Menu Tab

Doll Zulaikha Pun Ada Kawan Tau.

Assalamualaikum korang!!

Haha... mesti korang rindu kat akukan?
Ya ampun, busy tahap dewa aku minggu ni wei.
Busy tolong catering keluarga belah pakwan.
Seronok macam buat kenduri kahwin sendiri pulak haha!
Haaa part buat catering ni nanti aku cerita kemudian ya sebab panjang ceritanya.
Takut korang pulak yang tak mampu nak baca haha.

*Hai! Zulaikha suka pelok saya tau!*

Okeh, hari ni aku nak cerita pasal pinky doll Zulaikha ni.
Korang nak tau cerita tak?
Hari sabtu baru-baru ni sebelum balik banting, mak dan abah aku ada ajak ke Shah Alam.
Ni semua sebab Zulaikha sibuk nak ajak jenjalan.
Nak ajak pakwan memang tak sempatlah sebab dia kerja.
Busy memanjang orang tua tu.
Pagi aku keluar pergi kerja, dia baru balik rumah.
Petang aku balik rumah, malam dia masuk kerja semula.
Kalau dah macam gini gayanya bila kita orang anak beranak nak jumpa?

Kesian Zulaikha, nak harap aku sorang yang bawak dia jenjalan lagilah berzaman kot.
Aku kalau tak ada pakwan, memang malas nak keluar.
Nak dijadikan cerita, aku pun bawalah Zulaikha ikut mak abah aku ke Shah Alam.
Sekurang-kurangnya dia keluar berjalan jugakkan.
Dia punya excited nak pergi Shah Alam tu macam ada playgound yang indah je kat sana.
Padahal, mak abah aku cuma nak pergi ambil barang kat tadisma je.
Lepas tu kita orang baliklah.
Sempat lagi si Zulaikha ni pau atok dia anak patung satu.
Korang tau dia cakap apa?

"Mak tok! Kita nak beli anak patong ni! Nanti dia boleh kawan dgn anak patong kat rumah."

Aku mula-mula buat tak tau je kome tau.
Bukan apa, dah banyak kot aku beli, bukan dia main sangat pon.
Kalau dia nak peluk pun cuma satu je dia boleh peluk.
Yang lain dia abaikan.
Lepas tu dia pujuk aku pulak.

"Mama! Kita nak satu anak patong ni. Nanti kat rumah anak patong pink tu ada kawan."

Mak tok dia tak sampai hati, sudahnya belikan jugaklah satu untuk cucu dia.
Haaa... tadaaa... comel tak anak patong baru Zulaikha.
Comelkan? Sebab tu la si Zulaikha suka.
v
v
v


Haaaa lepas dah dapat hajat yang dia nak tu, mulalah nak cepat-cepat keluar dari kedai tadisma tu.
Ditarik-tarik tangan aku ajak keluar. Geram je ku tengok budak kecik ni kekadang.

Zulaikha : "Mama.. jomlah kita gi Shah Alam!"
Aku : "Zulaikha nak pergi Shah Alam mana lagi? Sinilah Shah Alam."
Zulaikha : "Sini bukan Shah Alam, sini kedailah!"
Aku : "Memanglah kedai tapi kedai ni kat Shah Alam."
Zulaikha : "Bukkkkaaaannn... ini kedaaaaiiii, bukan Shah Alam la mama."
Aku : "Ya rabbi budak ni, kita sekarang kat Shah Alam la syg oi." Macam mana lagi aku nak provekan kat budak kecik ni.

Aku gelakkan je dengar dia membebel sengsorang.
Dia kalau membebel mulut terkumat-kamit.
Macamlah aku tak dengar apa dia cakap.
Korang kalau tengok gelagat budak kecik tu, memang korang pun gelak sama lah.
Tak puas hati pulak dia bila aku cakap kita orang dah ada kat Shah Alam.


"Now, saya dah ada kawan baru"

Okehlah, itu je nak cerita.
Daaaa

17 comments:

  1. wah..anak patung pun ada 'boypren'.Auntie Sal ni jugak yang forever alone..hehe

    ReplyDelete
  2. cutenya doll tu... tkut nak belikan untuk my boy.. kang jadi lain plak... uhuhuh

    entry terkini...100% untuk mu

    ReplyDelete
  3. memang pun seronok tengok budak kecik membebel kelakar..

    ReplyDelete
  4. bestlah zulaikha ada patung baru..

    ReplyDelete
  5. amboi, pndai dia cari kwan lelaki utk ank ptung pompuan dia..haha!

    ReplyDelete
  6. Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. :)

    ReplyDelete
  7. hahh. comel jee zulaikha ni. pandai pilih pulak tu.

    ReplyDelete
  8. Nenek syg cucu ni mintak je mesti dpt
    Zulaikha zulaikha, agaknya shah alam tu bagaimana rupa bg die eh nk pegi shah alam lawaklah

    ReplyDelete
  9. alololo... cari teman buat si gegirl.. hikhik. hensem boyprennnn

    ReplyDelete
  10. alahaiii
    pandainye nak kawankan anak patung dia lak tu...
    bercouple lagi
    pandai btl

    ReplyDelete
  11. alolo comel!!

    masa kite kecik xpna ibuayah belikn tedy bear..hahah sedih tol ;p

    ReplyDelete
  12. Dia ingat Shah Alam tu nama taman mainan kuttt ., Hahaha lawak la pulak baca entry ni XD

    ReplyDelete
  13. Wahhh.. comelnya.. ada kawan lagi.. :) :)

    ReplyDelete
  14. pandai dia nak pandankan ye
    sweet =)

    ReplyDelete
  15. hehe comel. pandainya zulaikha jadi matchmaker :)

    ReplyDelete
  16. haha. seronoklah dia anak patung pun dah ada kawan. pandai lak tu cari yang lebih kurang. nampak macam beli dua terus sekali harung.

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~