Menu Tab

Minggu Ni Zulaikha Demam

Assalamualaikum...

Minggu ni Zulaikha demam.
Sekarang alhamdulillah... mudah pulak pujuk dia makan ubat guna sudu.
Walaupun makan masa 15 minit nak pujuk dia suap ubat tu tapi at least berjaya juga.
Dia kerap demam malamlah sekarang.
Risaunya hati KM ni.

Di kala kami planning nak balik kampung, Zulaikha pulak tak sihat.
Serba salah pulak rasa, nak balik ke tak nak balik.
Nak balik sebab nak bersihkan lagi rumah kampung yang baru siap tu.
Nak pindahkan barang apa yang patut dari rumah endau ke rumah penyabung.
Mudah-mudahan cepatlah Zulaikha sembuh.
Risaunya hati ni bila kenang si anak tak sihat.
Sekarang ni musimkan? Sepupu sepapat dia semua demam.

Tadi mintak tolong pakwan bawak dia ke klinik kali kedua untuk check kahak dia.
KM tengok dada macam berombak je, takut jadi astma semula.
Dah lama dia tak kena tau.
Tapi dapat info dari pakwan tadi, doctor cakap dada dia tak bunyi apa.
So, tak payah amik neb.
Just makan ubat macam biasa je.
Alhamdulillah, lega dengar.

Hopefully, duduk kampung Zulaikha dapat udara yang sihatlah.
Keliling semua hutan belantarakan.
Jadi udara pun segar bugar dari duduk kat bandar ni.
Oklah, itu je nak cerita tengah hari ni.
Doakan anak KM cepat sembuh ya.


12 comments:

  1. semoga zulaikha cepat sembuh..Za klik xperia 2x untuk kak KM..

    ReplyDelete
  2. salam. semoga Zulaikha cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. In Shaa Allah..get well soon Zulaikha..

    ReplyDelete
  4. Hai, jemput join GA di bawah.. Hadiah dia seriously best2 semuanya. Rugi kalau tak join..

    http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com/2014/08/september-giveaway-party-hosted-by-iola.html

    ReplyDelete
  5. Kena jaga lebih ni KM..bahaya juga demam ni

    ReplyDelete
  6. syafahallah. semoga zulaikha cpt sembuh
    hihi. nama sama dgn iqa

    ReplyDelete
  7. 3 adam ni pun asik demam je.
    Nasib baik tak sawan tarik.

    ReplyDelete
  8. alahai, siannya Zulaikha. semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~