Menu Tab

TIPS SIHAT : Jom Bersenam Di Pejabat!

Assalamualaikum!

Hai korang! Kali ni kak KM nak share pasal senaman! Haha!
Okeh, kak KM nak tanya berapa kali dalam sehari korang melakukan pergerakan?
Adakah pergerakan korang tu berbaloi untuk dijadikan senaman?
Alaaaa... setakat bangun pergi toilet dua tiga kali tu tak luak mana pon haha!
Kak KM faham, duduk kat kerusi sambil menghadap komputer dalam tempoh yang lama tu memang rutin yang susah nak dielak terutama yang kerja di pejabat.
Gaya hidup macam ni mesti merisaukan terutamanya dari segi aspek kesihatan tubuh.
*Arrgghhh!! Aku cakap pasal aku lah tu.*

Walaupun kita sibuk dengan tugasan, tak ada alasan untuk kita abaikan senaman.
Dan tak semestinya kita kena bersenam di gym atau di taman rekreasi je.
Hanya sekadar pergerakan biasa pun dah boleh jadi senaman.
Jom kita tengok contoh-contoh senaman ringkas yang boleh kita buat kat pejabat atau kampus.

1. Berjalan Kaki


Haa... jalan kaki ni salah satu senaman yang senang kita buat walaupun di tempat kerja atau kampus. Siapa kat sini pergi kuliah jalan kaki? Aha, salute kat korang. Confirm lepas ni kurus punya. Yang duduk kat office macam aku tu? Ala, korang buat je aktiviti berjalan tu selama 10 minit. Mungkin dengan cara ni dalam tempoh yang singkat itu dapat tingkatkan tenaga sekali gus melawan stress yang datang. Betul tak?

2. Tekan Tubi


Haaa.. hambek kau buat tekan tubi kat kampus atau tempat kerja. Kalau korang nak tau, senaman ni pun boleh dipraktikkan pada waktu rehat. Asalkan lokasinya bersih. Walaupun hanya beberapa kiraan tapi dah cukup bermanfaat untuk bakar karbohidrat dalam badan kita tau.

3. Naik Tangga


Haaa yang ni kak KM selalu buat hihi. Satu bonus andainya kampus atau office korang ada tangga. Jangan malas menggunakannya walaupun tersedia kemudahan lif. Penggunaan tangga mungkin sedikit lambat dan meletihkan tapi ia amat baik untuk kesihatan tau? Pergerakan naik turun tangga tu mampu bakar sejumlah kalori dalam tubuh sekali gus meningkatkan sistem kardiovaskular.

4. Gengam Bola Getah


Okeh, andai katalah masa amat-amat terhad untuk korang senaman, cukuplah dengan hanya meramas sebiji bola getah kecil berulang kali supaya mengurangkan tekanan di samping melancarkan perjalanan darah dan menguatkan bawah lengan serta sendi-sendi di tubuh kita.

Haa itu je kak KM nak share kali ni.
Nampak tak betapa senangnya kita boleh senaman walaupun dekat office.
Lepas ni tak ada alasan lagi ya.
Okeh, selamat mencuba
Daa...

Sumber di cedok dalam majalah mingguan wanita.
Di oleh sikit dengan gaya bahasa Karya Mahirah sendiri.

15 comments:

  1. Bila dh duduk susah nk bgn kan...hahaha...tp SA byk berjln la kak...

    ReplyDelete
  2. naik tangga tu selalu je buat.. prefer tangga than lif.. :)

    ReplyDelete
  3. Selalu naik tangga sebab lif kat ofis ni selalu meragam..

    ReplyDelete
  4. Cik Mimie jalan kaki je la kat opis ni..tangga xde nak naik2..hehehe

    ReplyDelete
  5. jalan kaki dengan naik tangga tu biasa buat =)

    ReplyDelete
  6. Tips naik tangga tu mmg best.. semua org boleh buat. Cuma nak dgn tak je.. :D

    ReplyDelete
  7. genggam bola getah tu macam paling senang kekeke.. tengah drive pun bleh buat kalo smpai traffic light.. eerk tekan tubi bahahha alaaa kat surau boleh buat kan kalau kerja tak ada own space. kalo cikgu memang jalan and naik tangga sokmo. tapi dok bolat jugak :p

    ReplyDelete
  8. turun naik tangga tu effektif ...

    ReplyDelete
  9. kalau di opis tu byk jalan kaki je..jarang naik tangga sbb ada lift..ngelat tak hiksss

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~