Menu Tab

Jom Join 30 Days Blogs Challenge

Assalamualaikum korang.

KM tertanya-tanya kenapa ramai blogger yang join cabaran 30 hari ni.
Ingatkan cabaran untuk kurus badan ke apa tau.
First KM nampak kat blog Naddy.
Baik punya komen kat entry dia.
Ingatkan sesaje je publish entry macam ni.
Tak puas hati ni, nampak pulak kat blog mamaniza, pun join jugak cabaran 30 hari.
Baru KM nak tanya pada naddy tadi, dah mamaniza explain kat blognya.

Cabaran yang agak menarik untuk dicuba.
Masih awal lagikan? kan? kan? Ada expired tak? 
Hopefully tak adalah. Biar berterusan.
Jom kita tengok apakah cabaran-cabarannya?

30 days blogs challenge

1. 1 Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda
2. 5 cara memenangi hati anda
3. Sesuatu yang menguatkan anda
4. Buku kegemaran anda
5. 3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih
6. Apa yang anda makan hari ni
7. Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda
8. 5 lagu cinta kegemaran anda
9. 5 lelaki yang menarik perhatian anda
10. Apa di dalam handbag anda
11. Kenangan lucu zaman kanak-kanak
12. 5 wishlist anda
13. 5 blog kegemaran
14. Cerita kasut saya
15. Surat kepada seseorang, siapa sahaja
16. Siapa, bagamana anda 10 tahun lagi
17. 5 Perkara yang anda rindukan apa sahaja
18. Siri TV kegemaran anda
19. 1 Resepi kegemaran anda
20. Quote kegemaran anda
21. Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi
22. Destinasi percutian impian
23. Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang
24. Rumah Imian Anda
25. Berita terkini hari ini yang anda baca
26. Gajet kepunyaan anda
27. Mood anda hari ini
28. 5 Perkara bermula dengan "andainya"
29. Bunga kegemaran dan ertinya untuk anda
30. Perkara menarik yang anda berbangga tahun ini
31. Apa yang anda dapat dengan berblog?

Fuuuhhh! Sangat tough okeh task ni tapi seronok!
Boleh ke KM habiskan semua ni? In shaa Allah boleh.
Rasanya tak syoklah buat sorang-sorang kot.


Apa kata korang join sekali jom.
Lepas tu jangan lupa post kelab blogger ben ashaari di facebook. Letak hash tag #kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari.

Ok bye.

Untung Dapat Suami Cenggini tapi...



Assalamualaikum korang!

KM nak gelak tengok gambar ni tau.
Dah jadi viral pon kat dalam FB.
Ni pun KM dapat dari wassup pak wan.
Tau apa statement pakwan bila dapat gambar ni dari kawan dia?

"Ayang, cer tengok ni. Sekurang-kurangnya, abang tau jugak cara nak tanak nasi."

Gelak sorang-sorang KM baca wassup tu.
Tapi KM kagum sebab si suami ni ada usaha jugak untuk bantu isteri dia.
Sekurang-kurangnya dapat kurangkan tugas isterinya bila balik kerja.
Hehe (^^,)
"Rumah dah kemas"
"Baju dah basuh"
"Pinggan mangkuk pun dah cuci"
"Nasi pun dah masak"

"Bini aku balik kerja cuma buat lauk je"

"Untung bini aku dapat suami macam aku... mesti dia tak menyesal kahwin dengan aku."

Kalau dah macam gini gayanya, nak marah pun tak jadi kot.
Kelakar!

Ok tu je nak share.
Bye.

Bloglist Kerana Kau Ada




kerana kau ada

Nak join click banner je ya.

Tamat pada  9 September 2014