Menu Tab

Segmen Blogwalking : Cerita Adinda Baizura Mazlan


Kalau nak join klik je benner.
Tamat 20 July 2014

Okay, nak kena cerita sikit pasal blog KM.
Errrrrrmmmm... KM ni baru 3 tahun dalam dunia blogger.
Sekejap tenggelam, sekejap timbul sibuk dengan dunia harian.
Blog KM ni lebih kepada cerita kehidupan KM sendiri.
Style KM senang je, kalau korang visit KM dan tinggalkan komen, KM akan visit korang balik dan buat benda yang sama.
Itu je, ok bye.

#3 Ranking Alexa karyamahirah.blogspot.com


Saja nak buat perbandingan.
Pada 14 Julai ranking Malaysia 16,045k
Tapi melonjak turun di kedudukan 14,079k

Nampak gaya ada perubahan yang cantik.
InsyaAllah, kalau rajin update blog, ranking berubahlahkan.
So, kena usaha lagi ni supaya lebih baik.




#5 Thank You Nuffnangers Who Recently Viewed My Blog =),


UPDATE
19/07/2014 9:43 AM

Nuffnangers yang masih melekat lagi blog mereka di top referral nuffnang KM.
Haha... terima kasih ya semua.
Kejap lagi aku terjah satu-satu blog2 baru ni.
Aku rasa ramai yang aku belum follow lagi.

http://naalisaa.blogspot.com/

Andai antara korang semua yang KM belum follow, silalah inform mungkin KM terlepas pandang agaknya.
Maklumlah KM ni mata 4 huhu.. kadang rabun kadang tak rabun.
Ok thanks semua.

Iftar Bersama General Manager P&D Di Pasta Mania

Alhamdulillah...

Baru-baru ni boss ajak semua staff dia yang sporting ni berbuka puasa sama-sama.
Sape lagi kalau tak aku salah seorang yg sporting tu hehe.
Aku pun mengambil kesempatan ini untuk membawa buah hati aku sekali iaitu Pak Wan untuk berbuka puasa bersama2.
Buah hati pengarang jantung aku yang sorang lagi tu tak ikut sebab mak tok dia tak bagi.
Yalah, budak tecik tukan baru baik deman, so mak tok dia punyalah risau dengan keadaan cucu dia yang sorang tu.
Jadi, kita orang tak bawaklah si kecik tu sekali.
Dapatlah mak pak dia ni berdating sesekali hehehe.
Tapi ko taulah lepas tu adalah SMS2 yang mencuit hati dari maktok dia duk cerita pasal cucu tu.
Baru 2 jam mak pak dia tak dak depan mata, mulut dia dah bising macam burung pipit.

"Mak, mana mama kita? Sampai sekarang mama tak ambik kita." Merungut. 
"Hish! Mama ni lambatlah mak. Kita dah ngantuk nak tido ni. Karang kita tido nanti mama tak ambik kita." Mengeluh.

Aku punya gelaklah baca SMS mak aku cerita pasal dia.
Tu baru 2 jam tak nampak mama dia depan mata dah bising macam tu.
Kalau aku honeymoon seminggu agaknya macam mana dia merungutkan?



So disinilah kami beriftar hari tu.
Kalau korang nak tau Pasta Mania di KLIA2 ni sebenarnya operation dia under MAHB.
Tapi jangan salah faham tau, hanya Pasta Mania Cawangan KLIA2 je bawah kami.
Cawangan lain tu aku tak tau.
Ada sebab juga akhirnya GM kami pilih di sini.

Kalau ikutkan banyak senarai tempat yang kami pilih.
Antaranya Sama-Sama Hotel dan adalah 2 ke 3 tempat lagi yang menjadi pilihan dan bila vote ramai pilih kat Pasta Mania sebab bos belanja (hehe), mudah untuk pergi solat selepas iftar dan lepas tu boleh shopping2 kat gateway tu.
Boleh tak guna alasan tu? haha... sebabnya bos kata dari makan kat tempat lain, lebih baik kita makan kat tempat yang boleh jana balik income company kita.
Erm... ya tak ya jugak ya. Yang untung company kita jugak hehe.



Yang sebelah kanan tulah GM kami tu.
Muda tak GM kami tu?
Inilah GM paling sporting yang boleh join semua staff.
Kadang2 orang luar yang berbual dengan dia, bila kami cakap dia GM pun orang tak percaya.
Hakikatnya memang dia GM kami.

Masa ni semua dah mentekedarah.
Lapar kot nak jalan jauh ke dalam KLIA2 hehe.

Yang pandang camera tu antara my colleges.
Buat kerja semua dengan mereka.
Mengadu domba, bersuka dan bersedih semua bersama haha.


Haaaaa... hambik ko, ni baru betul open table.
Panjang giler tak hingat.
Tengoklah makcik baju merah tu memang suka syok sendiri pandang kamera.


Ni masa dah edarkan makanan.

Antara hidangannya adalah salad.
Layan jugak ni wei.
Pak Wan bukan main membedal salad ni.
Sedap sangat ke entahlah.


Ini menu yang aku pilih.
Chicken Mania.
Kenyang sampai ke malam beb.

Yang pizza dia.
Sedap jugaklah tapi tak boleh lawan domino dangan pizza hut.
Aku tau Pasta Mania ni lebih kepada pasta sebenarnya.
Pizza2 ni sampingan.


Tiga rakan sekerja.
Termasuk akulah tu.
Merah tak mak ngah sebelah tu.
Memang aku sengaja nak bagi semua orang nampak aku malam tu hahaha.



Aku orang terakhir sampai ke pasta mania, dan aku jugaklah orang terakhir balik dari pasta mania.
Memang menghayati sungguh makanan berbuka kat situ sampai member cakap, korang nak tolong kemas sekali ke? Dah tak reti-reti lagi nak balik?
Hahaha.. sampai hati dia orang cakap macam tu kat kami.


Dan akhir sekali cappuccino di oder oleh Pak Wan.
Bos suruh order I oderlahkan. Haha..


Inilah gambar kami beramai-ramai.
Ko tengok makcik baju merah tu buat muka confuse pulak dia.
Tengah fikir nak sambung lagi ke tak nak lepas bergambar ni?
Kek tak habis makan lagi tu, air pun tak habis minum lagi tu
Ko dasyat tak? Sudahnya bungkus kek bawak balik.

Sekian.