Menu Tab

Detik Cemas Kemalangan Langgar Lari Dihadapan Mata Aku

Ya Allah, aku betul-betul bersyukur hari ni sebab terasa diri aku sangat-sangat dipelihara dan dilindungi Allah s.w.t. Aku akui hari ni jalan raya agak kelam kabut dan nampak sibuk. Tak taulah kenapa tiba-tiba jem teruk dari arah bandar baru salak tinggi ke KLIA. Mulut aku terkumat-kami baca zikir "la ilaha illallah anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin" bila dah mula rasa trafik tak terkawal. Why people so clumsy today? Bukannya bangunnan office tu lari ke mana-mana pun. Kalau takut terlewat pun just redha je. Kalau bawa laju, sendiri yang parah bila berlaku kemalangan.

So, ia berlaku di hadapan mata aku hari ni. Aku perasan sebuah kereta satria ni pandu speed laju sangat di belakang aku. Aku risau dia tak sempat break dan aku pun terus masuk ke line kiri. Slow and steady. Then tiba-tiba satria tu pancung dan masuk di hadapan aku. Yang mana aku rasa dia tak bawa laju pun cuma nampak macam dia suka sangat follow rapat-rapat dengan kereta depan. Sebab tu aku cuak dan bagi laluan kat dia. Hati dah terdetik dah. Ini ada jugak yang dia berdentum dengan kereta depan kalau bawak kereta rapat-rapat macam tu.

Aku kekalkan jarak jauh dari kereta satria depan aku tu sebab aku fikir malang tak berbau wei. Apa-apa boleh jadi. Sampailah satu simpang di hadapan balai bomba. Kat situ memang kena slowkan kenderaan sebab kat situ selalu berlaku kemalangan. Kereta yang datang dari line kana n suka pancung masuk ke line kiri secara mengejut. So, nak jadikan cerita, tiba-tiba trafik slow dalam 20km ke 30km mcm tu. Aku yang di belakang kereta satria ni dah nampak dah kereta oren depan satria tu berhenti tapi yang buat aku tergamam tu bila aku tengok satria tu teruskan jugak pecutan tanpa sempat kawal break dan terus hentam kereta oren dihadapan dia tu. Impaknya sampai 3 buah kereta sekali gus kena dengan satu hentaman dari kereta satria tu.

Aku yang di belakang kereta satria tu dah terpaku. Satria tu, remuk gila. Bumper tercabut. Kereta oren depan dia pun sama jugak. Ingatkan owner satria tu nak keluar settle, sekali aku tengok satria tu pi reverse dan terus pecut laju ke line kanan dan buat u-turn macam orang gila babi cabut lari tinggalkan kereta oren yang dilanggar tu dengan keadaan bumper depan tu rebeh. Serious, memang kurang ajar. Consider langgar lari. Aku tak tau nak berhenti ke apa sebab kereta aku alhamdulillah tak kena.

Sekali owner kereta oren (dia lelaki) tu keluar dan halang kereta aku dengan marah sambil tunjuk kereta satria yang dah pergi jauh tu. Aku tak dapat buat apa-apa sebab aku pun tak cam langsung no kereta dia dan aku pun terus blah. Jantung tak payah cakaplah, berdebar ya amat takut kena jadi saksi. Kalau aku jadi saksi pun tak dapat bantu apa-apa. So, dia settle sendiri dengan kereta viva yg dilanggar tadi. Dalam kes ni aku kesian dengan owner kereta oren. Kereta dia dah teruk kena hentam kat belakang tapi dia kena jugak ganti rugi viva yg dia langgar dek sebab impak yg kuat dari hentaman kereta satria tadi. So, claim insuranlah jawabnya.

Ya Allah, syukur sangat bukan aku ditempat itu. Kalaulah satria yg tak bertanggungjawab tu follow belakang kereta aku, mesti kereta aku yang kena langgar lari. Sungguh, ALLAH telah pelihara aku sepanjang perjalanan ke tempat kerja hari ni walaupun aku tau jalan agak sibuk. Lesson learn dari kejadian ni, janganlah drive kereta follow rapat sangat dengan kereta depan. Inilah padahnya yang dapat.

Dan sebelum perjalanan ke tempat kerja aku amalkan doa naik kenderaan.

Kemudian aku baca ayatul kursi sebelum mulakan perjalanan. 


Lepas tu sepanjang perjalanan hingga berlakunya kemalangan tadi, aku amalkan zikir ni.

InsyaAllah, kita akan sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah s.w.t sepanjang perjalanan walaupun ianya hampir berlaku pada kita atau sipi-sipi je nak berlaku pada kita. Percayalah semua ni ketentuan Allah. Dia yang tentukan sesuatu kejadian itu.


10 comments:

  1. eeee tak patutnya...dah langgar lari camtu je...takdek rasa tanggungjawab kee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa itula pasal... mmg tak de civic langsung...

      Delete
  2. ish ish.. tak rasa bertanggungjawab langsung orang yang langgar tu. hain... bersyukur tak kena pape kan kak. alahai.. nak cepat pergi mane, bangunan tetap di situ gak. orang sekarang. T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, akak syukur sgt. Cuma akak rasa geram dgn satria tu on behalf owner kereta oren tu... akak rasa mcm tak de lesen sbb tu cabut lari...

      Delete
  3. memg kurg ajar btul.org kereta satria tuh..kalo sy,nmpk de kereta spesis mcm nih sy amik no plat dia siap siap just in case jd pape.seng

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... tp mimi tadi mmg panic giler ar... satu huruf pun sy tak cam... huhu...

      Delete
  4. kesian kereta oren tu..haishhh xbertnggunjawab btollah kereta satria tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal... entahlahkan manusia sekarang...

      Delete
  5. saya pun pernah tengok depan mata. tapi tak adalah serious macam akak punya pengalaman ni. eii..takutnya.

    xpe, what goes around comes around. kawan saya pun suka bawa laju juga. dah berkali-kali nasihat dia, jangan bawa laju, jangan follow dekat-dekat. dia degil. ha, last sekali, accident. hancur kereta dia. nasib baik dia dapat keluar dari bonet kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa keluar dari bonet? teruk jugak tu... kes langgar lari ni, akak jd sakit hati dgn satria tu... jahat.

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~