Menu Tab

Kisah Zulaikha Jatuh Tangga Sekolah, Di Tolak atau Jatuh Sendiri?

Assalamualaikum,

Tertarik saya nak cerita tentang anak saya Qistina Zulaikha di sekolah. Puncanya sebab saya dapat panggilan dari cikgu pada pagi ni. Begini ceritanya. Dua hari lepas sebelum dia kena asthma, dia jatuh di tangga sekolah. Yang menariknya, belum masuk dalam kereta dia dah mengadu sakit kaki, lebam dan kata kawan tolak. Saya bila tengok dia merengek-rengek manja tu, mulalah fikir dia mengada. Salah satulah saya boleh percaya, sama ada memang betul kawan dia tolak atau dia jatuh sendiri. Saya kena siasat perkara ni sebelum saya blame sesiapa. Tapi saya tau, tujuan Zulaikha merengek manja tu sebab nak mintak perhatian saya untuk sebelahkan dia dan jangan sebelahkan cikgu.

JATUH TANGGA-DIA MEMBELA DIRI

Okay, pada mulanya saya malas nak bertanya cikgu sebab sebelum ni pun dia pernah jatuh jugak cuma tak seriuslah macam yang kali kedua ni. Jatuh kali pertama dulu tak nampak lebam pun tapi kali kedua ni memang nampak lebam birunya sampai nak sentuh pun dia marah sebab sakit. Bila dah budak cakap macam tu, saya jadi tak sedap hatilah dengan keselamatan anak saya kat sekolah bila dia asyik cakap kawan dia tolak dari tangga. Jadi saya pun SMS cikgu dia. Kat sini saya tak sebelahi siapa-siapa. Saya tak sebelahkan cikgu dan saya juga tak sebelahkan anak saya. Saya tanya sempoi je.

SMS saya : Assalam cikgu, zulaikha buat masa ni saya tak hantar ke tadika ya sbb hari tu dia batuk2 dan malam tu terus kena asthma. Cuma nak tau, balik hari tu dia ada mengadu yg kawan dia tolak dari tanga sebab saya tengok kaki dia lebam bergaris kat bahagian tulang betis. Budak2 ada main tangga ke?

Macam tu je saya tanya. Cuma nak kepastian dari cikgu. Then cikgu pun reply mesej saya tadi.

SMS cikgu : Ok, cikgu noted. Cuba tanya ika, apa nama kawan yg tolak dia tu. Sebenarnya cikgu memang tak tau pasal kes tolak ni. Jadi cikgu nak tau nama kawan yg tolak dia tu. Jadi cikgu boleh trace waktu bila kejadian tu berlaku. Zulaikha memang suka main di tangga walaupun dah ditegah dan dilarang semua cikgu. Cikgu sendiri pernah marah Zulaikha, pasal main ditangga.

Barulah saya tau cerita sebenar yang anak saya suka main tangga. Saya faham anak saya cuba backup diri sendiri sebab tu dia tuduh kawan dia. Dan sebenarnya dia takut saya marah kalau saya dapat tau cerita sebenar dari cikgu. Saya balas semula SMS cikgu.

SMS saya : Tak taulah nak warning dia macam mana. Kali pertama hari tu dia jatuh, saya tak kisah lagi. Budak2 biasalah tu. Saya cuma risau bila dengar dia main tangga ni takut dia lupa akibatnya. Maklumlah rumah sendiri tak ada tangga, dia jadi jakun sikit. Macam tak pernah jumpa tangga. Cuma bila dgn kawan2 tu saya tak pasti budak2 gurau macam mana. Tu yang tanya cikgu.

Lepas SMS tu, cikgu call saya terus. Senang nak berbual cerita sebenar. Lepas dah cerita tu, belah petang saya balik ambil Zulaikha kat rumah nenek dia. Dah sampai rumah, tarik nafas, rileks2 dulu, main gurau2 dengan dia, bagi dia happy2 dulu then baru saya sedia tanya dia. Dari sini saya kena cuba main psyco dengan anak saya supaya dia jujur dan mengaku.

Saya : "Zulaikha, mama nak tanya ni tapi Zulaikha kena jujur, boleh?"
Zulaikha : "Kenapa?" senyum comel. (Dia memang akan tanya kenapa, walaupun sepatutnya dia kena cakap 'apa dia?')
Saya : "Siapa yang tolak Zulaikha hari tu? Sampai lebam kat kaki?"
Zulaikha : Dengan suara perlahan. "Kawan..."
Saya : "Siapa nama kawan tu?"
Zulaikha : "Alia Sarah... tolak kita..." (Masa ni dia jawab takut-takut walaupun saya tanya dengan lembut.)
Saya : "Cuba Zulaikha jujur dengan mama. Zulaikha jatuh sendiri atau kawan tolak sebenarnya?"
Zulaikha : "Kawan tolak..." (buat muka kesian)
Saya : "Jujur dengan mama, kalau Zulaikha tak jujur, mama kurung dalam toilet." (Gertak dia je, tak pernah buat pun sebab tau dia memang takut..."
Zulaikha : (Muka dah cuak.) "Kita...kita...kita...jatuh sendiri..."
Saya : "Jatuh macam mana?"
Zulaikha : "Jatuh... kaki terlipat..." (Muka takut-takut.)
Saya : (Menjuih mulut) "Kenapa Zulaikha tak jujur dengan mama? Kenapa Zulaikha tuduh kawan yang buat? Kan tak baik..."
Zulaikha : Diam membisu tak cakap apa...

Tapi saya tau, kalau dia cakap kawan dia yang tolak, dia mesti fikir saya baking dia dan mintak saya marah kawan dia. Saya terus pesan kat dia.

Saya : "Lain kali Zulaikha kena jujur dengan mama. Jangan bohong sebab Allah tak suka Zulaikha berbohong. Kalau Zulaikha bohong, mama kurung dalam toilet."
Zulaikha : "Tak nak.. kita takut..."
Saya : "Haaaa... kalau takut, jangan bohong dengan mama tak baik, berdosa."

Gitulah kisahnya. Saya terus call cikgu dan inform perkara sebenar pada cikgu. Dan kami pun berborak pasal Zulaikha panjang lebar. Cikgu juga bagitau yang Zulaikha memang jatuh depan cikgu masa kat sekolah. Aduhai... saya tak tau nak cakap macam mana. Kalau dirumah, bolehlah saya pantau anak. Kalau disekolah, saya nak pantau macam mana? Harapkan cikgu jelah tengokkan dia dan tegur kesalahan yang dia buat.



2 comments:

  1. dulu saya kecik2 pn suka maen kt tangga.. berapa kali jatuh.. naseb baek ada karpet.. lepas tu pndah rumah satu tingkat trus jd ank yg baik tgk tv je... hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... lumrah budak2kan? tapi kita yg dewasa ni risaukan keselamatan... mujurlah sy ni rumah setingkat je... bila dapat sekolah bertingkat2 tu yg anak sy jadi jakun sikit...

      Delete

1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~