Assalamualaikum korang!
Dah baca tajuk ke? Hehe...
Kali ni aku nak buat produk review pulak.
*Ceh... apa mimpi pulak si mahirah ni buat produk review?*
Aku tak mimpi wei, ni betul-betul aku nak share produk best dari Zalora kat korang.
Hihi... aku kalau bab shopping onlinekan memang berhantu.
Psssttt!!! Korang pernah dengar Tudung Ariani tak?
Tak pernah dengar?
Ke pernah dengar gitu-gitu je? (^^,)
Haaaaa meh sini aku nak cerita sikit pasal Tudung Ariani ni.
Yang pasti kalau korang dengar mesti rasa teruja punyalah.
*Ceh, konfiden je mahirahkan? Haha!*
Okay, jom aku start bercerita.
Korang mesti dah pernah dengar Galeri Muslimah Ariani kan?
Ok, korang tau ke apa disebalik kejayaan Ariani sampai namanya nampak gah kat mata Malaysia?
Tak taukan? Haaaaa... meh sini aku nak certia ni sikit kat korang.
Kalau korang nak tau, Ariani ni dah muncul sebagai salah satu jenama tudung kat Malaysia yang menawarkan macam-macam koleksi hijab yang menarik tau? Yang terujanya, rangkaian tudung dari jenama popular ini dah memecah tembok persaingan dari semua jenama-jenama lain. Hasil usaha yang tak pernah putus dan macam-macam strategi pemasaran yang berkesan dan competitive telah melonjakkan nama jenama Galeri Ariani dalam pasaran Malaysia. Haaaa... malah kalau korang nak tau penerimaan orang ramai terhadap koleksi tudung Ariani ni pun dah semakin bertambah dari hari ke sehari. Dan apa yang lebih menarik ialah Ariani menerima banyak pelanggan baru bagi kumpulan pelanggan setia mereka yang sedia ada.
Jadi, fenomena yang dibawa oleh Ariani ini sekarang dah pun membuka mata ramai orang dan termasuklah pemerhati fesyen kat Malaysia. Haaaaa... mereka pun bersetuju tau dengan pandangan yang Ariani sekarang ni adalah antara jenama terkemuka yang semakin gah dalam pasaran fesyen Muslimah terkini kat Malaysia. Buktinya kalau korang nak tau, setiap tahun koleksi tudung terbaru Ariani mesti akan terima sambutan yang cukup hangat dikalangan wanita kat Malaysia ni.
Tengoklah, cantik tak koleksi tudung Ariani?
Aku tengok pon rambang mata kot! Haha!
Aku suka yang warna merah ni.
Tudung ni Nampak lebih elegant kalau aku yang pakailah. Haha!
Sambung lagi cerita tudung Ariani ni.
Untuk pengetahuan korang, tudung Ariani ni dah menghasilkan gelombang trend fesyen tudung terkini dengan bermacam-macam rekaan yang sangat cantik, menarik dan awesome! Contoh gambar seperti di atas. Haaaa... jenama ini jugak kalau korang nak tau, dah berjaya mencipta sentuhan trademark tersendiri ke atas semua koleksi hijab dan shawl terkini mereka. Tak susah pun nak tengok dan nak spot koleksi tudung Ariani ni. Sekarang Ariani dah melangkah lebih besar dengan kehadiran koleksi-koleksi tudung terbaru dari mereka yang cantik belaka tu.
Korang tengok ni, siapa yang jadi model tudung Ariani? Dato Siti beb!
Cunkan dia hihi. Tudung yang dia pakai tu pun cantik.
Nampak muda remaja dan menawan walaupun dah 3 siri hehe.
Tengoklah, jalinan kerjasama bersama personality hebat dalam industry hiburan Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza telah membuka lembaran baru dalam dunia fesyen dan industri fesyen Malaysia. Siapa yang tak kenal dengan diva cantik lagi tersohor ini kan? Popularitinya pun dah menjangkau bukan setakat pentas seni tempatan, malahan diterima dengan cukup baik dan supportive dari para peminatnya di negara-negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan lain-lain.
Tak sangka wei, koleksi eksklusif tudung Ariani bersama Siti Nurhaliza ni dapat sambutan yang sangat-sangat hebat dari para peminat kedua-dua ‘jenama’ hebat ini – Dato’ Siti Nurhaliza dan Galeri Ariani. Kalau korang mencari jenama ini, apa kata korang layari website ZALORA Malaysia sebab mereka ni menawarkan koleksi tudung Ariani dengan rekaan terkini dengan harga yang berpatutan di laman web dia orang. Malahan kalau korang nak dapatkan koleksi tudung Ariani bersama Siti Nurhaliza ni boleh jugak beli kat ZALORA.
Apa lagi? Jom le tengok koleksi hijab online ini sekarang!
Enjoy!
hahaha Nadyya gila tudung. opcrse tahu tudung ariani.. mcm2 patern ek skg.. cantekkk!!!
ReplyDeletenanti nak tgok laa :)
wah, haritu ada nak g butik tudung Ariani tu tapi terpergi awal pula -.-
ReplyDeleteinsya-ALLAH, ada masa nak g sana lagi. kalau lg senang, online je ye dak.. hehe
cantik2 la tudung dia tuh . sukaaaa :D
ReplyDeleteselalunya stalk di zaharah.com je. hehehe. ariani pun lawo gak. meletup
ReplyDeletelawooooooooooooooooo! tapi mcm mahal :(
ReplyDeleteSebutje ariani semua org akan ingat tudung sebut je jimmy choo semua org akan ingat kasut bila sebut karya mahirah semua org tahu penulis blog tp bila sebut jari manis semua pandang jari sendiri hahaha org x kenal pun Jm ahahaha. Ehhh komen ada kaitan ke tidak?
ReplyDeletePernah jgk masuk butik ariani ni just tgk2 design dorang pastu tgk duit dlm dompet hurmm x oe lah pakal shawl rm30 sepasang je lah
hahh nih meati sponsored post kan kan..hahaha
ReplyDeletewah..cantik2..tapi tak pernanh beli tudung ariani lagi..
ReplyDeleteNti nk survey2 la kt zalora blik.. :)
ReplyDelete