Menu Tab

Apa Beza Jeruk Dan Halwa?


Assalamualaikum korang!

KM nak tanya ni, korang makan halwa tak?
Apa beza antara halwa dan jeruk?
KM makan macam sama je rasanya.
Siap basuh lagi tak mau bagi menyengat kat serombong hidung ni.
KM kalau makan kan, mesti jadi semput tau.
Terbatuk-batuk sampai nafas berbunyi. (Kira semputlah tukan?)
Tapi perasaan agak confuse di sini, KM ni makan jeruk ke makan halwa?
Sebab tak batuk pulak lepas makan buah2 ni.

Okeh, abaikan perasaan itu.
Macam mana tetiba boleh ada jeruk kat rumah aku ni?
Sebenarnya gini tau, kita orang jenjalan rumah abah mertua ku kat morib.
Tengah syok-syok borak adik beradik, tetiba abah mertua ku keluarkan sebungkus plastik yang di katakan ada halwa di dalamnya.

Yang haku ni pandang jelah plastik tu dan dengan confident cakap, 

"Ini jeruklah abah. Bukan halwa. Eira tak suka jeruk."

Abah mertua ku pun bidas balik kata-kata aku, 

"Takkkkkk... ini halwalah Eira."

Haku yang menantu ni pulak bidas lagi kata-kata dia. Dengan penuh yakin aku cakap. 

"Bukanlah abah, ini jeruk. Nanti Eira batuk kalau makan ni."

Abah mertuaku dah cekak pinggang dah. Dia juih mulut sambil pandang daring kat aku.

"Ya Allah, tak caye pulak dia. Cuba ko rasa sendiri, halwa ke jeruk. Ko tengok bini ko ni wan, ada ke dia tak caye ni halwa."

Aku pun rasalah seketul dua. 
Erm.. memang rasa dia agak berlainan sikit dari jeruk. 
Kalau jeruk tu ya ampun kuat sampai menyengat kat hidung.
Kalau makan banyak, boleh jadi semput kot.
Tapi yang buah dikatakan halwa ni, rasa tak menyengat sangat kat hidung.
Terlebih manis la pulok. Dah nama pun halwakan? Haha.
Jadi pak mertuaku pun tanya.

"Apa macam? Rasa halwa ke jeruk?"

Yang aku ni tersengih kambing kat depan dia sambil sedap mengunyah dua tiga ketul, kikiki.

"Ooo.. macam ni rasa halwa ya? Barulah Eira tau yang jeruk dan halwa tu berbeza."

Hahaha. Begitulah perbualan antara menantu dan mertuanya.
Kesian KM kan? 
Baru tau halwa dan jeruk tu berbeza?

Okeh, itu je nak kongsi cerita.
Daaa

17 comments:

  1. Jeruk masam..halwa manis..agaknya la..Acik tak makan dua-dua.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Wana suka makan jeruk..halwa pernah juga makan..tapi agak kurang suka makan halwa ni..huhu..

    ReplyDelete
  3. saya pun konfius. haritu nak try makan. ummi x bagi sebab ummi ingat jeruk (saya pun sama). pastu ayah kata, itu halwa. kalau halwa, bolehlah nak makan. jeruk xley sangat.

    ReplyDelete
  4. akak x pernah makan halwa..tgk pun tak pernah rasanya..biasa mkn jeruk je

    ReplyDelete
  5. Xtau ape beza die..tahu makan je. Hehehe..:p

    ReplyDelete
  6. Saya pun tau nama je sbb mmg tak minat.. rasa mcm sama je kot.. :)

    ReplyDelete
  7. haha.. halwa rasa pahit masam manis sikit eh ? eh,, tak tahu jugakkk

    ReplyDelete
  8. hahahaa.. ade beza rupe nyaa.. tak penah rasa halwa g.. jeruk tu selalu laa.. :D
    Kak.. shoutbox asyik error... klik hp kak :D

    ReplyDelete
  9. amboi, sedapnya. mama biasa makan jeruk pak ali tu.. sedap gak

    ReplyDelete
  10. Za selalu makan jeruk ja..walaupun asyik terbatuk2 lepas makan..halwa jarang sangat.sebab tak suka kot..

    ReplyDelete
  11. dua2 pun kesukaan Sha !! seddappppp sangat... lepas tu mesti cari ais batu.... jajaja

    ReplyDelete
  12. saya pun tak tahu apa beza. Jeruk pun jrg makan

    ReplyDelete
  13. salam. ehhehe lebih suka jeruk kut..sebab dia masam! terus terliur :D

    ReplyDelete
  14. Tak suka sangat benda2 ni.
    Makan sikit2 je.

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~