Menu Tab

Resepi : Asam Pedas Kepala Ikan

Assalamualaikum korang!

Haaaa kali ni chef pak wan kembali.
Dia nak masak asam pedas kepala ikan.
Tapi nama ikan tu...........................
Alamak, KM lupa pulak nama ikan yang pakwan masak ni.
*Teruk betul masalah pelupa ko ni mahirah oi.*
Nanti aku tanya pakwan balik ya.

Al kisahnya pak wan teringin sangat nak makan asam pedas kepala ikan yang namanya aku tak tau ni.
Then dia dengan sendirinya pergi ke kedai membeli ikan,
Membeli ikan, terlupa pulak beli daun kesum.
Okeh, dah lupa tu masak jelah apa yang ada kan.
Dalam tak cukup bahan tu, sedap pulak ko aku rasa asam pedas kepala ikan pakwan.
Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan Sebenar

2 ketul kepala ikan besar
3 sudu cili giling
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 keping asam keping
Belacan (cubit sebesar ibu jari tangan)
8 helai daun kesum
Setangkai bunga kantan
2 biji tomato
4 biji bende
Garam
2 mangkuk air

Cara-caranya

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan belacan
2. Tumiskan bahan kisar tadi.
3. Masukkan cili giling 3 sudu dalam tumisan dengan api perlahan hingga masak
4. Masukkan asam keping
5. Tambahkan air
6. Masukkan dua ketul kepala ikan tadi
7. Masukkan daun kesum, bende dan bunga kantan
8. Tambah garam
9. Masukkan tomato yang dah di potong
10. Biar mendidih hingga ikan masak.
11. Hidangkan.

Ko tengok haaa tangan chef pakwan
Sungguh-sungguh dia kacau bahan dalam periuk tu.

Ni after dia masukkan kepala ikan.
Haha korang tau pakwan excited aku ambik gambar.
Dia suh ambik gambo dia tengah kacau periuk kaca ni.
Manalah gambo nak cantik kalau dah tangan dia goyang, herm... layan jelah.

Dan tada! Dah siap asam pedanya!
Kepala ikan pun dah timbul tu haha.
Rasa dia... waaalllahh!
Okeh, inilah dia resepi chef pakwan kali ni.
Semoga kita jumpa di lain masa... daaa..

14 comments:

  1. Aduhaii,...KM, hantar sini semangkuk boleh? ;)

    ReplyDelete
  2. Lelaki kalau dah pandai masak selalunya memang sedap la...kan. terasa nak buat jugak.. :)

    ReplyDelete
  3. haishhh... ke-me-le-le-han... gulppp *__*

    ReplyDelete
  4. Macam dah terpanggil-panggil je nama ikan ni tapi tak ingat jugak.

    ReplyDelete
  5. akak pun suka asam pedas....tapi sekali pandang mcm kari kepada ikan pulan mgkin sbb warna nya kot

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa...lapaq pulak..tak makan lagi ni..hehe

    ReplyDelete
  7. Sedanye.. Terliur da ni..haish, feveret dish plk tu...:-)

    ReplyDelete
  8. Kepala ikan tak reti nak makan.
    Nampak macam sedap ni

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~