Pertama kali saya dan anak teman suami ke Kompleks Sukan Negara.
Selalunya company dia buat game kat sekitar sepang je.
Alih2 dengar cerita buat game kat Shah Alam.
Tak terfikir pun dek akal dia nak ajak teman sebab tau kami akan bosan menunggu kat tengh panas tu.
Tadi disebabkan I SUPPORT YOU tu, saya gagahkan jugaklah teman dia ke sana. hehe..
Ni dia orang tengah susun hadiah.
Dengan confidentnya kakak baju cerah tu cakap korang boleh menang punya.
Haha.. daku nak tengok jugak apa hadiahnya.
Masing-masing menunggu team pihak lawan.
Kita orang punya la datang awal sekali pihak lawan paling lewat.
Sabor jelah..
Nampak en suami sedang beraksi mengangkat kaki hahaha..
Masa ni dah fikir, kalau tak menang, tak tau nak cakaplahkan.
Berlatih sakan dari tempat kerja sampai ke waktu ni.
Masih menunggu lagi.
Masa ni dah terfikir kenapalah tak buat je dalam dewan.
Sudahlah ada yang bawa anak kecik.
Tengah menunggu game start, saya bawa zulaikha pergi beli makanan sikit kat dalam.
Kebetulan memang ada jualan kat situ sbb ada sukan tekuando kat dalam dewan.
Memang meriahlah dengar siap dengan lagu negaraku bagai.
Team sudah ready. Hehe, focus tu focus.
Sekali ada salah seorang ahli group yang hilang focus memandang kami.
Siapa lagi kalau bukan ayah zualikha haha..
Tiup je wisel terus mereka beraksi.
Masa nilah nak tengok bapak2 orang main takrow.haha..
Ni hadiahnya dengan mork-up.
Aku tengok pun dah senyum je.
Kalau ini hadiahnya, anak aku pun suka. Adoihai.hahaha...
Ini 2nd runner up kot.
Ini 1st runner up
Sikit punya cantik bunga tu wei.
Ini pula Winner
Entah siapalah yang menang?
Yang pasti bukan team suami saya haha.
Separuh akhir dia kalah so terkeluar.
Dengan hampa dan penat kami pun membawa diri terus balik.
Bunga-bunga indah ni hanya dipandang sepi hahaha...
Apa pun tahniah pada pemenang...
No comments:
Post a Comment
1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~