Assalamualaikum korang!
Korang tau tak apa kelebihan yang ada pada Zikir ni?
Kalau korang nak tau ini adalah zikir doa yang memudahkan segala urusan kita seharian.
10 tahun dulu, masa zaman tok adam dulu, aku tak pernah tau pun pasal zikir ni.
Jap! Macam mana entah aku boleh tau pasal zikir ni? Erm...
Hah! Dah ingat dah!
Masa tu aku kerja part time kat kedai buku.
Haaaaa.. Gini ceritanya.
Pada suatu masa dahulu, di mana kisah tu terjadi pada sepuluh tahun dahulu.
*Haaa... nampak tak permulaannya agak poyo di situ?*
Tak silap masa tu aku baru lepas grad tau.
Aku cakap kat mak aku nak cari kerja part time.
Jadi abah akulah yang tolong carikan kerja untuk anak dia ni ha.
Haaaa nampak tak kat situ? Betapa manjanya aku kah!kah!kah!
Nak kerja pon bapak aku yang carikan tau?
Bukan nak usaha sendiri. Ko hado?! (^^,)
Jadi dapatlah aku kerja kat satu kedai buku kat Shah Alam ni.
Aku dulu orang Shah Alam wei. Dari tahun 1985 menetap kat sana.
Pindah Sepang sebab kahwin dengan pak wanlah.
Berhijrah ke tempat orang.
*Ok, sambung balik.*
Korang taulah kalau dah nama pun kerja kat kedai buku, bila ada masa lapang mestilah aku ambil kesempatan untuk baca buku sekejap2kan, hihi.
Serious, aku memang suka mentelaah buku.
Sampai bila nampak longgokan buku tu rasa nak je aku terjun benamkan diri kat dalam longgokan tu haha!
*Psychonya ko mahirah?!*
Sebab tu kalau aku cari kerja sampingan, aku akan cari kedai buku.
Cuma satu part yang aku tak berkenan tu bila hujung tahun dan awal tahun.
Adoihai... maklumlah cuti sekolah.
Bersusun manusia beratur nak beli buku teks anak-anak.
Aku kalau setakat entertain orang tunjuk buku apa yang perlu beli tu tak kisah, ini sampai kena jaga cashier tu yang pemalas nauzubillah.
Bukan apa, penat wei.
Jari ko tak berhenti ketak-ketuk-ketak ketuk tekan butang mesin duit tu.
Kadang boleh sampai salah punch tau tak.
Letih wooo.
Haaaa bila dah sempat baca buku, aku pun 'googlelah' bahagian buku agama kat dalam kedai tu.
Jumpa satu buku amalan harian kalau tak silap.
Rupa buku tu minta maaflah, aku dah lupa huhu.
Selak punya selak, terbacalah zikir amalan harian ni.
Aku jadi terujalah dan terus hafal zikir ni sementara tak ada pelanggan tu.
Maklumlah terkenangkan tengah hari nanti waktu kemuncak aku nak kena jaga chashier,
Kecut perut rasa nak hadap muka2 customer korang tau?
Tapi memandangkan seharian tu aku amalkan.
Subhanallah aku cakap kat korang, cashier time aku jaga masa tu alhamdulillah!
Aku paling risau kalau duit shot, nanti kena potong gaji.
Bos pun mesti dah tak percaya kat aku kalau duit asyik shot je kan?
Tapi, syukur sangat masa aku handle cashier, duit tak lebih tak kurang.
Makna kata ngam-ngam je keuntungan masa aku jaga.
Uih! Lepas pada tu, memang mulut aku terkumat kamit ajelah duk baca zikir ni sentiasa.
Sebab dah tau hasilnya bawa kebaikan pada akukan.
Haaaa... korang kalau tengah berdepan dengan kesukaran tu cubalah amalkan zikir ni.
Trust me, insyaAllah akan dipemudahkan urusan.
Aku suka amalkan zikir ni dan zikir satu lagi masa yang aku cerita pasal kemalangan satria langgar lari dulu.
Siapa yang belum pernah baca, boleh baca kat SINI.
Masa kemalangan satria langgar lari tu aku baca
~"la ilaha illallah anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin"~
Kalau aku nak mudahkan sesuatu kerja, aku baca zikir yang kat bawah ni.
InsyaAllah, semuanya dipermudahkan.
Sekian.
time dalam kelas dulu, cikgu suruh baca doa ni. alhamdulillah, kami sentiasa yang paling top dalam semua kelas masa tu. hehe.....
ReplyDeletep/s : saya kalau dapat buku pun, memang x pandang benda lain. masuk kedai buku memang berjam. :)
haha.. kita serupa... :)
DeleteNice info Kak KM :) Seronok amalkan zikir2 ni :)
ReplyDeleteseronokkan bila dapat hasilnya :)
Deleteada baca juga, tapi belum jadi amalan.. nak kena hafal laa macam nih..
ReplyDeleteahah! jadikan amalan... bagus ni.. :)
Deletenice sharing dear, kena rajin amalkan zikir-zikir ni
ReplyDeletebetul... untuk kebaikan... :)
DeleteBenam muka ke buku? Mmg fanatik dan suka baca buku ni. Tahniah! Susah nk cari org suks membaca ni no wonderlah cara peyampaian dlm blog terstur je sbb maybe rajin membaca cara penulisan teratur
ReplyDeleteKedua dua zikir tu mmg akak amalkan sehingga sekarang dan alhamdulillah semua urusan jln lancar. Sbg cth akak tgh cari parking kat mall pastu pusing2 x ada alhamdulillah lepas baza zikir ni dan dgn bantuan allah ada parking kosong sbb ada org nk kluar. So kepada rakan reader yg belum amalkan moh kita amalkan mmg terbaik. Opss panjang pulak komen nya:-)
betul kak JM.. sy pun klu nak parking sy akan baca zikir tu haha... alhamdulillah... mudah je dapat parking.. hihi :)
Deletememg zikir nih bgus diamalkan
ReplyDelete