Menu Tab

Percubaan Menggunting Rambut Zulaikha

Assalamualaikum!

Yang sebenarnya aku tak bertauliah pun dalam profesion menggunting rambut.
Tapi disebabkan rambut Zulaikha ada makhluk-makhluk kecil duk bermastautin kat dalam rambut dia, jadi terpaksalah buat-buat macam pakar menggunting rambut tau hari ni.
Aku sayang tau rambut dia. 
Memang sayang nak gunting rambut dia yang panjang tu.
Suka tengok anak dara aku ni rambut panjang.
Aku punya jagalah rambut dia supaya tak rosak tau.
Tapi akhirnya rambut dia dijelajah jugak makhluk-makhluk perosak tu.
Nak tak nak, terpaksalah aku gunting rambut dia.


Rimas aku tengok dia asyik garu kepala.
Sah! Memang sah anak aku ni ada kutu tau.
Sekali aku check semalam, memang tepat tekaan dan jangkaan aku.
Pergh! Ranum-ranum semua makhluk kat rambut dia tu.
Sekali picit berbunyi, geram aku tengok wei!
Dari mana dia dapat jangkitan makhluk kecil perosak tu?
Dah tentulah dari sekolah dia.
Biasalah kat sekolah, mana boleh control semuakan.

Jadi hari ni, pertama kali aku menggunting rambut dia tau.
Fuh, tak tau apa jadi weh, aku baca bismilah dulu.
Takut karang herot berot pulak gunting, kesian anak dara aku tu.
Kengkonong aku nak buat style china doll la ni kan.
Sekali apa jadi? Nah korang tengok sendiri ya.
v
v
v
v
v
v
v

Amacam? Pandai tak aku gunting? Kikiki...
Tak sangka tau bakat terpendam lama.
Baru tau aku ni ada skill gunting rambut rupanya.
Tapi satu patern ni jelah yang tau, lain jangan suruh, kang jadi lady gagah pulak.
Lepas tu aku shampoo kepala dia dengan shampoo kutu.
Puas hati ko, semua makhluk tu mampuih.
Oklah tu je nak cerita
Daa..

14 comments:

  1. Anak saya pn dapat kutu dari tadikanya. Semalam baru beli ubat kutu.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah ke sekolah memang beginilah jadinya.
    Serangga perosak ada banyak huhu

    ReplyDelete
  3. rama-rama kat blog ni baru ke?hehe

    aiyo, zulaikha kena serangan makhluk perosak pulak!Mama n ayahnya kena sekali pakai syampu tu tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sal, rama2 ni baru, jgn risau mama ayah bersih dr seraƱgan makhluk perosak.

      Delete
  4. style rambut baru tu pun comel.. :)

    ReplyDelete
  5. lepas nih leh gunting kt KM jela

    hahaha

    ReplyDelete
  6. comelnyeee..anis suke tgk budak2 rambut cmnie.. hihi.. pandai kak KM..ehem2... ^__^

    ReplyDelete
  7. Mmg berjangkit dari kawan2 sekolah lah tu.. mmg slalu kena check kan budak2 ni, klu tak sesian dia..

    ReplyDelete
  8. cam ank cina muka zulaikha..amoii..

    ReplyDelete
  9. mama sha dulu suka gunting rambut anak2 sendiri, malas hantar salun !

    haaaa comeyyy rambut, cam amoi gittewww

    ReplyDelete
  10. comei je zulaikha rambut pendek..tak pe KM..nanti cepat je rambut tu panjang..kesian zulaikha x selesa dgn kutu tu..ishh..budak2 kat sekolah tu..mak bapak dorang x ambik kesah ke dgn kutu anak atas kepala tu hai!!!

    ReplyDelete
  11. Budak2 mesti ada kena kutu kan? Haha. Scha pun pernah kena dulu. Asyik bebalut je kepala.

    ReplyDelete
  12. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
    {\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
    {\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
    \deftab720
    \pard\pardeftab720\partightenfactor0

    \f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
    \outl0\strokewidth0 \strokec2 hihi biasalah kak bebudak.. anak-anak buah CT pun. dok tergaru garu kepala macam setahun tak basuh. padahal ada kutu. nak tido tepi diorang pun takut.. \
    \
    maybe akak boleh amalkan tips ini.. beli inai serbuk and shower cap. bancuh then sapu kat kulit kepala anak akak. then amek shower cap then biarkan la sejam dua jam. lepas tu bilas dengan air suam and guna hair dryer nak keringkan. tapi lepas tu kaler rambut peranglah jadinya. time hair dryer tu mesti ada kutu kutu tu jatuh hihihi..}

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~