Menu Tab

Novel : Suamiku Anak Jiran Sebelah [5]



BAB 5

MENYANYI riang puan Aisyah sewaktu mengeluarkan pakaian yang sudah siap dibasuh tadi lalu dimasukkan ke dalam bakul. Dia tersenyum senang hati bila mengenangkan suami dan anak-anak sudah keluar bekerja. Bukan kata dia tak suka bila suami dan anak-anaknya ada, cuma dia tak dapat bagi perhatian terhadap kerja rumah bila melayan makan minum keluarga.
Terutama sekali si ayah yang manja mengalahkan anak-anak. Boleh kata semua perkara puan Aisyah yang uruskan. Baik makan, minum, nak mandi pun tuala disediakan, nak pakai baju disediakan pakaian atas tilam. Belum masuk lagi massage service bila suaminya letih seharian bekerja. Itu pun puan Aisyah sediakan juga. Pendek kata semua kerja remeh-temeh yang orang dekat luar sana tak buat tapi puan Aisyah buat. Sebab itu encik Wahid begitu sayang dan cintakan puan Aisyah kerana pengorbanannya tak ternilai. Tak mungkin dia dapat isteri sesempurna puan Aisyah diluar sana.
Baju kotor milik suaminya dimasukkan ke dalam mesin untuk dibasuh. Kemudian dia mengangkat bakul baju bersih untuk dijemur. Selipar disarung seraya melangkah ke arah ampaian. Sehelai baju diambil lalu dikibas berkali-kali. Kemudian baju tersebut disangkut pada ampaian.
“Hai cik Aisyah, tengah jemur baju ke?” Tegur puan Arifah dengan mimik wajah sinis.
Puan Aisyah menjungkit kening seraya menyelak pakaian yang disidai tadi. Senyuman terukir sinis pada jiran sebelahnya.