Jom kita ramai-ramai join giveaway SETULUS KASIH IBU BY DR SHIKIN ni.
Apa yang menariknya sampai aku beriya-iya suruh korang join?
Sebab pertama hadiahnya memang pasti menarik.
Sebab keduanya korang diberi peluang untuk buat ucapan hari ibu paling dramatik sampai boleh buat ibu korang meleleh air matalah kalau dengar.
Masih belum terlambat untuk kita wish hari ibu.
Ucapan aku? Nilah nak mula ni. Haha! Aku ni ada satu masalah untuk buat ucapan dramatik. Selalunya aku wish biasa dan belanja makan je. Tak adalah beriya sangat sambut haha.
Okay, Ucapan Aku
Ehem! Ehem!
Mak, along ucapkan selamat hari ibu pada mak.
Walaupun hari tu along dah wish kat mak tapi disebabkan contest ni, along ulang balik ucapan along ni. Huhu. Bolehkan mak?
Mak, bagi along mak adalah segalanya. Sebab apa along kata macam tu? Sebab kalau along ada masalah, mesti mak lah yang along cari dulu untuk luahkan perasaan along ni.
Mak, kalau boleh along nak setiasa duduk dengan mak walaupun along dah ada suami dan anak. Kalau boleh along nak sentiasa berkepit dengan mak macam dulu-dulu masa along kanak-kanak dan remaja. Along rindukan zaman along kecik dulu mak, huhuhu.
Nasib baik rumah kita tak jauhkan mak? Hari-hari boleh jumpa sebab rumah kita sejengkal je pun dah boleh sampai kan mak? Huhuhu.
Mak, sebenarnya banyak along nak luahkan tapi setakat ni jelah yang along mampu luahkan.
Karang kalau dramatik sampai menjejeh-jejeh air mata kang, orang yang baca ucapan ni muntah darah pulak huhuhu.
Okay, mak selamat hari ibu.
I LOVE YOU SELAMANYA!
Aaaa, sedih pulak baca. Good luck akak! :)
ReplyDeleteEh, follow sini lah :)
haha... biasa2 je... tu baru sikit... ngehehe...
DeleteSila rujuk sini untuk Senarai Pemenang SKIC.
ReplyDelete