Menu Tab

Resepi : Sayur Sawi Masak Lemak Santan

Assalamualaikum korang!

Apa macam? Sibuk beraya rumah kenalan ke?
Erm... kalau dah sunyi sepi blog aku ni, betullah tu agaknya.
ENJOY!!! 
Seronoknya korang dapat jalan-jalan beraya rumah orang.
Aku?

*muncung bibir sambil main jejari*
Pak wan kerjalah korang, so tak dapatlah kita orang jalan-jalan.
Bushankan huhu... 
Apa boleh buat, demi mencari sesuap nasi, jalan-jalan terpaksa ku korbankan. 
*Cewah nak muntah!*

Okeh, apa misi kita hari ni?
Jeng! Jeng! Jeng!
Jom kita main masak-masak nak?
Haaa, hari ni aku nak share dengan korang cara nak masak sayur sawi masak lemak.

Erk? Sejak bila pulak si mahirah ni menggemari sayur masak lemak? *skema pulak dah*

Haha, korang tau tak dulukan aku tak reti langsung masak kuah lemak ni tau.
Apa saja yang berkaitan dengan lemak, eh! santan, semuanya bagi aku susah nak masak.
Tak kiralah, rendang ke, serunding ke, kari lemak ke, semuanya aku fikir susah betullah nak masak.
Apa yang susah pun aku tak taulah.
Tapi kalau dah dasar pemalas, memang itulah alasan tak nak memasak, hahaha.


Di satu hari yang indah, aku ternampak mak aku masak lauk  Sawi Masak Lemak ni.
Dia punya taste aku cakap ko, wallllaaahhh! Sedapnya wei.
Masakan mak memang tak ada siapa boleh lawan, haha.
Waktu tu jugak aku pi mintak resepi.
Konon-konon nak masak untuk pak wan.
Isteri mitsali katakan, hahaha!

Ok, apa bahan-bahannya?

7 biji bawang putih
2 biji bawang merah
Ikan bilis / udang kering (ikut nak byk mana)
2 biji cili besar
Santan kotak
Sayur sawi batang putih
Garam

Cara-cara memasak?

Korang tau potong bawangkan?
Korang tau potong cilikan?
Korang tau siang ikan biliskan?
Korang tau potong sayurkan?
So, tak payahlah aku cerita cara2 nak potong semua tu ya.
Aku proceed je terus cara memasak.
Korang tengok gambar di bawah ni, aku terangkan semuanya.


1. Korang tumiskan bawang, ikan bilis dan cili bersama sampai naik bau.


2. Korang masukkan satan kotak kecik. Yang ni ikut suka koranglah nak buat santan cair atau pekat. Macam aku suka buat santan cair sikit. Jadi, aku guna santan sikit je

3. Kemudian korang masukkan segelas air. Yang ni korang agak-agaklah nak kuah banyak mana. 
4. Then masukkan garam secukup rasa dan kacau sampai menggelegak.

5. Lepas tu barulah masukkan sayur sawi putih ni dan kacau hingga menggelegak.
6. Siap untuk dihidang.

Itu sahaja cara buatnya.
Senangkan?
Kalau senang, bolehlah cuba.
Ok, bye!

17 comments:

  1. Kak, pagi-pagi dah bagi resepi ye..hehe..bolehlah kawan blogger lain cuba untuk masak lunch nanti..wanie memang suka juga masak lemak ni.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) tengah menggodek gambar2 yg lepas tetiba nampak gambar ni, terus ler update... haha akak tau korang dah teror haha.. :d

      Delete
  2. Halllooooo! Akak Jm datang singgah sini d pagi hari nih. Betul lah org ckp x kenal maka x cinta bila dh kenal blog ni klau boleh hari2 nk jengah apa yg di kongsi terus nk baca n komen :-)
    Akak suka kedudukan doodle yg baru tu baru nampak sesuai bila pic tgn d ubah begitu :-)
    Ahaaaa sawi masak lemak akak pernah buat sbb cepat dan ringkas cuma bezanya semua bhn yg perlu d potong akak tumbuk je nampak x rajin kat situ hahaha malas sebenarnya
    Open house mmg hari2 sbb 2 hari lepas kt opis 2 hari berturut pastu hari ni kat area tmn ni dan esok kawan opis pulak. Takut nak naik penimbang dh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. thanks kak JM, KM pun suka dtg blog org yg rajin komen kat blog KM.. yalah, org dah singgah, kita kena balas... seronok mcm tukan?

      itulah, KM pun rasa kedudukan doodle tu dah ok... mlm td baru sampai ilham...

      kan? senang je rupanya sawi masak lemak ni hehe...

      mak aih, makan sakanlah kan? hehe..

      Delete
    2. Akak pun spt KM jgk bila ada kunjungan akak akan buat kunjungan bagi menyedari tuan blog menghargai kedatangan reader kan :-) mana ada org tulis blog x suka bila ada org baca dan komen kan. Even dia dtg follow dan tak tinggal komen pun akak tetap akan terjah blog beliau then she/he know that kita alertt :-)
      Nampaknya lepas ni mencanak nsma akak di blog KM begitu jugak sebaliknya heeeee
      Nice knowing u n keep on writing coz i eill keep on reading
      Pssst: klau nk kad raya email alamat pada akak ehhh

      Delete
    3. :) KM dah reply kat email... :))

      Delete
  3. blogwalkingg tym waktu memuncak perut tengah menggelak kelaparan..memang mengundang nk merasa masak lemak sawi nie.. sllu org tumis je... hehehe..nk sikitt je kak..boleh mntk tak? hiks!

    ReplyDelete
  4. sedap lauk nih...pos mai sini sket...mkn sensorang .ini tidak adil

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... :) klu pos sampai sana tinggal bekas ja..

      Delete
  5. Wah KM dah mula kongsikan resepi. semoga berjaya KM. teruskan k.
    aRz Suppport dari belakang

    ReplyDelete
  6. saya sangaaaaaat suka buat kuah lemak. itu kepakaran saya. benda lain, heh. x berapa sangat..... :-d

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ok la tu.. teror jugak buat kuah masak lemak... akak ni kena bukak buku jugka hehe... :-)

      Delete
  7. Sama la dgn sy.. Dulu selalu fkir msak nk kna guna santan ni leceh.. Hihi
    Sedap lauk tu kak.. Mkan pula dgn nasi pnas & ikan goreng...

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~