Dua tiga menjak ni, rajin pulak suami aku bawak kami anak beranak mandi manda kolam biru kat Pullman.
Anak aku yang pada mulanya tak pandai berenang dalam kolam paras pinggang tu pun sekarang dah terror berenang.
Waktu ni memang tak ramai sebab kita orang pergi masa tu dah pukul 6 petang.
Dapat mandi pun dalam satu jam je dan cuaca sangat mendung.
Pukul tujuh dan tiup wesel, kena halau keluar dari kolam hahaha.
Alololo... korang tengoklah tu bapak dugong berenang, hahaha... confident giler muka dia.
Kalau tengok kat atas tu bapak dia yang lebih-lebih berenang dari anaknya.
Mak duduk tepi kolam je tengok dua beranak tu berenang sebab mak tak bawak baju renang huhu...
Kalau tak, ada jugaklah gambar mak dugong berenang-renang tertepek kat entry ni.
Nasib baik ler laki aku tak buat perangai pi lari terjun kolam kecik tu.
Kalau tidak, kering terus air kolam tu dibuatnya hahaha.
Nak tau Zulaikha panggil pelampung apa?
KOLAMPONG okay! Haha!
Word baru ya, gabungan kolam dan pelampung, sama dengan kolampong.
Boleh masuk dewan bahasa lepas ni.
Masa ni Zulaikha belum pandai berenang.
Air paras pinggang pun dia takut nak berenang tanpa kolampong dia.
Tengok cousin dia rileks je tak de kolampong haha. (dah kenapa pulak aku pun panggil kolampong?)
Bapak Zulaikha tu pulak asalnya tak nak masuk kolam tapi bila tengok anaknya berenang2 dari hulu ke tepian, dia jadi teruja dan terus masuk senyap2.
Tau-tau je dah berenang-renang kat tepi kolam budak kecik haha.
Bukan main seronok lagi anak beranak tu.
Sekarang ni dah jadi aktiviti weekend kita orang pergi mandi manda kat pullman.
Janji budak-budak seronok.
Okaylah tu je ceritanya, BYE!
No comments:
Post a Comment
1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~