Menu Tab

Resepi Ikan Pekasam


Haish, bila tengok balik gambar ikan pekasam ni, terus terliur nak makan dengan nasi putih.
Korang tau tak ikan pekasam ni kalau kita beli jangan dibasuh?
Sebab apa tak payah basuh? Sebabnya ikan pekasam memang diperap sekali dengan berasnya.
So, berasnya tu pun boleh digoreng dan dimakan sekali.
Pergh! Memang sedaplah habaq hang!

So, apa resepi ikan pekasam yang saya selalu buat?

1. Panaskan minyak, masukkan pekasam dan tunggu hingga garing.
2. Bila dah garing sebelah, angkat dan pusingkan tunggu sampai garing lagi.
3. Dah masak, angkat dan letak dalam pinggan.
4. Gorengkan bawang, cili merah yang dihiris sehingga kuning dengan minyak tadi.
5. Dah garing, campurkan ke atas ikan pekasam tadi.
6. Nak tambah sedap lagi letaklah limau kasturi atau lemon.
WAALLA!!


No comments:

Post a Comment

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~