Menu Tab

Wordless : Sebaik-baik Sedekah...


Assalamualaikum korang!

Sukanya aku nak share pesanan kat atas ni. Mula-mula aku ingat nak buat tajuk entry Wordless Thursday je tapi lepas minum kopi je, tetiba idea datang bertubi-tubi kat kepala hahaha!
Hihi! Aku suka betul mengolah cerita dari gambar atau kenyataan, walaupun sebenarnya korang dah faham.
*Cewah! Aku ni macam pakar terjemah pulak ya! Bluek!*

Okeh, apa yang aku boleh terangkan tentang kenyataan di atas?
Sedekah yang lebih sempurna ialah bila kita ringankan mulut bertanyakan segala hal perbelanjaan dapur ibu bapa kita dan beri sedikit belanja kepada mereka.
*InsyaAllah! Yang ni memang confirm rezeki kita melimpah luah, trust me! Sebab memang sudah alaminya dan alhamdulillah syukur sangat2!*

Serta ringankan mulut bertanya pada adik-beradik kita sama ada mereka senang atau susah. Sekiranya mereka dalam keadaan susah, maka haruslah kita yang senang ni kongsi sedikit rezeki yang mungkin sebahagiannya layak mereka terima.
*Yang ni aku setuju dengan syarat dia betul-betul memang susah dan memerlukan bantuan kita.*

Okeh, kenapa aku cakap macam tu?
Sebabnya setelah mendengar luahan dari beberapa sahabat, saudara mara, jiran tetangga, rata-ratanya yang bercerita, ada segelintir golongan manusia yang kesusahannya hanya dibuat-buat.
*Haaaaa... apa yang kau merepek ni mahirah oi??? Cepat sikit, penat orang nak membacanya ni.*

Contohnya macam ginilah aku combinekan cerita:
Dia tau yang hidup dia cukup-cukup makan tapi dia sanggup guna istilah 'biar papa asal bergaya'. Lepas tu tayang2 bagi semua orang tengok. Bila duit dah habis kat tangan, sanggup pergi menjaja kat orang lain pinjam duit nak beli beras, beli lauk nak makan dan at the end hutang keliling pinggang dan tak mampu nak bayar. Sedangkan, orang sekeliling boleh nampak, dia guna astro 'beyond' RM150 sebulan, padahal boleh je cut off jadi RM50 sebulan dah boleh jimat RM100 kat situ. Beli gadget I Phone RM2k, sanggup berhutang bulan-bulan bayar guna credit card. Padahal boleh je beli handphone lenovo harga RM500 cash. Dah boleh jimat RM1500 kat situ. Rumah pakai air-con sampai bil api RM200++, padahal boleh je dia tak guna air-con, guna kipas dah boleh jimat RM100 kat situ. Budget ciput ni, sanggup buat loan sambung rumah belakang depan. Alih2 terpakai pulak duit sambung rumah tu, dah terbengkalai rumah tak siap2 sebab tak bayo hutang contractor. Lepas tu mintak simpati adik beradik, saudara-mara, kawan-kawan nak pinjam duit untuk sambung rumah. Sampai dah jadi keselesaan pula meminjam wang dari semua orang. Sampai orang pun naik menyampah dah.

*Korang rasa-rasalah, ada ke orang nak bagi pinjam atau sedekah duit kalau begitu gaya hidupnya? Dia yang create hidup dia jadi susah. Kesusahan yang dia tanggung tu terjadi sebab kesilapan dia yang tak pandai manage kewangan.*

~Ehhh, ini contoh aje tau. Kalau ada kena mengena dengan sesiapa pun mungkin kebetulan je. Ngeeee...~ (^^,)

Mesej yang tersimpul:
Makanya di sini, berilah sedekah kepada yang betul-betul sangat memerlukan bantuan kita.
Yang penting utamakan ibu bapak kita. (^^,)
Bukannya kepada yang suka membazir tak tentu pasal.

~Sekian itu je yang nak dicerita~
~daaa~

17 comments:

  1. Akak setuju 100% statement yang di kongsi ni..utamakan sedekah/sumbangan kepada ahli ibu bapa,keluarga, adikberadik yang memerlukan pertolongan sbb akak pun alami perkara yang..dapat duit gaji masukkan ke akaun mak atau ayah terlbih dahulu kemudian baru gunakan duit utk perkara lain..Alhamdulillah rezeki sentiasa cukup..

    Tapi kalau bagi kes yang berduit tetapi tak pandai manage terutama adik beradik pastu minta simpati perlu kan duit...pada mulanya geram jugak tak nak bagi tapi last rasa simpati hulurkan juga..ada TETAPI nya...jika selalu begitu..biarkan SUSAH sendiri..pandai2 lah survive lepas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg KM tak nk bg bukn kedekut tp nk bg pengajaran pd dia...

      Delete
  2. Cik Mimie tringat kata2 ustaz kazim elias dlm program Kalau Dah Jodoh. Dia bagitahu sedekah yang paling afdal adalah sedekah kepada parents kita..kalau parents da xde sedekah kepada adik-bradik kita :)

    ReplyDelete
  3. Begitulah... mahu memberi tapi biar tepat pada salurannya. Kalau tidak betul pun Islam tak suka.
    Ibarat menggalakkan pula kalau memberi kepada org yg tidak tahu membuat pengurusan kewangan dgn betul.

    ReplyDelete
  4. itulah akak...;saya setuju dgn apa yg akak tulis....Adakala org yg mereka2 yg mcm gini mmg suka gunakan prinsip biar papa asal bergaya...hutang pulak keliling pinggang...
    #suka quote tu.."D

    ReplyDelete
  5. memang setuju dengan entry KM ni. apa-apa pun kita kena utamakan ahli keluarga kita dulu.tapi memang ada jenis yang nak mewah tapi pastu nak makan pun mintak duit orang.alhamdulillah adik-beradik saya tak macam tu..

    ReplyDelete
  6. Betul, Mahirah.
    Kalau kita tak berkira dengan ibubapa Insyaallah rezeki kita adab je.
    Dari "pintu" yang tidak disangka-sangka.

    ReplyDelete
  7. Setuju sgt. Ahli keluarga patut didahulukan. Sayangi keluarga.

    ReplyDelete
  8. Yang tak reti ukur di baju sendiri ni yang buat geram ni. Sabar je lah kak.

    ReplyDelete
  9. Utamakan keluarga.. in shaa Allah bahagia dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  10. baca photo tu je pun dah buat saya jadi sedih. jasa ibu bapa kita, memang takkan terbalas. tapi selagi masih hidup, janganlah kita abaikan mereka. sebab kita takkan dapat dah ibu bapa sebaik dan memahami macam mereka. ;-(

    saya kalau bertanya khabar dalam telefon, sekejap je. tak lama macam orang lain.

    tapi kalau dah jumpa depan mata, pung pang pung pang (bercerita) dengan ummi. lagi2 ada adik2. asyik nak bergurau je tak habis2. ayah pun kadang2 x boleh masuk port. hahahahaha.

    ReplyDelete
  11. betulll..naa sedekah utamakan fmly dlu

    ReplyDelete
  12. Bg sy, family diutamakn dulu.. Apa2 pn bntu fmly dlu..

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~