Menu Tab

Jangan Tak Tau Mak Budak Pun Dapat Duit Raya Jugak Tau?


Haaaaa... jangan tak tau, mak budak macam akak ni pun dapat duit raya jugak tau.
Jangan jeles u olls, hik hik hik...
Mentang-mentang hari ni last kerja.
So, berjimba-jimba jelah sampai balikkan.
Big bos tak dak, second bos tak dak, third bos pon tak dak.
Sooo.. office ni ana yang punya, hahaha...
Sebelum balik tu, tetiba superior aku letak sampul duit raya atas meja.
Aku ingatkan dia berguraulah bagi sampul duit raya kosongkan.
Sekali bukak dalam RM10 ko aku dapat.
Huwaaaa... bersinar-sinar mata aku ni korang tau.
Terus rasa nak jadikan dia kakak angkat selamanya, hahaha! (dan-dan kakak angkat.)

Lepas tu, kita orang pun bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.
Ingatkan ia berakhir dengan kami je, sekali hambik ko satu division aku round mintak maaf. 
Meriah gila jadinya suasana office kita orang tadi.
Lepas tu tetiba ramai pulak yang ikut berjemaah dengan aku kat belakang, hahaha!
Aku tau masing-masing hati dah menggeletik nak balik awal.
Masing-masing dah terbayang-bayang kampung halaman.
Masing-masing menunggu announcement dari HR untuk pelepasan balik awal tapi sampai ke sudah tak ada.
Hampeh betul HR ni, huhu. Harapan hanya tinggal harapan je tadi.

Krik...krik...krik...
Assalamualaikum, ada orang baca ke tak ni?
Sunyi betul blog aku hari ni, huhuhu...
Korang semua dah balik raya ke?
Laaaaa... aku membebel sorang-sorang ke tadi?
Okaylah, aku pun nak prepare baju balik kampung ni.
Baju aku, baju Zulaikha, baju Pak Wan, semua nak kena gosok.
Inilah benda yang paling malas aku nak buat, menggosok dan lipat kain hahaha.
Nak kena buat check list dulu sebelum balik raya.
Karang ada pulak yang tercicir.
Okay daaa~~~


8 comments:

  1. hye..syira jalan-jalan pagi terbang melayang ke blog anda sebelum pulang ke kampung :D
    maaf zahir batin !

    ReplyDelete
  2. jangan risau. nadya pembaca setia blog akak. hahahaha

    untunglaa dapat duit raya..

    selamat hari raya kak. 0-0 tau. balik kg hati2 tauuuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. akak pun pembaca setia blog awak.. hehe..
      Selamat hari raya maaf zahir batin... =)

      Delete
  3. ni saya ada ni. saya baca je blog akak. heeeee... raya pertama je kot maybe x sempat nak blogwalking.

    untunglah kak KM dapat duit raya. ^^, banyaknya boss akak :O

    nasib baiklah baju raya semua dah beli kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya company akaklah paling byk bos..haha.. GM, SM, M... pastu anak2 ikan mcm akak..hehe

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~