Menu Tab

Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 2

Waaaaa... akhirnya aku timbul jugak setelah 3 hari betapa tak online. Raya ke 3 balik ke Sepang, nak ceritanya highway dah start jem tau haaaa... aku tadi gagah jugaklah nak balik awal. Sudahnya sampai jam 10 malam jugak. Terlepas segala drama. huh! Ok, aku sambung balik dari cerita Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ part 1 ya.


Labuhan Dagang Banting,
Di pagi Hari Raya

Pagi raya, sesudah subuh kita orang bangun, haha! Excited tak?  Of coz akak excited! Nak kena kemas sikit-sikit saki baki kerja yang patut. Pak Lang Zulaikha dah siap kemas ruang tamu dengan hidangan kuih muih bagai. Kemudian dia susun dulu pinggan dengan cawan kat ruang tamu. Buat style buffet katakan. Tak adalah istilah hidang dua tiga kali untuk tetamu. Penat kaedahnya kalau macam tu, huhu.

Hidangan di hari raya. Ketupat tu penting dalam juadah haha.


Dah siap-siap berkemas semua, kita orang terus bersiap pakai baju raya. Budak-budaklah paling seronok. Nasib baik ko, aku dah gosok siap2 dari rumah. Rupanya berebut iron dengan mak ngah ngan mak uda Zulaikha haha... Aku siapkan Zulaikha dulu sebab nak bergaya dengan sepupu sepapat diakan. Konon-konon princess Elsa pakai gaun biru. Lepas tu baru siapkan pak wan. Eh? Eh? Kena siapkan jugak ke? Haha... mestilah kena. Memberkan nak pergi solat raya. Bila dah ready semuanya, anak menantu lelaki semua naik satu kereta ke masjid. Yang perempuan standby kat rumah.

Sepupu sepapat yang seronok gembira.
Zulaikha seronok betul dengan gaun biru dia tu.

Lebih kurang jam sembilan pagi baru dia orang selesai solat raya. Aku dah ready nak packing barang masuk dalam kereta. Ready untuk balik perak. Balik solat raya je, anak menantu lelaki terus pergi ke kubur arwah mak mertua sedekahkan yasin. Masa tu aku dah nampak muka pak wan mendung je. Sebaklah tu teringat ke arwah mak dia huhu... Aku ni pulak tak boleh tengok muka orang mendung-mendung. Nanti, dengan aku-aku sekali mendung berlalu. Jadi aku kena keraskan hati walaupun sedih, ngeee... mampulah sangatkan nak keraskan hati tu. Haaaa... kejap lagi aku tunjuk gambar kami bermaafan ya.



Lepas balik dari kuburlah yang mula terjadinya drama sebabak, huhu... Sedih baq hang. Aku sedih bukan apa, aku sedih sebab tengok pak wan menangis beriya beno bila salam adik beradiknya huhu. Yang aku, mau tak sedih? Anytime je nak berjurai tapi aku cuba keras hati menjadi penceria suasana. Tak mo sedih-sedih huhu... masa aku salam kakak ipar aku, bukan main beriya-iya sangat dia orang mintak maaf kat aku. Haha... tu mesti banyak mengumpat aku kat belakang tu, kikiki... =)

Masa ni drama sebabak bermula.
Sedih woo... tak boleh tahan air mata.


Haaa... ni KM salam dengan abah mertua.
Yang sebelah abah mertua tu, mak baru pak wan tau.
Jangan korang terkejut pulak ya. Patah tumbuh hilang berganti. hihihi...

Lepas dah selesai salam adik beradik, barulah giliran aku pulak mintak maaf dengan pak wan. Nak ikutkan banyak jugak dosa aku kat pak wan huhu. Tak tersenarai. Suka merajuk dengan dia ngeeee...=) Masa nilah nak sungguh-sungguh mintak maaf tapi punyalah payah aku nak serius sebab aku suka gelak-gelak depan dia bila cakap perkataan maaf tu. Macam mana nak buat ek? Hahaha..

Korang tengoklah betapa cerianya muka aku.
Pakwan pun tak jadi nak sedih hahaha...

Kemudian kami pun jamu selera dengan adik beradik. Apa-apa kena isi perut dulu wei. Karang kebulur tengah jalan. Yang aku kejap2 tengok jam sebab terfikir-fikir bilalah nak bertolak ke perak ni wei? Dahlah kita orang sewa homestay. Kesian tuan homestay. Dia pun nak balik beraya kat perlis. Tak pasal-pasal tunggu kita orang yang sampai lambat ni. Dah siap makan, kita orang salam, kiss2, muah2, nak gerak dah ni. 

Kita orang patah balik ke Bandar Baru salak Tinggi, ambil mak abah aku dulu dan terus gerak ke perak. Yeay! Balik kampung yang lebih mencabar! 

Haaaaa... nak tau perjalanan lancar ke tak lancar? Nak tau homestay mana kita orang berteduh? Tunggu aku update cerita dalam Hari Raya Aidilfitri 2014 ~ Part 3 ya. Penat nak menaip ni wei. Ok bye!


10 comments:

  1. Bab salam2 ni...memang tak bleh tahan. Akak pun sebak.... entah kenapa lah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula... tp sy tak boleh tgk org nangis kak... klu nampak org nangis, sy pun nangis sekali huhu..

      Delete
    2. Saya jarang nangis depan orang, unless ada problem. Kalau tengok tv cerita sedih pun..bila sorang2 baru bercucuran air mata.

      Delete
    3. KM pun jiwa kental tp tak boleh tgk org nangis... jiwa layu terus [-(

      Delete
  2. betul kak. hidang buffet lagi senang. hehe.

    comelnya gaun biru tu. tapi ownernya tak nampak pula. ^^ saya haritu bersalaman pun dah nak sebak dah. adik je tak sebak, sebab dia dari dulu memang macam tu. xpelah akak jadi penceria suasana. at least, tak adalah lama mana semua bersedih. :)

    kenapa akak duduk homestay je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa itulah... tak mo le lelama sgt sedih kang tak makan semua org. huhu..

      akak duduk homestay sebab rumah kampung dah penuh huhu...

      Delete
  3. Bagus suami kak KM.... lembut hati, siap jurai2 air mata mintak maaf....bagus2... kite pon salam husbang kite gelak2....camno tuh? hahahah...selamat hari raye akak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak leh buat apa aisya haha... akak mmg kuat gelak...

      Delete
  4. kan kan...time raya la boleh tgk adegan air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh tengok nanti sy pon nangis same... ;(( sbb tu buat keras hati.. ;-(

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~