Menu Tab

TIPS CANTIK : 7 Punca Rambut Gugur

Assalamualaikum.

Hari ni kak KM nak share pasa punca rambut gugur.
Siapa pernah alami macam ni? Haha, kak KM tau ramaikan kena macam tu?
Termasuklah kak KM sendiri.
Entahlah, tak tau nak kata rambut rosak ke apa tapi setiap kali sikat memang segumpal kumpul kat sikat tu.
Lepas tu kat mana-mana mesti ada je helaian rambut bertaburan terutama kat toilet.
Jadi naik rimas tengok hari-hari nak kena sapu lantai betul tak?



Haha! Tak apa, korang jangan risau, meh kak KM nak cerita 7 punca rambut gugur.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadikan punca rambut gugur ni.
Korang cuma perlu tahu sebabnya je dan jadikan panduan supaya korang dapat jaga rambut korang.

1. Bahan Kimia

Bagi korang yang gemar menggayakan rambut dengan fesyen terkini seperti melurus dan warnakan rambut, korang lebih berpotensi mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Sebabnya proses mewarna, melurus atau mengerinting rambut adalah guna bahan kimia. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut menjadi kering dan gugur.

2. Perubahan  Hormon

Waktu pregnant dan melahirkan anak, perempuan memang akan mengalami perubahan hormon. Ini menyebabkan hormon di dalam tubuh tak stabil. Akibatnya rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.

3. Genetik

Kalau ada antara ibu atau bapa korang yang ada mengalami masalah rambut gugur waktu umur mereka meningkat, makan korang juga akan mengalami masalah yang sama. Kebarangkalian untuk hadap masalah ni sangat tinggi sebab ia faktor genetik.

4. Perjalanan Darah Tidak Lancar

Rambut gugur juga isyarat tubuh menghadapi masalah dalaman contohnya macam perjalanan darah yang tak lancar. Ia akan sebabkan oksigen tidak sampai ke seluruh tubuh dengan baik. Akibatnya rambut tidak kuat dan senang sangat nak gugur.

5. Tabiat Buruk

Haha... tabiat ni kak KM suka sangat buat ngeee... ada sesetengah orang termasuk kak KM sendiri ada tabiat suka menarik rambut waktu diserang sakit kepala. Sedap tu memanglah sedap bila lepas dapat bunyi sekali dua tapi ada jugaklah rasa sakitnya dan inilah juga punca akar rambut jadi lemah dan mudah tercabut.

6. Produk Tidak Sesuai

Korang tau tak, pemilihan produk penjagaan rambut mestilah tepat ya. Jangan suka suki nak buat eksperimen dengan produk sebab ia akan membuatkan rambut korang jadi kering dan mudah rosak. Kalau nak buat jugak, silalah dapatkan pandangan pakar untuk memilih syampu dan perapi yang bersesuaian. Kalau boleh gunalah serum dan elakkan guna pengering rambut dengan kerap.

7. Diet Tidak Seimbang

Diet yang tak sihat macam suka makanan berlemak dan berkolestrol tinggi tak baik untuk kesihatan. Gaya pemakanan macam ni pun tak membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, akibatnya akar rambut jadi lemah dan mudah rosak.



Haaa... itu saje yang kak KM nak membebel.
Jadi, marilah kita sama-sama menjaga rambut kita dengan baik.
Terutamanya yang pakai tudung ya.
Jangan anggap "Alah.. pakai tudung, bukan orang nampak pun."
Ya, memanglah orang tak nampak tapi somi kome tengok kang tak selera pulak kalau dah nampak lompang-lompang kat kepala haha.
Okeh, itu je nak cerita daaa..

Sumber di cedok dalam majalah mingguan wanita.
Di oleh sikit dengan gaya bahasa Karya Mahirah sendiri.

16 comments:

  1. Msalah yg jadi mimipi ngeri kbnykn org ni

    ReplyDelete
  2. Semua faktor tu melibatkan sha sendiri, plus sebab share on hemodialisis... rasa nak botakkan licin je tau....

    ReplyDelete
  3. tq sharing.. :) anis pon ade masalah rambut gugur juge..huhu

    ReplyDelete
  4. pucuk pangkalnya kene jaga pemakanan, makan degan sihat dan seimbang dan tidak berlebihan... :)

    ReplyDelete
  5. saya ni pun teruk juga gugur rambut ni
    tapi kemungkinan besat sebab sakit saya lah

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian kak km

    ReplyDelete
  7. terima kasih di atas tips ini.
    tapi ada penyelesaian tak atas masalah ini?

    ReplyDelete
  8. @aRz MoHa Tentulah ada Arz Moha.. tp di share oleh engkumuzahadin hihi

    ReplyDelete
  9. haaa..saya mengalami masalah rambut gugur yang sangat kritikal selepas bersalin anak kedua... dah botak pun kepala..huhuh

    ReplyDelete
  10. average rambot yang gugur stiap hari 100 helai kan.. CT pun ada prob nk jugak. rasanya semua orang kan kan.. kekeke banyak tu punca. owh yang main letup letup rambut tu sedapnyaaa. tapi tak reti tarik sendiri. kena orang buatkan..

    ReplyDelete
  11. betul juga.sy pun de alami mslh yg sama.

    ReplyDelete
  12. nice sharing KM ... betul..saya ni pun rimas tau kalu rambut gugur..sib baik la protect dari awal.. so not to worries la kalu bayi main air liur ..bak kat orang (mengncis) betul ke tak..haha...

    ReplyDelete
  13. dh pelbagai cara dh buat..tuakr syampoo..letak limau nipis.., letak tonik rambut, kurang mkn maggie tapi still tak berkenan..

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~