Menu Tab

Liebster Award by Jazz Lover


Aku telah di tag oleh Jazz Lover untuk menjawab segala soalan2 yang di berikan. Jenuh jugaklah aku nak update blog ni. Dengan sibuk masa tak menentunya sejak KLIA2 buka. Macam tak ada life bila masuk kerja shift haha. Apa pun saya akan cuba jugak untuk jawab soalan2 ni ya. 


Soalan dari Jazz Lover dan Jawapan dari aku

01. Contohlah smartphone Samsung dengan Iphone korang jatuh dalam air, yang mana korang selamatkan dulu? Lol.

Jwpn : 
Kalau tengok dari segi kualiti Iphone lebih hebat. So Iphone la yg aku selamatkan dulu.

02. Manusia jahat yang jadi baik. Manusia sedia ada baik. Yang mana korang cenderung pilih jadi teman hidup?

Jwpn :
Kalau kita punyai dua pilihan tu, rasanya lebih baik pilih manusia yang sedia ada baik dari pilih manusia jahat yg jadi baik. Sebab manusia jahat yg jadi baik belum tentu 100% baiknya. Haha.. jangan anggap manusia jahat yg jadi baik itu mcm jebat ya. Itu hanya lakonan semata2. Tapi tak semestinya yg baik sedia kala tu memang baik 100%. Cuma peratusan baik tuk manusia sedia ada baik tu lebih tinggi dari peratusan manusia jahat yg jadi baik. Hahaha... kome paham ke tak apa yg teman xplain ni???

03. Boleh tak korang cerita pasal personaliti aku berdasarkan penulisan aku? Aku garang ke. Aku gedik ke.

Jwpn:
Biasa je. Normal. Haha...

04. Boleh tak korang cerita secara ringkas mengenai blog korang pulak? Aku pun nak tau jugak sikit-sikit.

Jwpn:
Hurm... payahnya nak cerita. Asalnya blog aku ni untuk share novel2 yang aku karang. Tiba-tiba ketandusan idea yang kritikal so, jadilah blog peribadi yang cerita pasal family dan kejadian2 harian yg berlaku dalam hidup aku ni. Harapkan moral support dari pembaca je untuk update blog ni. Kalau tidak, lemaunya nak update.

05. Korang suka baca pasal apa kalau masuk dalam blog aku? Kalau rajin masukkanlah link entry sekali.

Jwpn:
Aku suka baca semua. Uih, tak rajin nak masukkan semua link entry hahaha...

06. Korang suka jaga kecantikan tak? Kalau korang suka, jenama apa yang paling best bagi korang?

Jwpn:
Hurm... aku suka safi rania gold.

07. TDM, TUDM, TLDM, PDRM, JBPM, ALAM dan JPAM. Yang mana paling smart bagi korang?

Jwpn:
TUDM. Memang suka tengok dia orang.

08. Ciri perempuan/lelaki idaman korang. Sengal? Serabai? Skema? Smart? Lurus bendul?

Jwpn:
Memandangkan aku dah kahwin, ciri2 suami aku dah tentulah kdg2 serabai, kdg2 smart hahaha... serabai tu time kat rumah, kat luar dah tentulah smart.

09. Kalaulah korang ada anak perempuan, korang suka anak korang rambut lurus ke ikal?

Jwpn:
Aku memang ada anak perempuan. Suka anak rambut china doll sbb muka dia Chinese look + darah jawa.

10. Kalau korang ada anak, nama anak-anak korang apa? (lebih dari satu pun takpe)

Jwpn:
Aku memang dah ada anak pun. Nama beliau Qistina Zulaikha. Nama secomel orangnya. Haha..

11. Namakan tempat unik yang korang tau. Kalau setakat Paris tu tak yah ceritalah.

Pernah dengar tapi tak mungkin pergi. Bermuda Triangle. (Betul ke eja haha)

Blogger yang ditag:


Soalan untuk blogger

1. Siapa nama penuh korang?

2. Apa yang korang tengah buat sebelum korang baca soalan ini? hahaha jujur ya.


3. Adakah korang seorang student atau bekerja? Kalau student, belajar kat mana? Kalau dah kerja, bekerja kat mana?


4. Kalau diberi peluang naik pangkat, pangkat apa yang korang idamkan dalam satu organisasi?


5. Secara jujurnya, berapa kerap kali korang update blog ni?


6. Apa tujuan korang berbloging sebenarnya?


7. Siapa yang menjadi idola korang untuk dijadikan sumber inspirasi?


8. Berapa buah novel yang dah jadi koleksi korang? Tajuk novel dan terbitan mana yang korang suka?


9. Blogger yang korang pernah kenal dan jumpa kat luar? Dia tu macam mana orangnya?


10. Ceritakan style atau cara korang hargai kedua ibu dan ayah korang.


Selamat menjawab soalan mencabar dari saya. Andai kata korang dah siap jawab semua, korang bagi tau saya ya. Saya nak update dalam entry ni. Hopefully korang semua sportinglah ya!


Bila Masa Pensel2 Ni Ada Dalam Laci Aku Ek?


Bila masa pensel2 ni ada dalam laci aku ek?
Yang kelakarnya bila kemas laci baru jumpa balik pensel2 ni.
Bila teliti betul-betul baru sedar yang semua pensel ni dari berlainan hotel.
Baru terfikir, dah berapa banyak hotel aku jelajah dalam melaysia ni hahaha...