
Okeh masalahnya di sini, waktu diusia sekolah rendah, manalah kita terfikir yang kerusi belajar kita tu kotor ke, bersih ke kan?
Yang kita tau masa tu, dah bunyi loceng, masuk kelas, bukak kerusi dan terus duduk.
*haha! KM tak taulah korang faham ke tidak apa yg KM cerita ni.*

Nak dijadikan cerita, dua orang budak nakal ni telah mendajalkan KM dengan meletak color water warna merah kat atas kerusi KM.
Haaaaaaaaa, cer korang bayangkan apa yang orang akan fikir bila nampak kesan color water merah tu di baju sekolah putih KM?
Tak memasal kawan KM tanya, "Eh mahirah, awak datang bulan ke?"
KM terpinga-pinga.
Masa tu darjah 4 kot, apa jadahnya datang bulan?
Sekali KM pusing dan tengok belakang baju penuh dengan color water merah hati.
Ya ampun!!! Rasa nak tampa-tampa tak budak dua orang tu dengan selipa? haha.
Nasib baik kawan KM tegur tau.
Kalau tak, malu je sampai balik sekolah orang pandang KM semacam.

Budak dua orang tu dah senyum nakal kat KM.
Bila KM tanya, masing-masing tak mengaku tapi terkantoi bila dok gelak sakan.
Kuang ajaqkan? huhu.
Sejak dari tu, KM terus beringat dan setiap kali duduk mesti KM angkat baju dulu.
At least kalau kotor pun hanya pada kain je.
Kesian mak abah KM kena beli baju sekolah putih baru, huhu.
Kalau ingat balik kisah ni mesti KM senyum balik tau.
Sebab apa KM senyum? Sebabnya dua manusia nakal ni sekarang dah jadi manusia yang baik, haha!
KM rasa macam nak gelak je bila tengok muka innocence masing-masing.
Jadi jugak manusia deme berdua tu ya.
Macam tak caye hahaha!

Ok la tu je nak cerita.
Bye.

Cikgu Mengadu Pasal Zulaikha

Assalamualaikum korang!

Hari ni aku terima wassup dari cikgu pasal zulaikha. 
Kata cikgu, zulaikha berkejar dengan kawan2 sampai kaki tersadung wayar kipas.
Okeh, itu satu hal lah tapi masalahnya tersadung sampai wayar kipas putus.
Korang boleh imagin tak keadaan tu?
Terkejut jugak aku baca sebab setahu aku zulaikha ni tak pandai nak main kat kipas bagai.
Kat rumah aku pun ada kipas stand jugak tapi sikit pun dia tak heran ngan kipas tu.
Lagilah aku letak kipas tu kat bilik dia.

Yang aku concern sekarang ni keselamatan anak aku kat sekolah.
Pasal wayar kipas putus tu lantaklah kan.
Tertanya jugak, macam mana cikgu susun atur kedudukan kipas sampai budak-budak boleh berlari tersadung wayar?
Aku dah membayangkan kipas tu diketengahkan sikit.
Jadi aku pun tanya betul2 kat cikgu, macam mana zulaikha boleh tersadung wayar kipas?
Dan cikgu cerita kat aku macam ni.
"Ika main lari2 dengan 3 kawannya, sampai terlanggar kipas kaki tu. Dia ok, tak cedera... Cuma... kipas tu... Dah rosak..."
Dalam wassup tu cikgu buat tanda mintak ampunlah sebab terleka atau apa.
Cumanya mereka tekankan kat situ wayar kipas putus.
Aku cerita kat pakwan, pakwan membebel kat dalam wassup.
"Bukan pukul 10am tu waktu belajar ke? Macam mana pulak budak-budak boleh berlari berkejaran?"
Okeh, tu satu hal la.
Yang aku concern sekarang ni, macam mana dia orang letak kipas tu?
Bagi akulah kan, di tadika cikgu memang tak boleh kawal pergerakan budak.
Itu aku tau tapi untuk langkah keselamatan cikgu boleh cegahnya dengan selotapekan tape pada wayar kipas berkenaan kat lantai.
Dari situ, tak adalah istilah budak tersadung wayar kipas sampai putus.
Erm.. tapi benda dah nak jadi kan.
Balik rumah aku tegurlah zulaikha walaupun dia deny tak mengaku salah.
Katanya kawan dia yang putuskan wayar tu.
Wallahu a'lam

Oklah tu je nak kongsi cerita.
Jumpa lagi daa..