Menu Tab

Luncheon Bersama Keluarga Mertua

Assalamualaikum korang!

Hehe... alhamdulillah syukur sangat dapat berkumpul bersama keluarga.
Baru-baru ni di hari malaysia, mertua aku nak buat makan-makan.
Kengkonon nak sambut birthday 3 orang beradik.
Termasuklah birthday boy ni ha (sape lagi pakwan le besday boynya)
Aku ni ada masalah pelupa, baru ku tahu rupanya alang dan ucu pakwan pun lahir bulan yang sama.
Korang nampak tak kritikalnya kat sini?
Setelah 7 tahun kahwin dengan pakwan, baru sekarang ku tahu birthday dia orang lahir bulan sembilan? hahaha...

Jadinya itu yang nak buat sekali gus jimat duit belanja.
Bukanlah nak buat besar-besar pun.
Just sesaja nak kumpul sama keluarga, janji semua orang happykan.
Sesekali boleh la macam ni, kalau selalu parah gak wooo haha.

Meriah ko, menunya. 
Tak terlarat nak makan semua.
Aku cuma makan ikan bakar dan ayam panggang je.
Nasi minyak tak berapa suka sangat.
Sayangnya aku tak boleh sumbat semua sebab terlalu kenyang.
Bila menu macam ni, aku suka meratah je.
Tak payah nasi pun tak apa.
Dah la akhak ko ni bam-bam, kang bertambah lebar, payah jugak kang.

Tengokla anak dara aku yang rambut pendek tu dengan anak dara kak ngah pakwan.
Seronok bukan main jumpa sepupu sepapat dia orang.
Mentang-mentang rumah dekat dengan playground, asyik lepas ke sana je gamaknya.
Suara aku dah macam tarzan duk jerit panggil suh balik.

Haaa.. yang ni pulak tugas pakwan membako ayam.
Memang sungguh-sungguh pakwan membako.
Aku tukang makan je hihi.
Asal dah masak, aku ambik seketul masuk mulut.
Pakwan pun cakap -> "Ai, asal ku angkat je bini aku masuk mulut. Kalo cam tu, bila masa nak penuh?"
Yang aku sengih-sengih kat dia hihi.
Sedap sangat kot! Cam ne nak stop makan?
Mula-mula tu pakwan bakar guna pemanggang ajaib.
Siapa punya idea tah, aku pun tak tau.
Serius sayang gila sebab dah jadi hitam kat bawah pemanggang tu bila kena api.
Sudahnya pakwan suh pakai pan bakar beger je.
Dah tentu dia hitam dan senang nak masak.

Perancangan nak beli kek biasa je.
Sekali TERbeli kek secret resepi lah pulak.
*Kengkonon terbeli lah ya haha, poyo je di situ. Padahal idea siapa tak tu.*
Krik... krik... krik... la la la la la...
Dapat gak merasa coklat indulgen (betul ke eja ni?)
Dah lama tak rasa, nikmat tak terkata ko.
Dapatlah rasa 1 slice.

Inilah dia birthday boy 3 orang yang lahir bulan sembilan tu.
Happy belated birthday u olls.
Semoga panjang umur dah dimurahkan rezeki.

Dan akhir sekali we all ber wefie.. weeeeee..nampak tak meriahnya di situ.
Muka masing-masing tak sabo nak makan kek katakan.
Haaaa.. tak pe.. lepas ni hadap la semua ya.

Ok, tu je nak cerita.
Daa...

8 comments:

  1. Wah, best2!! meriah sangat..senang smabut sekali..jimat masa n tenaga...hehehe :)

    ReplyDelete
  2. meriahnye.. lagi2 kek tu.. sedapnyeee...huhuhu

    ReplyDelete
  3. meriahnya..kek tu..fuyooo terliuq..

    ReplyDelete
  4. Wahh sungguh meriah... Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  5. tumpang seronok tengok kemeriahan macam ni.... lama dah takde birthday party, makan together camni dengan family... hihi

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~