Menu Tab

Baru Tau Kenapa Emosi Tak Stabil

~Auto publish~

Assalamualaikum

Hai korang! Haha kak KM dah lama tak update entry.
Asal pandang entry ni nak uwek-uwek huhu.
Semenjak dua menjak emosi kak KM tak stabil sangat.
Buat itu tak kena, buat ini tak kena.
Sampai satu tahap tu asyik nak gaduh-gaduh manja je dengan pakwan.
Kesian dia tau.
Memang tak fikir apa-apa pun.
Sehinggalah satu hari tu kak KM tetiba rasa loya nak buka FB, loya nak buka blog, loya nak baca wassup.
Kadang-kadang sampai terbiar wassup tu sampai 1k tak terbaca.
*Pelik sangat emosi ko mahirah oi*
Tak boleh jadi, kak KM pun terus suarakan pasal emosi ni kat pakwan.
Pak wan pun redha je lah bila bini dia beremosi.
Dia macam syak tapi tak mo cakap apa-apa.

Di satu pagi yang indah, kak KM bangun untuk buat ujian UPT.
Korang tau tak apa ujian UPT tu?
Haha.. UPT tu Urine Pregnancy Test.
Lemau sungguhlah pagi-pagi tu nak buat test.
Hanya tunggu sesaat je, terus nampak 2 line seperti di bawah ni.


Termenung kejap kak KM dalam toilet sebab masih mamai-mamai.
Selama ni test 1 line je tapi kali ni 2 line pulak.
Eh eh, aku mengandung ke?
*Sengih sorang-sorang dalam toilet.*
Haaa... patutlah emosi kacau dua tiga menjak ni.
Rasa nak melompat tapi dalam toilet.
Rileks2 dulu siap mandi bagai, lepas tu buat muka bahagia je masa tunjuk UPT positive tu kat pakwan.
Yang kelakarnya dia boleh tanya balik kat kak KM.
*Kalau macam tu maknanya mengandung ke?*

Krik... krik... krik...

Al maklum dah 4 tahun tinggal, dia lupa la tu haha..

Alhamdulillah...
Apa yang kami sekeluarga hajatkan telah pun termakbul.
Dengan izin Allah Zulaikha bakal dapat adik.
Automatik Zulaikha suruh panggil dia kakak ya.
Kalau ada salah silap, teremosi ke, kak KM minta maaf ya.
Tak sedar masa tu mungkin pembawakan budak hihi.
Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Doakan juga kesihatan ibu dan baby ni baik ya.
Amin.

p/s : ok i should close, loya dah mai dah. k bye!

28 comments:

  1. hihi.. dah agak dh.. sebab ade status kat fb kak KM padam..pasal ura2 pregnant tu.. hihi.. tahniah kak KM.. suka la kakak ika tu dapat adik... semoga semuanya sihat ye..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah...semoga dipermudahkan segalanya yer...aamiin

    ReplyDelete
  3. Rindu nak dengar celoteh kak KM dan cerita pasal kakak zulaikha tu.hehe..takpe kak, pelan-pelan ye.nanti dah ok boleh aktif blogging balik.we mish u..

    ReplyDelete
  4. congratssss KM !!jangan emoci emoci lagiii heee..

    ReplyDelete
  5. Take care KM. Semoga dipermudahkan urusan KM. irrayyan.com

    ReplyDelete
  6. tahniah KM . hadiah 2015 tu ...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. tahniah... http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/12/dia.html

    ReplyDelete
  8. wahhh akak...tahniah yer...doakan kite jugak tau :D

    ReplyDelete
  9. eh eh macam pening pulak... hahahha bukan sebelum ni kak KM memang preggy ke?? atau Sha bermimpi ni..?? ehhh apsal rasa mamai semacam plak ni..?? huwaaaa


    tahniah kak KM... yeyyy !! dapat baby !!

    ReplyDelete
  10. wah wah wah! zulaikha bakal ada adik.. hehehe.. tahniah kak. take care ^____^

    ReplyDelete
  11. dah agak dah! =)
    tahniah dan moga semuanya selamat ye

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Tahniah... Take care ya...

    ReplyDelete
  13. jaga diri baik2 tau.. semoga ibu dan anak selamat.. terpaksa laa terima pembawakan budak tuh.. huhuhu..

    ReplyDelete
  14. waa patut a dah lama tak namapak sis... tahniah :)

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum... KM,

    Tahniah .. alhamdulillah...

    mselim3

    ReplyDelete
  16. Salam...

    tahniahhhh.... bahagia nya dapat anak lagi... jaga kesihatan bebaik yer... rajin2 blogwalking... ramai penasihat2 untuk ibu2 mengandung kat dalam blog... selalu saya baca...

    salam singgah

    ReplyDelete
  17. tahniah ..
    sekarang dah berapa bulan eyh ?

    salam perkenalan & jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  18. KM bila nk update blog...miss uuuuu

    ReplyDelete
  19. Assallammualaikum KM... patut la tak nampak online..:)

    kiter pun sama juga... sekarang ni dah nak masuk 20weeks.. harap2semuanya berjalan lancar yer :)

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~