Menu Tab

Keputusan Pemenang Segment Blogwalking Ogos Karya Mahirah

Sticky Post Hingga 22 Ogos 2014
Scroll Down Untuk Entry Seterusnya

Assalamualaikum korang!

Amacam? 
Berdebar-debar ke nak tau keputusannya?
Haha! Masalahnya aku yang nak umumkan keputusan pemenang ni pulak yang rasa berdebar.
Padahal segment biasa-biasa je.

Sebelum check keputusan, sila semak nombor bertuah korang dulu.


Okeh, bagi top referral, aku dah ada nama kat tangan tau.
v
v
v

Waaa! Entry Aku Di Serang Sya Mimie Pulak!


Assalamualaikum korang!

Malam tadi, entry aku di serang Sya Mimie pulak.
Hari tu di serang Mimi Azira haha.
Eh-eh?! Kebetulan pulak ke dua-dua blogger ni namanya sama.
Korang pakat ke apa ni?
Aku publish, dia post, aku publish, dia post.
Serentak pulak tu online dengan aku.
So aku biarkan dulu dia melayan perasaan kat entry2 aku semua.
Lepas tu baru aku publish.
Ngeeee!

Ni baru separuh tau!
Ada lagi bersambung lepas tu tapi tak sempatlah aku nak snap.
Kang tak memasal kerja aku tak siap pulak.
Anyway, terima kasih pada Sya Mimie coz sudi jenguk akak malam tadi.
"Hei, akak pon tengah online tau malam tadi haha."

Oklah, itu je nak cakap.
Nanti singgah lagi ya.
Bye.

7 THINGS ABOUT KARYA MAHIRAH -- VERSATILE BLOGGER AWARD



Assalamualaikum!

Korang nampak banner kat atas tu?
Aha! aku di tag oleh http://www.schanazri.com/
Cik adik ni dah bagi homework kat aku untuk ceritakan tentang diri aku sendiri.
Tengah gigih pikior pasal diri sendiri ni haha.
Sebahagiannya ada list kat bawah ni.
Korang bacalah ek.

Okay. Mari kita tengok apa syarat-syaratnya ya!
  • Thank the nice fella who gave you this award ;)
  • Include a link to their blog
  • Select 15 blogs/bloggers you've recently discovered/followed regularly. 
  • Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
  • Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

Jom strat cerita pasal KM.
Jangan muntah sudah ya, hahaha!

  1. Anak Sulung -- Aku tak ada abang dan tak ada kakak. Aku cuma ada adik sorang je. Adik perempuan yang masih bujang tinggal dengan mak abah.
  2. Tak Boleh Di Arah -- Aku tak suka di arah. Kalau aku nak buat, aku buat tapi jangan paksa aku buat sesuatu yang aku tak nak. 
  3. Over Protective -- Paling ketara sebab aku susah nak lepaskan anak aku main kat luar dengan kawan-kawan dia dengan keadaan persekitaran yang kurang selamat kebelakangan ni. Even adik aku nak pergi memana pun aku akan tanya dia keluar dengan siapa dan balik kul berapa. Padahal dah bosa panjang tu.
  4. Independent -- Aku seorang yang independent. Ternyata sebab semua benda aku buat sendiri kalau pak wan sibuk. Even kalau anak demam pun, aku yang drive sendiri ke klinik yang jauh tu sorang2 haha. Even dulu pak wan masuk hospital, pun aku jugak drive sendiri ke hospital sorang2. Bukan tak boleh harapkan mak abah tapi aku kesian kat dia orang dan tak mau susahkan. Selagi boleh selesaikan sendiri, aku buat sendiri semuanya.
  5. Suka menulis -- Aku suka menulis novel atau cerpen. Hobi menulis ni dapat sejak aku tingkatan 1 lagi. Masa tu aku tulis dalam kertas kajang. Tahun 1996. Bila abah dah beli PC putih besar gabak yang melintang tu, aku terus taip dalam EXCEL ya, bukan dalam WORD. Haha! Kalau ingat balik memang kelakolah. Gigih ko, aku betulkan spacing semua. Aku taip ni pun sorok-sorok sebab abah tak suka komputer dia di usik nanti rosak katanya. Aku save dalam disket 4 segi tu. Siapa zaman2 aku dulu memang merasalah komputer ni. Aku ingat lagi, waktu exam soalan suruh buat karangan. Aku pun tulislah cerpen pendek. Sekali result dapat A+++ ko. Cikgu panggil aku masuk bilik. Dia cakap dia terharu dan menangis baca cerpen aku. Haha! Aku pon pelik apa yang sedih pun tak taulah.  
  6. Peramah -- Kalau korang pandang aku dari jauh, memang korang akan cakap aku ni sombong. Tapi kalau korang sapa aku dari dekat, aku ni boleh dikatakan peramah jugaklah orangnya. Senang nak berkawan dengan orang.
  7. Cepat Tersentuh Hati -- Aku memang cepat tersentuh hati. Terutama sekali kalau baca novel yang sedih-sedih. Ingat lagi novel yang boleh buat aku menangis, tajuknya Jendela Hati, Aisya Sofea. Aduhai, masa baca tu aku baring kat katil, sedia tisu kat tangan sambil hadap dinding. Member bilik semua ingat aku menangis sebab gaduh dengan pak wan. Padahal tengah baca novel tu. hahaha!
Oklah itu je nak cerita. Banyak lagi sebenarnya. Karang kalau aku senaraikan semua, berair pulak mata korang nak membaca sampai habis.

Btw, terima kasih pada SchaNazri http://www.schanazri.com/ sebab tag kak KM! Aku suka blog SchaNazri ni sebab theme color dia soft. Buat Scha, rasanya akak ada puji blog scha sebelum nikan? heee...

Aku nak panjangkan lagi The Versatile Blogger Award ni kepada mereka yang selalu membaca blog aku ni. Thanks semua. Kali ni aku pulak nak baca pasal korang tau. Lepas dah update, bagitahu kat KM ya.

1. Syira Lokman -- http://syiralokman.blogspot.com/
3. White Lily -- http://naalisaa.blogspot.com/
4. Kak Nurhasniza -- http://www.mamaniza.com/
5. Dr. Shikin Zainal -- http://drshikinzainal.blogspot.com/
7. Siti Junaidah -- http://edaeri.blogspot.com/
13. Kak Jari Manis -- http://jarimanistravel.blogspot.com/

Pergh! Banyak tol nama nak kena tag. Hah, ni takde paksaan nak tulis entry ini.
Tapi kalau boleh tulislah ya. Aku nak baca jugak tentang korang.
Ok daaa

Header Blog KM Dah Baru.

Assalamualaikum korang!

Korang dah nampak header blog KM ke?
Pendapat korang macam mana? 
Ok ke tidak?
Bosan ar pakai header color merah sebelum ni.
Actually tak berapa berkenan pun header merah tu.
Tapi disebabkan itu je yang match kat blog KM ni, tu yang terus rembat guna.


Malam semalam tetiba pulak aku terfikir nak ubah suai header blog.
Kekalkan treademark KM tu dengan guna font yang sama.
Cuma design tu je yang aku buat simple sikit.
Template header tu aku usha kat google. 
Just masukkan tajuk header je kat dalam tu.
Nampak suci je kan warna putih tu? Haha!

Okaylah tu je nak cerita.
Bye!