Menu Tab

Happy Birthday Wan Norashikin!!!

Assalamualaikum korang!

Haha... semalam kita orang ada buat surprise birthday kek kat sorang kawan office tau.
Itu pun kejadian berlaku dah nak dekat balik.
Masing-masing sibuk dengan meetinglah, board paperlah, KSSlah and what so ever huh.
Nak dijadikan cerita, tetiba aku dapat wassup dari Sha,

"Kak, jom kita beli birthday kek untuk kak Shikin nak? Kita surprise dia. Kita collect ramai-ramai then kita bli 8 slice kek berlainan. Dapat kita rasa semua jenis kek. hehehe."

Waaaa... aku suka! Aku suka! Haha.. 
Terus aku setuju.
Tengah hari aku dengan sha berjalan-jalan ke kedai secret recepi.
Ingatkan just nak beli kek je, sekali terpengaruh makan tengah hari kat situ haha.



Nak tau macam mana kita orang buat kejutan tu?
Heheh.. bila fikir macam kelakar pun ada.
Kita orang letak kat atas meja, then kita orang ramai-ramai bersusun rapat-rapat sambil menyengih depan dia.
Soalan kak Shikin --> "Korang ni kenapa?" Dia pelik pandang kita orang atas bawah.

DAN kita orang pun...

"Happy birthday to you!!"
"Happy birthday to you!!"
"Happy birthday to kak shikiiiinnn!!"
"Happy birthday to you!!"
Yeay!!!! Tepok tangan!

Kita orang pun terus tunjuk kek haha...
Ayat standard dia macam ni, "Mak terharu nyah... terima kasih u ols.."
Buat gaya-gaya diva gitu hahaha



Kita orang pun selfie bersama-sama.
Ada yang macam gini, ada yang macam gitu.
Haha, happening tak kita orang semua?
Dan yang paling penting colofull!!!
Hehehe.. 


Masing-masing duk try monopod aku.
Mula-mula guna handphone sha.
Sesaje nak test gambo haha.
Lepas tu guna handphone kak Shikin.
Handphone dia gambo cantik sebab pakai i-phong huhu.
Tak secanggih handphone kita orang ni.



Seronok muka kita orang tau.
Ada tiga je anak dara yang lain semua mak dara tau.
Tapi walau mak dara pun, kita orang masih vogue gitu.
Haha.. perasan!


Aku suka gambar atas ni, muka nampak suci je masing-masing.
Terutama sekali yang tudung kuning tu hahaha!
*bluek.. sila muntah sekarang kalau tak tahan.*


Eh! Kenapa aku sorang je tunjuk langit? Huhu...


Muka dah kenyang semuanya.
Kalau korang perasan, setiap gambar semua berlainan orang yang masuk hihi.
Asal kita orang bergambar, ada je yang datang menyelit sekali.
Hahaha!


Ini namanya tak ada kerja.
Menyorok di sebalik botol air aku.
Macam muat-muat je kan memasing nak menyorok belakang botol air aku haha.

Yang pasti, beli kek 8 slice pun tak habis2.
Dah ajak unit lain makan sekali pun tak boleh habis jugak!
Sudahnya simpankan si Asma (owner insta henshinyourstyle) satu slice.
Kebetulan pulak dia tak sihat di hari kejadian.
Kurang satu korum.
Yang penting kita orang semua happy sambut birthday girl tu.
Aouch! 
*tu bunyi standard kak shikin hehehe*

Okehlah, tu je nak cerita
Bye!

12 comments:

  1. Wah, bestnye :) Cik Mimie suka kejutan..haha..n suka buat kejutan jgak..Selamat Hari Jadi kak shikin :)

    ReplyDelete
  2. suke je suprise.. '
    dulu mase zaman kolej dak umah sllu bt suprise... smpai dah tau da..
    hehehehe

    ReplyDelete
  3. meriah nampak nyer tu
    mesti dia tekezut giler gitu...hehe
    seronok bila kebahagian tu dikongsi bersama

    ReplyDelete
  4. Meriah tul sbb semua sporting tp semua pompuan mana jejaka pegi :-)

    ReplyDelete
  5. Wah kretipnye u olzzz buat macam tu.
    I mean, the cake.
    Siap icingkan sendiri tulisannya.

    ReplyDelete
  6. Seronok tuh.. kitaorang pernah buat surprise birthday kat bos.. kutip duit sorang skit.. buat time nak balik, siap wife ngan anak bos p opis..

    ReplyDelete
  7. wah, seronoknya tengok semua berselfie. sporting2 je. ^^

    ReplyDelete
  8. seronoknya..ni rasa nak rembat monopod satu ni!

    ReplyDelete
  9. ewahhh seronoknya! meriahhhh... happening gilaaa kak oi.. hahaha

    ReplyDelete
  10. meriah. hehe. kek pon best mcm2 rasa ada :)

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~