Tajuk nampak cemas jekan? Haha... ia tak adalah cemas mana.
Sebenarnya baru-baru ni taman rumah kami ada kes denggi.
Lepas sorang-sorang warded sebab denggi.
So, jabatan kesihatan ambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan penduduk yang lain tidak terkena demam denggi.
Disamping itu mereka kaji juga keadaan kawasan perumahan kami ni bagi mengenal pasti punca bagi penduduk yang dah kena denggi.
Memang betul, ada sesetengah penduduk yang degil menyimpan barang-barang lama contohnya tayar (tak taulah apa yg depa nak buat dgn tayar lama tu) dibiar bertakung dengan air.
Bila ditegur AJK taman, dia naik sawan babi marah kat orang sebab usik barang dia.
Sudahnya panggil je jabatan kesihatan buat spot check, baru terhegeh-hegeh ko buang sebab takut kena samankan?
Seperti yang sedia maklum denggi ni sangat merbahayakan kita semua.
So, macam mana cara nak cegahnya?
Okay, sila baca artikel di bawah dan fahamkan.
**********
Cara Mencegah Aedes Dan Denggi
Berdasarkan statistik terbaru, Denggi telah mengorbankan 29 orang dalam tempoh Januari sehingga 22 Februari 2014, peningkatan 263 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai nyamuk Aedes, berikut adalah fakta-fakta mengenai nyamuk Aedes dan Denggi, dan cara-cara mencegah pembiakan Aedes.
Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi
- Terdapat dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialah Aedes aegypti.
- Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu.
- Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya.
- Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi.
- Simtom Denggi mula wujud 3-7 hari selepas gigitan.
- Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :)
- Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan.
- Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida.
- Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes.
- Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
- 50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.
Ciri-ciri Nyamuk Aedes
- Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya.
- Menggigit di waktu awal pagi dan senja.
- Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
- Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.
- Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan.
- Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
- Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan.
- Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur.
- Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!
Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes
Di Dalam Rumah:
- Bekas jambangan bunga (vase)
- Kolah mandi
- Dulang perangkap air peti sejuk
- Tangki simpanan air
- Lain-lain bekas menyimpan air
- Tangki pam tandas
Di Luar Rumah:
- Tayar buruk
- Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
- Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
- Palong hujan (roof gutter)
- Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi
Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes
Tiada vaksin untuk mencegah Denggi. Satu-satunya cara untuk mencegah Denggi ialah dengan menghalang pembiakan Aedes. Berikut adalah kaedah-kaedah mencegah pembiakan dan menghapuskan Aedes. Tiada Aedes Tiada Denggi.
- Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
- Tutup rapat semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
- Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
- Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
- Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
- Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
- Tutup saluran overflow tangki pam tandas.
P/S: Dah baca dah? So, makesure rumah korang pun clear dari barang-barang yang boleh menyebabkan takungan air ya. Mencegah lebih baik dari merawat. Keluarga kita pun dalam keadaan terselamat.
Hahhaa Terus trgelak bila bce "ada kes denggi:
ReplyDeletesebab mesti asap nyamuk yg sembur nie, ahhaa
Memang betul sekarang denggi datang lagi..
Teringat pulak mse belajar dulu..
Nama2x nyamuk, rindunyaa zaman kolej T_T
haha suspen jekan? tp skang ni mmg kena hati-hati. Kalau boleh waktu petang tu sembur je dengan sheltok..
Deletekami sekeluarga tdo dlm kelambu. tambah2 musim panas ni lagi banyak nyamuk.
ReplyDeleteklu sy pakai kelambu moden... tp bila tido kat kampung je... kat umah tak pakai kelambu...
Deletememang kena ambil langkah langkah berjaga... hain.. bahaya. nyamuk nyamuk sekarang pun beso beso.
ReplyDeleteitula... sekang ni sebelum magrib, akak sembur dulu... mlm baru selesa nak tido
Delete