Menu Tab

Sekarang Trend Loop Band Pulak



Assalamualaikum korang!

Pernah tengok ni? Colorfulkan? Terutama yang warna hijau haha.
*Warna hijau saja aku nikan?*
Sekarang sibuk orang duk anyam dan jual benda ni.
Even anak-anak kawan kak KM pun rajin jual ni kat sekolah masing-masing.
Yang tukang anyam, mak depa la kan haha.
Mula2 kan, kak KM teringin jugak nak beli benda alah ni tapi bila fikir balik, awat aku nak membazir beli benda ni?
At the end terabai dan dibiarkan begitu saja.
Haaaa itulah sikap aku sebenarnya, separuh jalan buat kerja, haha.

Korang jangan tak tau, kak KM ni dulu tangan berseni tau.
Semuanya "Do It Yourself" *phuih*.
Krik...krik...krik...
Awat? Tak caya ka?
Kak KM tau korang tak caya tapi silalah percaya ya sebab kak KM ada bukti hahaha.

Fuh! Fuh! Berhabuk tengok benang ni.
Korang nampak benang yang terbengkalai kat atas ni?
Kak KM baru je jumpa dalam almari hari tu.
Tau berapa lama dah usia benang kait yang tak siap ni?
Lama kome oi, dekat 11 tahun dah KM simpan tapi tak siap-siap sampai sekarang haha.
Pemalas ya amat!

Dulu, masa zaman berkawan dengan pakwan, kak KM rajin buat benda ni.
Usahalah mengait benda alah ni, konon nak bagi kat pakwan buat kenangan.
Sekarang bila dah dapat aku, kome tanyalah balik ke mana benda tu, dia akan cakap "entah tak tau".
Korang rasa kak KM patut buat apa ngan dia?
Haaaa... ni yang aku rasa nak piat-piat je telinga dia.
*Amboi, berani ko nak piat? Dalam blog bolehlah cakap, cer cakap depan2, berani ke? haha...*

Haaa gitulah ceritanya kehebatan kak KM buat kraftangan.
Korang nak tempah? Oh, boleh sangat tapi tunggu 11 tahun lagilah baru siap.
Haha, k bye!



13 comments:

  1. haha sy pun tgk kurang seni..minat sekejap je pastu lupakan niat tu begitu sahaja..!

    ReplyDelete
  2. sha sangat suka buat benda ni tau kak KM... termasuk crochet... tapi crochet tak mahir sangat... hahaha cantikkkkkk.....

    ReplyDelete
  3. Hehe. Kena semangat waja buat benda gini. Hikhik jenuh tunggu KM siapkan tempahan

    ReplyDelete
  4. hahaha..tak larat nak tunggu 11 tahun lagi. :)

    ReplyDelete
  5. Yeap. sangat pemes loop band ni dikalangan bebudak. dulu zaman saya, zaman kait2. boleh jual.

    ReplyDelete
  6. Sama juga dirumah sedang sibuk dengan loom band ni..smpai ummi depa pun join sekali

    ReplyDelete
  7. boleh masuk muzium khazanah tu Akak KM. tapi seingat CT lah kan.. mende mende mengait ni memang femes dulu kan kan kan.. lagi lagi yang melilit kat batang eskrim tu. buat nama then jadikan keychain hihi

    ReplyDelete
  8. Benang ni kan, memang dah jadi peneman semasa di bangku sekolah dulu. Tak pernah sekali pun tinggalkan benda ni dlu.

    ReplyDelete
  9. ha skg dok sibuk lah sume buat bnd ni.. tapi ade kajian kate yang bnd ni bahaye yg bleh menyebabkan cancer... takott pulak

    ReplyDelete
  10. Waahh.. Terorlah KM.
    Saya xreti buat benda camni.

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~