Menu Tab

Kesian Parent Aku Kena Deal Dengan Kontraktor Bebal

Alhamdulillah, abah dan mak aku dah selesai urusan beli rumah nelayan kat johor. Sekarang ni kami tengah buat renovation ke seluruhan rumah. Boleh kata 1/2 runtuh dan pasang semula dengan rumah batu. 1/2 lagi kekal dengan rumah papan. Design rumah tu cantik dan menarik. Kalau buat renovation betul2 mau jadi sebuah banglo kos rendah. Hehe... Tapi bukan itu yang aku nak cerita huhu. Sebenarnya aku nak cerita perihal kontraktor yang buat rumah macam taik. Sebelum tu, aku nak bagi tau, entry ni mungkin sangat panjang dan harap bersabarlah ketika membacanya.

Ceritanya begini. Lepas abah dan mak aku settle dengan perihal jual beli rumah, jadi mereka mencarilah kontraktor yang boleh buat renovation dan perlu disiapkan dalam masa sebulan iaitu sebelum puasa ni. So, makcik aku pun suggestlah sorang hamba Allah ni untuk buat rumah perent aku kat kampung tu. Yang best tu, buat muka kesian dengan kami kononnya sebelum ni banyak dia buat rumah orang semuanya tak bayar habis. Parent aku ni bila dengar macam tu jadi kesian dan kononnya nak tolonglah orang melayu. Inilah padahnya orang melayu yang tak sedar dek untung. Bila cakap bodoh tau pulak marah, huhu.

Aku nak tanya koranglah, korang kalau buat renovation, sepatutnya korang dengar cakap kontraktor ke atau kontraktor yang dengar cakap korang? Patutnya kontraktorlah kena ikut kehendak tuan rumahkan?! Haaaa... ni nak habaq kat korang. Kontraktor yang buat rumah abah aku ni dah terbalik. Tuan rumah pulak yang kena dengar cakap dia. Abah aku mintak macam ni, dia buat macam tu. Ya Allah, tak sangkalah dia degil nauzubillah, tak mo dengar apa yang abah dan mak aku mahukan. Dah tunjuk layout pun dia masih buat salah. Persoalannya di sini, ni rumah kau ke rumah aku? Kenapa pulak abah dan mak aku kena dengar cakap dia. Idea layout dia tu kalau cantik aku tak kisah, ini macam reban ayam wei! Main tampal-tampal, stepler-stepler je gitu. Reban ayam pun lagi cantik dari rumah aku tu. Ada ke papan yang retak tu disteplerkan je?! Dia ingat rumah aku tu rumah kertas ke? Siapa yang ajo dia? Kalau kayu tu retak dan renggang, ko gantilah dengan kayu baru! Stupido betullah huhu.

Ini maknanya di sini, dia buat rumah parent aku tu, ikut suka hati bapak dia je tak nak tanya tuan rumah merangkap parent aku. Adoihai... memang kesian aku tengok abah aku tu. Ulang alik dari sepang ke penyabung johor tu macam pergi kerja je. Ingat dekat ke? Boleh kematu jugaklah punggung duk drive atas jalan. Sampai BP abah aku tinggi sebab stress nak fikir perihal kontraktor yang perangai pelik ni. Abah aku dah siapkan layout pun dia tak mo ikut, korang bayangkan betapa kepala batunya kontraktor rumah abah aku tu? Korang tau kenapa? Sebab dia MALAS nak fikir susah, janji ikut senang dia je nak buat. Vongok abadi orang ni, huhu. 

Bila dah jadi macam ni, barulah kami tau, kenapa ramai orang tak habis bayar balance rumah dekat dia? Sebab dia tipu orang! Bukanlah sebab dia yang kena tipu seperti yg dicanang tu tapi dia yang tipu orang. Kata pandai buat rumah tapi aku rasa indon ngan bangla tu lagi bijaklah buat rumah dari dia. Kalau dia buat rumah dah rupa macam reban ayam, korang rasa-rasa abah aku nak tak bayar balance duit renovation tu kat dia? Padahal abah aku tak puas hati ni sebab dia buat ruamh tak ikut spek yang abah aku bagi. Dalam ramai2 kontraktor yang kami pernah deal, inilah kontraktor paling teruk yang kami pernah jumpa. Ikut kepala dia je nak buat rumah kami tu macam mana rupa.

Dugaan sungguh pada kami dibulan sya'ban ni. Ingatkan bolehlah siap rumah tu diduduki sebelum puasa. Nampak gayanya raya duduk endau lagilah. Bukan duduk penyabung. Kalau dah rumah macam reban ayam, macam mana nak raya kat situ. Huhu... sedihnya... Aku kalau boleh tak nak masuk campur hal urusan ubah suai rumah ni sebab bila kami yang anak2 ni masuk campur, lagi teruk kontraktor tu kena sound nanti. Lagi pulak ia melibatkan parent aku, memang geram kalau tau parent aku kena tipu. Dahlah kerjanya asyik mintak duit je. Duit dah bagi RM20K apa lagi yang tak cukup? RM20K tu untuk buat rumah belakang je tau. Masalahnya, rumah belakang tu tak siap2 jugak, dah dia mintak duit lagi. Itu yang darah tinggi abah aku naik. Geram punya pasal. Buat rumah kami main-main.

Baru2 ni abah dan mak mintak tolong aku dan suami hantar balik johor. Encik suami memang nak tolonglah abah kali ni untuk deal dengan kontraktor vongok tu. Bila dia tau abah dan mak balik bawak menantu nak uruskan rumah tu, dia cabut lari tak mo jumpa. Yang paling sakit hati tu, ada sorang pekerja dia tu bersubahat dengan tokey vongok tu. Hambik, kena sound sekali dengan abah aku, terus sentap. Boleh pulak masa kami dtg tu dia masuk bilik terus hempas pintu. Amboi! Tunjuk perasaan nampak? Karang aku hempuk pintu tu ke muka dia terus berbintang atas kepala.

Aku kesian kat parent akulah. Kami baru je balik ke sepang hari ahad baru ni, tup-tup hari ni selasa, abah dan mak kena balik ke penyabung semula sebab nak settle dengan tokey vongok yang lari bila tau aku dan suami balik weekend baru ni. Dia kalau tak buat salah, nak buat apa takut?! Kan dah nampak memang dia buat salah, sebab tu takut nak jumpa aku dan suami. Korang bayangkanlah macam mana penatnya abah dan mak aku tu ulang alik sebab nak settle benda ni dengan kontraktor tu. Tak zalim ke dia menyusahkan orang tua kami. Mentang-mentanglah abah dan mak aku tu warga emas, dia boleh suka hati je main-mainkan.

Ni gambar rumah bahagian depan. Yang lain aku malas nak snap sebab dah menyampah tengok.
Kalau korang tengok, logik tak buat tingkap rapat dengan tombol pintu masuk???
Rasanya kontraktor ni ada akal ke tak ada?
Ini maknanya sengaja menjemput perompak dan pencuri pecah masuk rumah.
Kan ke senang je masuk rumah kami, cabut tingkap naco, bolos tangan terus pulas tombol pintu.
Adoihai... benda basic macam ni pun dia tak boleh fikir.
Kalau perasan, papan rumah yang nampak jarang tu pun dia tak ganti dan main stapler je.
Kan ke mengundang orang mengintai dari luar?
Aku jadi stress dengan orang yang jenis MALAS nak berfikir.
Dia tau mintak duit dan duit masuk poket.
Buat kerja tak ikhlas.
Sekian.

 

Kisah Kena Gangguan, Baru tau Ada Yang Ikut Balik

Assalamualaikum,

Sejak kahwin sampailah sekarang ni, aku tak pernah tau pun yang kat area rumah mertua aku tu ada penunggu setia yang dah berkurun lamanya sejak nenek moyang mereka ada dulu. Yang syoknya, tuan rumah sendiri pun tak tau cerita yang area rumah mereka ada penunggu yang dah berkurun lamanya duduk situ. Sesekali aku datang rumah kampung tu pun ada jugak terasa macam ada orang memerhati. Sampai aku jadi tak selesa nak tidur kat rumah tu. Ingat lagi seminggu lepas kahwin je kita orang gigih cari rumah lain. Sanggup hidup sendiri dari duduk rumah mertua yang dalam keadaan macam tu haha.

Aku dah lama perasan. Yang paling ketara sejak dapat anak dulu, anak aku si Zulaikha tu asyik kena usik je memanjang. Asal balik je dari rumah kampung tu mesti dia menangis sakan kat rumah kami. Adoi, letih wooo nak hadle budak nangis yang kita pun tak tau puncanya. Budak ni pulak jenis menangis yang macam kena pukul. Aku naik cuaklah bila tengok dia meneran suara. Aku bacakan macam-macam surah untuk dia. Masa dulu aku tak tau pun ada gabungan surah ruqyah. Tapi alhamdulillah, ada hikmahnya Allah bagi dugaan pada keluarga kami melalui anak ni. Dari sini barulah aku tau ada surah2 pendinding yang boleh di amalkan di rumah.

Okay, berbalik pada cerita tadi. Satu hari tu, di waktu magrib yang indah, aku pasang oasis seperti biasa. Waktu ni Zulaikha 2 tahun setengah kot. Aku tau oasis ada satu zikir yang mana kalau syaitan dengar memang dia terbakolah. Tiba-tiba Zulaikha datang depan TV sambil menangis ketakutan. Dia cakap "Mama! Mama! Utup! Utup! Dia akut! Mama dia akut!" Pelat2 dia cakap kat aku. Ya Allah, berderau jantung aku wei. Siapa yang dia cakap takut tu wei? Takut bila dengar zikir-zikir kat oasis pulak tu. Aku telefon encik suami yang masa tu tengah kerja, mintak pendapat. Telefon mak dan abah jugak untuk mintak pendapat. Lastly, dia orang cakap bawak darusyifaq BBST. Dekat je dengan rumah kami.

Next day kita orang bawak ke darusyifaq. Dalam pada tu tawakal jelah pada Allah. Kalau kat rumah dia selalu cakap takut, takut dan takut. Aku nak solat pun dia duduk kat sebelah aku. Apa yang dia takut pun aku tak tau. Yalah, kita tak nampak. Only budak kecik je yang biasa nampak. Waktu tu aku perasan jugak dalam rumah aku tu selalu bunyi guli, bunyi budak berlari, bunyi macam2 kat siling tapi aku abaikan. Cuma aku tersedar bila sampai ke 2-3 pagi masih bunyi budak main guli, berlari2 tu aku dah terfikir mesti ada sesuatu dalam rumah aku. Takkanlah pulak tengah malam buta ada budak berlari2 sambil main guli? Pelik!

Berbalik pada ke darussyifaq. Sementara nak tunggu giliran tu macam-macamlah kami dengar orang ada saka berubah suara. Tiga anak dara tersampuk sebab saka berpindah randah. Ya Allah seriau tengok wei bila tau benda tu suka berpindah randah. Malam tu memang ramai pesakit yang datang berubat. Kena kuat semangat sikit bila tersaksikan mereka yang kena rasuk. Sehinggalah datang 4 anak dara untuk berubat. Kalau tengok dari segi fizikal anak dara tu memang nampak sihat, tapi bila Zulaikha toleh ke anak dara tu, dia terus jadi takut. Memang nampak pucat muka Zulaikha takut kat anak dara tu. Masa tu aku tak terfikirlah yang Zulaikha boleh nampak apa yang anak-anak dara tu bawa.

Nak tau, Zulaikha pandang je 4 anak dara tu, muka dia terus berubah takut dan nampak cuak. Zulaikha terus cakap kat aku "Mama... akut... akut..." muka nak nangis sambil pandang 4 orang anak dara tadi. Aku dengar dan pelik jugak, apa yang dia takut sebab aku tengok budak 4 orang tu okay je macam manusia biasa. Tapi betullah anugerah melihat benda halus ni biasa budak2 je boleh nampak. Aku pun peluklah dia. Suami pun suruh aku bawa Zulaikha depan TV yang mana surah gabungan ruqyah sedang di mainkan. Kat situ kami suami isteri dah tau yang mata anak aku tidak berhijab.

Giliran kami yang terakhir. Masa tu dah nak dekat Jam 12am. Gelisah tak payah cakaplah sebab macam2 pesakit kita orang nampak keluar masuk bilik tu. Sampailah turn anak dara 4 orang tu masuk. Yang sakitnya 1 orang je. Yang lagi 3 orang tu tolong temankan je. Bila start je berubat, Ya Allah, menjerit2 anak dara yg ada saka tu kena rasuk. Dan sakanya ada 3 suara ya. Dalam 4 orang tu, 1 orang je sakit. 1 orang lagi memang kuat semangat. 2 orang lagi tak kuat semangat dan terus keluar. Saka tu marah kat budak 3 orang yang bawa budak 1 orang yang ada saka tu pergi jumpa ustaz, then terus saka tu berpindah kat lagi 2 orang anak dara yang lemah semangat tu. Ya Allah, depan mata aku, suami dan anak berlaku kejadian tu. Waktu tu aku tak fikir diri aku tapi aku fikirkan anak aku. Apa2 aku kena selamatkan anak aku huhu.

Lepas dah selesai 4 anak dara tu. Masing2 bertenang. Tapi belum balik sebab ustaz nak pantau sebab sekali 3 orang serentak kena rasuk. Mereka kena di asingkan. Dah lama tu barulah nama Zulaikha di panggil ustaz. Masuk je dalam, ustaz mohon maaf sebab ini pertama kali terjadi rasukan sekali 3 orang serentak. Nampak dia orang amat penat nak handle. Kemudian beliau tanya apa masalah dengan Zulaikha ni? Aku pun ceritalah masalah Zulaikha dari A to Z. Bila dah faham, ustaz buka 3 botol air yang kami beli dan mulakan bacaan surah. Kemudian berterusan sambil usap kedua belah kening Zulaikha.

Bila dah selesai, ustaz pun explain. Belum serius lagi. Katanya yang ganggu Zulaikha ni makhluk kecil lebih kurang baya2 Zulaikha je. Dia nak cuba berkawan. Yang pasal Zulaikha cakap "Dia takut... dia takut..." bila dengar oasis tu benda makhluk tulah yang pesan melalui dia. Berderau darah aku dengar. Yang ustaz usap ke dua belah kening dia tu untuk tutup semula hijab mata dia supaya lepas ni dia tak nampak lagi makhluk tu. Aku perasan, sebelum ni pun selalu jugak Zulaikha tunjuk kat bilik tu dia takut, kat dapur dia takut, kat toilet tak yah cakaplah, lagi dia takut. Rupanya benda tu ada kat tempat2 yang dia selalu cakap takut nak pergi sorang2.

Erm... pesanan ustaz, aku kena sentiasa dengan Zulaikha supaya makhluk tu tak tarik dia sikit2 untuk dibuat kawan. Kalau dah jadi kawan, lagi payah nak berubat. Jadi, ustaz pun ajar kami macam mana nak pagar rumah dan halau benda tu dengan cara baik ya. Bukan kasar2 sebab makhluk tu pun makhluk Allah.

Cara-caranya (Ni cara basic dan ringkas dan mudah ingat):
Baca surah yassin sampai ayat 9, kemudian renjiskan air yang dah di baca ustaz (surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) dengan bacaan yang betul) tadi pada 4 penjuru rumah dan bermula dengan sebelah kanan kita. Contoh, kalau kita mula dari pintu rumah, so tamat pun kat pintu rumah juga. Air tu kalau terkena dekat makhluk tu mungkin akan buat dia panas. Mesti buat waktu asar sebelum masuk maghrib sebab waktu ni syaitan mula berkeliaran. Kemudian bacakan yassin 3 malam berturut2 kat rumah. Kalau boleh bacalah kuat2. Kemudian balance air tu kena mandikan Zulaikha waktu asar sebelum maghrib dengan selawat ke atas nabi s.a.w. Al-fatihah, surah 3 kul dan ayat qursi. Kena buat 3 hari berturut2 juga.

Pesan ustaz, jangan keluar malam bawa budak. Jangan balik rumah dekat2 senja. Mungkin ada yang ikut balik. Jangan ambil anak dekat2 senja. Kalau masuk rumah bagi salam dulu. Aku pasangkan sekali oasis dan juga gabungan surah ruqyah dekat tab max volume. Satu rumah boleh dengar. Pengalaman masa pagar rumah tu, memang ada sedikit rasa meremang dan seolah sedang diperhatikan. Huhu, cuma aku kuatkan semangat demi anak aku je. Masa hari pertama buat tu, dia masih duk ada lagi berlari2 kat siling rumah. Bunyi macam tak tenteram je. Bila aku kuatkan gabungan surah ruqyah tu, laluan bunyi budak berlari kat siling tu seolah2 menuju ke arah pintu rumah kami dan keluar terus senyap sampailah sekarang. Alhamdulillah...

Perkara yang berterusan kami buat, baca al-quran sekurang-kurangnya satu helai muka surat setiap hari. Yang penting rumah kita tak sunyi dari ayat-ayat suci al-quran. Hari khamis, bacakan yassin. InsyaAllah mahkluk tu akan pergi dengan sendiri bila dia rasa panas dalam rumah kita. Dan sebenarnya kita sendiri boleh pagar rumah kita dan tak payah panggil ustaz pun. Hanya berpandukan apa yang ustaz ajar je. Yang penting yakin pada Allah.

Aduhai, kalau diingat balik, rasa tak tenteram dengan gangguan tu. Kesian anak aku, bawah mata sampai lebam. Now alhamdulillah dah ok. Aku ajar Zulaikha baca surah basic 3 kul dan al fatihah untuk pendinding diri dia. Then slow2 aku ajar dia ayatul qursi. Tak ada dah cakap takut, takut tu.

Kat sini aku akan sharekan link yang boleh korang buat rujukan macam mana cara nak pagar rumah dari gangguan makhluk halus. Ianya ada pelbagai cara untuk pagarkan rumah tapi basicnya masih sama. Dalam link ni dia akan cerita lebih detail dari apa yang ustaz tu ajar kami dan korang boleh pilih :

1. http://www.kasturisyifa.com/gangguan-makhluk-halus-di-rumah/
2. http://www.slideshare.net/usakinahsaptu/pagar-diri-dan-rumah-menurut-al
3. http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2011/06/satu-kaedah-memagar-rumah-dan-kawasan.html
4. http://uhanif.blogspot.com/2013/05/tips-memagar-diri-atau-rumah-dari.html

p/s : Apa yang berlaku kat rumah mertua aku tu? Haha... nak tau cerita selanjutnya, korang tunggu aku buat entry baru. Yang ni lebih suspen sikit sebab aku kena ingat satu-satu kejadian yang menimpa keluarga mertua aku awal tahun ni. Tunggu ya...