Menu Tab

Tips mencerahkan siku dan lutut

gambar hiasan

Warna kulit badan yang tidak rata akan kelihatan jelas pada bahagian lutut dan siku. Kebiasaannya, warna pada bahagian kepala lutut dan siku akan kelihatan lebih gelap berbanding bahagian kulit lain. Hal ini akan menyebabkan sesetengah wanita kurang keyakinan diri untuk memakai pakaian yang menyerlahkan lutut atau siku. Memang agak sukar untuk menghilangkan kehitaman pada siku dan lutut, namun tidak bermakna ia tidak akan menjadi lebih cerah. Anda dapat meratakan warna kulit hanya dengan mengikuti tips seperti di bawah: 

Menggunakan lemonBahan yang terbukti berkesan untuk meratakan warna kulit badan tidak lain tidak bukan, buah lemon. Potong lemon secara nipis, dan sapukannya pada bahagian siku dan lutut anda. Lakukan proses ini selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air suam. Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, lakukan proses ini 2 atau 3 kali sehari. 

Menggunakan minyak zaitunWarna kulit bahagian siku dan lutut kelihatan lebih hitam berbanding kawasan lain kerana ia terdiri daripada sel-sel kulit mati lantas menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, sapukan minyak zaitun pada siku dan lutut. Biarkan selama 15 minit dan bilas. 

Menggosok dengan spanUntuk pengelupasan sel-sel kulit mati secara halus, anda disyorkan menggunakan span khas atau 'loofah' yang mana banyak dijual di kedai yang menjual barang kosmetik. Kemudian, gosok dengan tekanan sederhana dan perlahan pada bahagian lutut dan siku tadi sehingga diyakini sel kulit mati hilang. Akhir sekali, bilas dengan air suam. 

Menggunakan pelembabSetiap kali selepas mandi, jangan lupa untuk memakai pelembab di bahagian lutut dan siku untuk kesan ekstra. Kebiasaannya, kedua-dua kawasan ini sangat kering dan memerlukan lebih banyak kelembapan untuk lebih lembut dan cerah. Lebih bagus lagi jika anda menyapukan 'body butter' setiap kali selesai mandi pada bahagian lutut dan siku. 

Gunakan tip-tip di atas dan selamat mencuba!