Alhamdulillah...
Kita dah sampai ke penghujung ramadhan dah.
Esok dah nak raya.
Jadi hari ni aku nak share beberapa masakan kelmarin.
Baru-baru ni pak wan ajak pergi pasar borong.
Yang menariknya di minggu terakhir ramadan, dah kurang manusia berada kat pasar, hihi.
Aku terfikir, awalnya dia orang bercuti?
Tak sama macam hari sebelum bermulanya puasa ramadhan.
Bapak ramai giler manusia sampai berlaga2 punggung ko tau? Aigooo...
Sudahnya pak wan suruh aku dgn Zulaikha duduk dalam kereta je.
Dia tu memang...
Kalau tak berkenan tengok anak bini dia berasak-asak dgn orang ramai, dihalaunya kita orang masuk kereta huhu... bye2 jelah dari tingkap kereta dari jauh.
Hai... pandai ke pak wan tu beli barang dapur sorang-sorang? Pandai ke dia pilih ikan, pilih sayur, pilih ayam, pilih daging? Bukan selalu orang perempuan ke lagi cekap?
Hahaha... kalau korang nak tau, aku dgn pak wan ni sudah terbalik.
Kalau bab barang dapur, pak wanlah lebih cekap dari aku.
Korang bayangkan aku ni jenis ikan pun aku tak hapal dalam kepala.
Dia? Demua jenis ikan dia hapal.
Nampak ikan Yu, aku cakap ikan Jaws!Terbahak-bahak dia gelakkan aku ko.Mentang-mentanglah kaki pancing, bolehlah ko eksyen dengan akukan. (Tampa kang! Taulah!)
Contohlah kalau dia nak suruh aku masak sesuatu, dia yang pergi cari bahan sendiri kat pasar.
Balik rumah tugas aku cuma bab masak je.
Yang bab siang bawang, siang ikan, potong sayur, semua pak wan yang buat.
Hahaha..
Macam pakwan, dia memang suka sediakan bahan masakan untuk sebulan berpuasa.
Memang kami tak makan luar kecuali bila ada iftar bersama keluarga dan rakan pejabat jelah baru makan kat luar.
Mesti korang pelikkan macam mana kita orang boleh simpan lauk basah selama sebulan, hihi?
Bertahan ke ikan, udang, sotong tu duk dalam peti ais sebulan? Bukan nanti boleh kecut ke? Bukan nanti boleh kering ke? Bukan nanti dah tak sedap ke?
Jangan risau, hehe semua tu ada cara menyimpanan.
Jujur aku cakap, aku cuma belanja dapur sebulan RM200 je.
Di sebabkan kami hanya tiga beranak, so sangatlah berjimat sebenarnya.
Macam mana aku boleh simpan bahan basah tu sampai sebulan?
Ceritanya macam ni, akukan selalu balik johor, so sepupu aku yg nelayan kampung tu rajin bawak balik ikan untuk kami sekeluarga sampai berkilo2 ko.
Aku ni terfikir, macam mana kami nak habiskan satu box putih besar tu sedangkan kami tiga beranak je.
Bila masanya nak masak?
Kang tak masak, sudahnya membazir dan terbuang je akhirnya.
So, sepupu aku pun bagi idea.
Nak tau?Cara penyimpanan bahan basah dengan betul sebenarnya senang je.1. Korang kena siang semua ikan2 tu dan basuh bersih.2. Korang masukkan ikan, udang dan sotong dan lauk2 lain dalam bekas yang berasingan.Contoh, sotong sebekas, ikan sebekas, udang sebekas.3. Lepas tu korang isi air dalam bekas tu penuh giler sampai tenggelam semua binatang tu.4. Then korang bekukan dia kat peti ais.Itu je.
So dengan cara ini, korang punya bahan basah akan sentiasa segar bugar sebab dia dalam keadaan beku.
Dengan cara ni jugak, korang punya peti ais takkan kotor.
Ada sesetengah orang yang pemalas, dia main sumbat je ke dalam peti ais dengan plastik2nya sekali tanpa bilas dan basuh.
Sebenarnya tak bagus. Tak baik untuk kesihatan peti ais itu.
Nanti comotlah peti aiskan?
Nanti bagi tau kat mak, ayah, abang, kakak, adik korang buat cara macam ni ya.
Garenti punya mata ikan tak merah, badan ikan tak lembik atau benyek.
Even pak wan kalau bawak balik ikan pancing pun, memang berhari-hari duk dalam peti ais aku tu.
Bila nak makan besar ngan keluarga baru keluarkan dan masak.
Ok, berbalik pada cerita buka puasa kelmarin.
Kan kita orang pergi pasar borong baru-baru ni? Sebenarnya kita orang nak beli sikit bahan basah untuk standby lepas raya.
Kali ni aku follow pakwan sekali tanpa Zulaikha sebab dia sekolahkan? Hehe
Best woooo... lengang giler tak de orang kat pasar borong.
Aku belek-belek ikan, aku belek-belek sayur.
Ya ampun, aku kalau tengok lauk basah ngan sayur, macam aku tengok makanan kat bazaar korang tau.
Apa yang selera pun tak taulah hihihi.
Bila pandang ikan kembung, aku nampak sambal ikan.
Bila pandang sotong besar, aku nampak sotong sumbat.
Bila pandang ikan tenggiri, aku nampak lauk pindang.
Bila pandang ikan keli, aku nampak lauk masak cili api.
Bila pandang ikan Yu, aku nampak ikan jaws, eh??? =)
Bila aku pandang kerang, aku nampak kerang rebus.
Perggghhh!!!!
Dan inilah hasilnya kerang yang direbus biasa sahaja.
Korang tau ni berapa kilo aku beli? 2 kilo beb!
Aku makan berdua dengan pak wan. Siap boleh simpan dua hari lagi hahaha.
Zulaikha? Dia tak pandai makan. So, kita orang yang makankan untuk dia.
Lepas tu, aku masakkan sayur masak lemak ni.
Sedap bila pekenan dengan telur masin atau ikan masin.
Nampak sempoikan? Tapi kenyang dia sampai ke pagi besok ko.
Ni kerang rebus untuk aku. Hihi... siap ada daun seceoot lagi tu.
Cicah dengan sos, aduhai.. leleh ko.
Oklah, bye!
haaa tok CT pun selalu simpan bahan basah macam tuh.. so jadinya dah terikut ikut.
ReplyDeletetapi tak pernah lagi beli barang untuk sebulan terus.. masak pun jarang-jarang..
setuju. sayur masak lemak memang ngam ngan telur masin n ikan masin.. onomnom..
sedapkan? hehehe...
DeleteOhhh. Mcm buat ais la kan. Ais ada ikan. Hehehe. Nnt ira ikut. Ira just cuci dan asing ikut berapa nak makan tiap kali masak. 2ekor ikan ke. Tapi xde la pulak letak air. Sbb wrap aje
ReplyDeleteklu letak ais mmg gerenti tahan lama punya ikan tu...
Deletewahh bagus pakwan akak ni... rajin sediakan bahan utk masak...mesti akak seronok kan... :D i know the feeling..
ReplyDeletehehehe... itulah alhamdulillah dapat suami ringan tulang. Itu pun abah dia yg ajar mcm tu. Jangan harap pada isteri je, kena saling membantu... =) Bila isteri tak sihat, nanti tak adalah terkial2 nak buat kerja.
DeleteBaguslah tips KM! Nanti nak cuba. Sesuai utk saya yg malas gi pasar selalu...
ReplyDeletehaha... betul.. :)
Deletesedapnya tengok. bestlah dapat suami macam pak wan tu. kerja akak cuma masak je. hahaha. boleh lah bergeng dengan ayah saya. dia pun kaki pancing. pantang betul bila ada yang mengajak.
ReplyDeleteoh, ummi saya memang letak berasingan tapi x pnah lak isi air sampai penuh dalam bekas. nanti saya cakap dekat ummi saya. ^^,
boleh try... tp klu jenis kerap masak tak apa... ni yg jenis jarang masak mcm akak ni memang patut buat cam ni hihi.. :)
Deleterumah sy xpernah masuk kerang..ahakss
ReplyDeleteni pun kali ke dua kita orang beli kerang sepanjang 6 tahun kahwin :) klu teringin selalunya mkn luar.
Delete