Menu Tab

Monday : Today is Busy Day Tapi Nak Bebel Jugak

Assalamualaikum korang!!

Hari ni adalah hari yang sangat busy. Ni pun aku cuba taip dengan pantas kilat dan lajunya. Kalau nampak typo tu abaikan ya. Semalam aku tak sempat langsung buat entry autopublish disebabkan beraya sampai ke pagi buta.
Melampau betul si Mahirah nikan, beraya sampai ke pagi. Dah tak reti nak balik ke apa? 
Letih, flat semua ada dibuatnya. Ingatkan balik rumah bolehlah terus boom je. Pak wan angkat Zulaikha masuk ke bilik. Dia dah tertido denga nyenyaknya. Dengan tapak kaki hitam legam. Dengan comot segala bagai main kat rumah orang. Lepas siap bersihkan diri, aku pun pergilah buat spotcheck kat bilik Zulaikha, korang tau apa aku nampak?

Zulaikha dah ter-ngompol kalau dalam bahasa jawanya korang tau? Arrgghh!! Stress aku!! Agaknya apa yang dia mimpi ek?
Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan untuk hilangkan hangin yang tiba-tiba je datang masa tu. Bila tengok muka si Zulaikha, kesian pun ada tapi hati panas jugak sebab kena buat kerja malam-malam butakan. Boleh pulak dia ter shi-shi tengah malam. Nasib baik dia tido kat bilik dia. Kalau tido kat bilik aku? Tak ke jenuh aku nak basuh tilam empuk aku tu? Aku terus cari pak wan kat depan TV. Nasib baik dia belum tido. Kalau dia tido pun, aku paksa dia bangun jugak hihi.

Aku cakap kat pak wan. "I dah penat, you tolong basuh dia kat toilet."

Korang taulah, si Zulaikha tu kussss... semangat. Aku memang tak mampulah nak dukung angkut ke toilet. Budak tu kalau dah letih sangat, aku kejutlah macam mana pun, ko bunyi kan lah bom mercun pun, punya liatlah nak bangun. Melainkan aku dudukkan dia kat toilet. Haaa baru mata dia segar balik. Yalah, takkan aku nak biar dia bergelumang dengan ayor tu kat tilam. Alahai... anak... anak...

So, itu semua kerja pak wan. Aku ngerjakan tilam Zulaikha je. Itu pertama kali dia ngompol kat tilam dia tau. Sebelum ni tilam dia masih suci dari terkena najis. Sebelum ni, tilam aku yang banyak jadi mangsa dia tau, huhu. Dia punya menangislah ayah dia angkut masuk toilet. Bersihkan badan dia. Ayah dia peduli apakan, haha... dengan mak dia ni bolehlah buat-buat lembik badan. Dengan ayah dia, ko duduk atas jamban tu hihi.
Aku cakap kat Zulaikha : "Esok pergi sekolah, mama cerita kat cikgu shima yang awak kencing. Biar cikgu shima cerita kat kawan-kawan. Tak malu, kencing malam."  
Berdepek didebiknya aku ko, bisa jugak tapak tangan dia tu, haha.
Terus dia jerit satu bilik : "Tak naaaakkkk!!!"
Uih! Marah ko... garangnya haha =)
Aku memang suka menyakat. Benda yang dia tak suka tulah yang aku akan sakat. Erm... lepas tu barulah dia tido dengan nyenyaknya dan terus kesiangan.

Ok, bye! Aku nak sambung kerja.

Korang tengok, poyo tak aku punya workstation ni?
Konon-konon banyak kerjalah kan.
Huh! Aku tengok pon menyampah wei!
Berlakon lebih Mahirah ni hahaha!

18 comments:

  1. hahaha... aduhai. nasib nasib. budak-budak memang tu je la salah satu masalahnya, kencing malam -.-

    lagi satu, kalau emak yang bagi nasihat, tegah itu bagai, anak tak nak ikut. tapi bila bapak yang buat, pandai pula mengikutnya. takut ler tu...

    uish, banyaknya kertas. kalau saya punya tempat belajar, haru biru dah kak. sampai ke depan pintu bilik pun ada kertas esaimen. muahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. sesungguhnya.. mak dia ni sabar jelah dgn keletah dia (o)

      Delete
  2. budak budak kencing malam ni yang susah.. tambah tambah lagik bila terkencing tak sedar.. haha. bila esok pagi tanya, asal hancing jerr? "entah.. adik tak kencing pun." -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer... takkan mengaku nyer... takut kena marah :-)

      Delete
  3. kencing malam dan tilam. da dapat bayangkan.. huhuhu sabar jelaa..

    sporting la akak nii.. abes la anak akak asyk kene sakat je kan?hahaha :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg itu je pon sorang yang akak ada buat gurau nad hahaha... :>)

      Delete
  4. hahaha...agaknye mcm ni jugaklah dulu2 mak dengan abah kite...kite ngompol sampai umor 6 tahun kalau xsilap...pastuh abah angkat, junjung kaki ke atas, kepala ke bawah, pastu tak ngompol dah lagi....ahhahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. dashat denda tu.. tobat xnak ngompol malam ya haha.. tp si julaika ni tak taulah ikut sape dia tu.. *tetiba mak pak dia masing-masing xnak ngaku* (b) haha

      Delete
  5. akak jemput join ye...saya buat giveaway... http://jindrisska.blogspot.de/2014/08/harry-potter-postcards-giveaway-from-me.html

    ReplyDelete
  6. Hehee.. budak2 mmg suka kencing malam.. mmg letih kdg2 jadinya...
    Semoga dipermudahkan & dilancarkan semuanya... saya pun sikit kelam kabut beberapa hari ni... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... ok je... cuma gigih sikit nak cuci tilam span yg tebal huhu...

      Delete
  7. Haihh... sabar jelah kak kan.. budak-budak memang macam tu kan.. hehe

    ReplyDelete
  8. aRz belum sampai tahap ni lagi. Puteri arz masih pakai pampers

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~