Menu Tab

Hasil Tabungan Zulaikha Tahun Ni.

Assalamualaikum korang!

Yeay! Hari ni aku nak balik kampung!
Korang jangan rindu kan aku tau hehe.
InshaaAllah, aku akan cuba update entry macam biasa. 
*cewah, feeling perasan plak ko ni mahirah oi!*
Paling cikai pun join segmen untuk satu hari sampai lebam kikiki.=)

Okeh, hari ni aku nak share cerita pasal menabung.
Korang pernah menabungkan?
Sejak umur berapa korang di ajar menabung?
Ni mesti dah penuh duit dalam akaun korang sampai sekarang ni kan?
~Hehehe~

Tau tak, aku start ajar Zulaikha menabung since umur dia tiga tahun lagi.
Masa tu dia tak tau lagi apa itu duit, apa itu tabung, apa itu menyimpan.
Yang dia tau, korek dompet mak ayah dia, amik duit syiling, dan masuk dalam tabung dia.

"Mama! Kita amik duit ni masuk tabung kita ya!"
atau
"Ayah! Ni duit ayah! Kita nak masuk tabung kitalah!
Haha! Nampak tak kebijaksanaan budak kecik tu?
Kalau tabung dia sentiasa penuh tu kerja dia isi duit syiling kita oranglah tu.
Even kalau jumpa duit 5 sen pun dia masuk dalam tabung dia.
Haha... dia rasa teruja sebab nak tabung penuh.
Duit kertas dia tak heran.
Kalau dapat duit raya, semua dia pas kat aku je.


Ikutkan ni kali ke dua tabung haji ni penuh dengan duit syiling dia.
Baru-baru ni aku mintak tolong pakwan pergi tabung haji dan masukkan duit dia.
Yang bestnya pakwan gi bawak duit kertas tu dengan tabung-tabungnya sekali ke tabung haji.
Ko tak pelik ke semua orang tengok dia masa tu, haha!
Bila sampai kat kaunter, encik kaunter tu cakap

"Bang, lain kali tak payahlah bawak tabungnya sekali. Cuma bawak duitnya je ya."

Muka pakwan yang hitam manis tu mula kemerahan.
*eh, nampak ke merahnya tu miahaha!*
Malu tok sah cakap ar, tersengih-sengih je pak wan kat encik kaunter tu.
Encik kaunter tu pun terus buat kerjanya cam biasa.
Tetiba encik kaunter tu datang balik dan cakap mesin duit tu rosak la pulok.
Haish! Terpaksa tinggalkan duit kat situ then minggu depan baru gi update buku.


Aku ingat lagi, masa mula-mula bawak Zulaikha ke tabung haji nak masukkan duit.
Dia tengok je duit tu terpelanting-terpelanting kat dalam mesin, hihi.
Kali ni tak boleh bawak sebab dia dah sekolah.
Rasa seronok tengok anak dah pandai menabung.
Moga-moga kekallah sampai dia dewasa kelak.

Oklah, tu je nak cerita.
Bye!



14 comments:

  1. wah.. dah lama tak nampak tabung berbentuk tabung haji tu... dah follow sini yer.. :)

    ReplyDelete
  2. KM, anda di tagged http://www.irrayyan.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html
    zulaikha belanja mommy irra eskerim satu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ik nanti KM singgah.. kat kampung ni tak de line... ;((

      Delete
  3. wahhh bgus latih darri kecik....kite nak kawenlah baru betul2 menabung....umor da 20 mse baru2 reti berjimat sikit...heehehhe :D

    ReplyDelete
  4. ini baru di katakan ibu yg bijak, mengajar anak menabung dari kecil lagi dan lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Untung zulaikha bila besar nanti.

    ReplyDelete
  5. menabung jugak dalam tabung tu..hehe

    ReplyDelete
  6. semoga cepat penuh tabung zulaikha..boleh bawa Mama dan Ayah gi haji

    ReplyDelete
  7. baaagusnya kecik kecik pandai menabung daaa.. moga sampai besar pandai menabung yaaa :D

    ReplyDelete
  8. insya-ALLAH, semoga berkekalan ^^,

    ReplyDelete
  9. Anak saya sorang 1 tabung.
    Memang bising pantang jumpa duit bersepah dalam rumah terus kutip.
    Berebut2 pulak tu.

    ReplyDelete
  10. Bgus ajar ank2 menabung dr kecik.. Sy pun dh niat nk buka buku tuk ank ni nti bila dh lahir.. Nk start dr awal..

    ReplyDelete
  11. bgus ajar ank dr kecik menabung

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~