Menu Tab

Kisah Zulaikha, Kolam dan Pelampung

Assalamualaikum korang!

Tak ingatlah sama ada aku pernah post perbualan aku dengan Zualikha ni ke belum.
Haha.. al kishanya, satu hari tu aku bawak dia pergi kedai 99 speedmart.
Waktu dia turun kereta tu ternampaklah pelampung tergantung comel kat sebelah kedai 99 speedmart tu.
Automatik dia teringat ke kolam renang dan terus cakap kat aku sesuatu...

Zulaikha : "Mama, kita nak mandi kolam."


Mama : "Tak boleh zulaikha kan selsema."

Zulaikha : "Alaaaa... kita nak mandi kolam tapi mama jangan suruh kita pakai kolampong."

Mama : "Haaah??? Kolampong?"

Zulaikha : "Yalah, kolampong yg warna oren tu."

Mama : Aku dah senyum2 ketawa "Oooo yg tu namanya kolampong ya?"

Zulaikha : (Dengan confidennya jawab.) "Yalah, kolampong. Kakak icha pon tak pakai kolampong. Ada kawan kat sana pakai baju purple pon tak pakai kolampong. Kita tak nak la pakai kolampong." (Padahal member tu dah malu sbb dia sorang je pakai "kolampong" tu haha...)

Mama : (Aku pun senyum2 dan betulkan semula perkataan tu.) "Tu bukan kolamponglah syg, tu namanya pelampung."

Zulaikha : "Taaaakkk... Kolampong la mama."

Mama : "Bukaaaannn, tu namanya pelampunglah. (Yang aku ni melayan) Cuba ikut mama eja ni 'p.e = pe' "

Zulaikha : "P.e = pe"

Mama : "L.a.m = lam"

Zulaikha : "L.a.m=lam"

Mama : "P.u.n.g = pung" 

Zulaikha : "P.u.n.g = pung' "

Mama : "Pelampung!"

Zulaikha : "Kolampong!"

Erk??? 
Tergelak aku dengar. 
Ejalah macam mana pun, kolampong jugak sebutannya.
Tapi sekarang alhamdulillah, dia dah kenal ejaan pelampung.
Haha!

Haaaa inilah kolampong oren Zulaikha tu.
Ngam-ngam je dah masuk kat badan dia sekarang.
Ni aku beli masa hari family day office kat wet world pedas.
Beli kat situ korang taulah harganya ditekan.
Tapi dah Zulaikha nak sangat berenang, pakwan belikan jelah satu untuk dia.
Bukan main seronok dia main air.

Oklah, itu je nak cerita.
Bye.

Hadiah Segmen Blogwalking Ogos by KM Ready to Post

Assalamualaikum korang!

Alhamdulillah... 
Daripada lima pemenang hadiah misteri, hanya tiga peserta je yang lapor diri pada KM.
Maknanya lagi dua peserta tu mungkin tak sudi nak terima hadiah dari KM kot, huhu.
Jadi, KM akan terus proceed je yang sedia ada ni untuk proses pengeposan.
KM harap, korang sabar ya menanti parcel ni.
Bila dah dapat nanti, jangan lupa update kat KM (^^,)
Ok, itu je nak inform
Daaaa