Menu Tab

Apa Dua Parcel Yang Aku Dapat Kelmarin?

Assalamualaikum korang!

Yeay! Kali ni aku nak share parcel apa yang sampai kat tangan aku, hehehe...
Kelmarin, aku baru je dapat 2 parcel dan satu kad raya.
Yang kad raya tu abaikan je sebab bukan dari blogger tapi supplier.
Lagi 2 parcel tu yang menjadi tajuk utama aku nak cerita kat sini.


Ok, apakah parcel yang aku terima hari tu?
Haaaa... aku excited ni haha... *excitedlah sgtkan?*
Parcel pertama adalah Monopod.

*Monopod?! Hek eleh? Monopod pun si mahirah ni nak excited ke?*
Hahaha tau tak pe! Tapi suka hati akulahkan? Perasaan aku. Ngehehe... d(^^,)b 


Dah habis raya baru monopodo ni sampai korang tau?
Nasib baik raya sebulan, jadinya aku boleh lah berselfie lagi berapa minggu.
Cumanya monopod aku ni punya klip loose lah kalau nak pasang kat batang monopod ni.
*korang faham ke apa maksud aku ni? macam mana nak cerita ek?*

Alah, benda alah ni la.

Orang panggil ni klip monopod kan? Betul tak?
Boleh pulak yang aku bulatkan merah tu longgar bila pasang kat batang monopod.
Makna kata dia tak grib kuatlah.
Tapi bila aku pasang camera digital direct to batang monopod tu boleh pulak dia grib cantik dan tak jatuh.
Sudahnya, aku pakai monopod ni untuk camera digital jelah.
Contohnya macam gini.

Memang best ambik gambar.

Phone tu bukannya tak boleh pakai, boleh je nak attached kan tapi kalau dah tengah selfie benda alah tu duk berpusing ke kiri ke kanan, ko tak rasa ke nak hempuk je batang monopod tu ke tanah? Hahaha!
Macam tulah yang aku rasa hari tu masa buat trial demo dengan Zulaikha.

Si Zulaikha pun boleh fikir dan cakap, "Kenapa telepon tu pusing-pusing mama? Dia asyik gerak-gerak je."
Jadi, ada lebih baik aku simpan klip tu dan pakai camera digital je.
Kang tak pasal-pasal batang monopod tu jadi mangsa deraan, hahaha!

Ok, di sini aku share trial demo aku berselfie dengan Zulaikha.


Ya Allah Mahirah! Dah macam rupa bibik dah ko pakai tudung tu?!
Hahaha! Korang jangan cakap apa-apa ek.
Tumbok kang, hahaha.
Kasi chance sikit makcik bedah ni nak berselfie.

Ok bye!

*
*
*
*

Eh! Lupa, ada lagi satu parcel tak cerita ek?
Korang tengok gambar kat bawah ni.
Parcel yang kedua adalah hadiah GA.


Sebenarnya aku ada join GA dari Siti Yang Menaip
Alhamdulillah.. rezeki syawal agaknya, terpilih pulak jadi pemenang GA.
Aku dapat brooch flower dua pcs.
Nak pakai tapi sayanglah.
Ni pun aku sorokkan dari Zulaikha.
Masa dia nampak hari tu, dia pulak yang excited nak pakai brooch tu.
Tak boleh jadi, aku sorok terus.
Kang kalau bagi dia nanti kotor hahaha.

Kedekut punya mak! Dengan anak pun tak dibaginya?
Haha.. sentimental value, orang bagi kot, kenalah simpan.
Bagi kat anak kang, jahanam pulak.
So, terima kasih banyak-banyak kat Siti Yang Menaip di atas pemberian yang comel ni.
Satu aku suka datang ke blog dia ni sebab dia suka travel.
Banyak tips korang boleh baca kat blog dia kalau nak travel.

Kalau korang nak kenal dia, boleh terjah blog dia ya.

Sekian, ok bye!


p/s : haaa korang ni mesti dah salah faham kan? Monopod tu aku beli tau bukan dapat hadiah GA.
Hehehe...

25 comments:

  1. wahhh best nya dapat monopod!!! :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat monopod free mmg best tp ni beli nad huhu... :)

      Delete
  2. bestnya dapat monopod..lepas ni rajin lah berselfie..heheh

    ReplyDelete
  3. alaaaa.. tomeynyee mengetest monopod.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ang biaq betui tika? [-( mcm tu ang kata comei? cam bibik adalah... :-s hahaha

      Delete
  4. KM beli online ke monopod tu huhuhu ni yg x best bilz klip tu longgar dh kira kategori rosaklah
    Mati mati akak Jm ingat KM mssih bujang hohoho rupanya dh ada anak comei si zulaika nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. beli online... nak kata rosak tu tak jugak kak JM sbb hp still boleh bertenggek atas monopod tu bila guna klip... cuma dia tak stablelah bila nak bergambar... klu camera digital tu sesuai. KM rasa monopod ni utk camera digital kot...

      Delete
    2. ya kak JM, KM dah ada anak sorang hehe :)

      Delete
  5. Best x guna monopod. Adik2 ipar suh irra beli monopod. Sbb irra selalu suruh diorg amik gambar. Hahahaha klu ada monopod xleh dh nak mengada2 ngan diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. best... anytime boleh selfie... skang ni boleh dpt yang murah RM15 pun ada tau... :)

      Delete
  6. jelesnye tengok akak menang give kak ct....nak kena cube lagi ni next time! :D tahniah anyway sebab menang!

    ReplyDelete
  7. hahaha...comel ape mahirah muke kamu berselfie...syg lak monopod tuh xleh ketak hp...

    ReplyDelete
  8. wah..pasni entry akan disertai dengan gambar berselfie lah ye..

    comel KM pakai tudung gitu..hehe

    memang suka baca blog CT Humairah..best best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiks Kak Sal memang.. rajin singgah. i looooike :D

      Delete
  9. Kisah monopod. masa gi pulau aman tempoh hari anak sedara aRz kuarkan monopod tapi bergoyang-goyang. risau jugak HP jatuh. Jadi bakar guna lighter untuk ketatkan monopod tu huhu. hodoh la sikit jadinya. Tapi kuat dan steady

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kan? rasanya memang looselah... tp KM letak camera digital, dia grip kuat... kukuh lagi.. [-(

      Delete
  10. CT tak ada monopod. tibai kawan punya kalau diorang ada. sebabnya muka selalu tak cute kalau guna monopod. baik selfie dekat dekat hahaha.

    harap akak suka hadiah tak seberapa tu. maafla lambat hantar hadiahnya. sebijik tu CT buat sendiri broochnya \\^^// mohon percaya. yang kecik cinonet tu CT buat sendiri. nanti next GA jangan lupaaa join ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. of coz akak suka CT.. mana2 GA org bagi mmg simpan kecualilah klu hadiah GA tu makanan... simpan dalam perot jelah hahaha... :-)

      Delete
  11. Hahaha..
    Jangan marah saya tengah gelak ni.
    Sebab saya terbayang kalau2 Mahirah jadikan batang penyapu atau mop.

    ReplyDelete
  12. abis lah nanti ada orang tu asyik berselfie je XP

    ReplyDelete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~