Menu Tab

ICE Watch

Assalamualaikum,

Tak taulah apa kena dengan aku ni. Tiba-tiba layan jam ice watch. Walaupun tak mahal mana tapi bagi aku warna dia sangat cantik dan striking. Mula-mula pilih warna hijau. Bila terpandang purple, terus jadi berkenan sebab nampak macam ladies sikit. Jadi aku pun rembatlah warna purple.


Kalau ikutkan nak beli color biru muda, pink dan hijau sekali tapi suami cakap jangan tamak. Guna satu sampai rosak, baru beli yang lain. Erm... tak dapatlah hajat nak buat collection. Kalau tidak, bersusun jam boleh pakai ikut warna baju. hehe...


Pesta Buku Antarabangsa KL 2014

Wow! Pesta buku antarabangsa KL lagi wei! 
Siapa yang rajin, pergilah singgah sana. 
Kalaulah saya dekat, dah lama saya pergi. 
Syoknya!!


Kalau mintak tolong member yg duk KL pergi, okay jugak kan? 
Haha... I love bukkkkkkuuuu! 
Rasa nak pengsan tengok buku2 ni.
Kenapalah jauh sangat dia buat?
Kalau buat kat puterajaya, ku gagah jugak pergi cari buku.


Siapa yang pergi tu, semoga korang terhibur.
Habis duit sebab ilmu tak apa.
Jangan habiskan duit pada benda yang tak berfaedah.
Okay! Enjoy!

Busy... Busy... Busy...

Assalamualaikum,

Payahnya nak update blog skang ni. Tak berkesempatan langsung nak karang2. Banyak cerita sebenarnya tapi hai entah bila nak update kongsi cerita hehe.

Sebulan Kemarau Lepas Sebulan Kemudian Musim Bunga



Subhanallah, itu yang saya boleh ucapkan bila tengok rerumput rumah mak saya sudah kembali menghijau dan segar bila disiram hujan. Malah, pokok bunga jiran pun semakin subur berbunga. Bukan setakat pokok bunga kertas je, pokok yang macam kat kedah utara yang banyak bunga tu pun penuh rimbun dengan bunga. Rasa macam duduk luar negara je. Alhamdulillah... Allah uji kita dengan kemarau dan sekarang Allah beri nikmat hujan yang lebat untuk basahkan bumi.


Ingat lagi masa ni rumput yang dulunya hijau jadi kering kontang. Sedihnya. tengok pokok bunga kertas kat atas tu tinggal ranting je. Memang sadis melihatnya. Ni kalau terbaling putung rokok, mau terbakar. Nauzubillah... Masa nilah baru terfikir yang air amat penting bagi kita. Kalau tak, tumbuhan tak subur menghijau.

Sebulan ke dua bulan kemudian, tanah mula jadi hijau semula. Tanah mula jadi lembab dan basah. Kalau korang tengok, tempat longgokan sampah tu tetap tempat yang sama hahaha. Itu pun kalau bakar, memang tak menyala sbb tengah lembab dan basah. Alangkah nikmatnya Allah berikan hujan dan kembalikan kesuburan tanah dan rumput.


Tengoklah, langsung tak ada rumput. Semua kekeringan dan kecoklatan. Ranting2 semua jatuh bertaburan kat jalan. Masa nilah yang jerubu tebal. Yang mana Allah bagi dugaan pada kita semua.


Now, alhamdulillah, cantik tak pokok bunga kertas yg dulunya tinggal ranting dan sekarang subur jadi merak. Pokok yg dulu jadi daun kering now dah jadi subur menghijau.

Moral Of The Story
Hargailah kenikmatan yang Allah bagi sepanjang menumpang di bumi Allah ni.
Bila Allah nak tarik balik, sekelip mata je Allah boleh hilangkan dari kita semua.

OAT Choco Chocolate

Assalamualaikum,

Pagi ni nikmatnya dapat makan OAT Choco ni. First time nampak. Member bawak dari kelantan. RM9 jer. Kalau kat tempat kita ni ada yang RM14-RM18.
Di sebabkan nak sgt OAT ni, sy pun mula google. Rata2 harga RM15 huhu, mahal jugak ya. Belum masuk kos pos lagi. Kalau dah masuk kos pos jadi RM22. Pergh, pengsan dengar. Tu baru dapat satu.
Nak di jadikan cerita, sy pun muat naik gambar chocolate ni kat IG. Terus dpt wassup dari kakak ipar yg kata kwn dia ada jual RM11 jer. Wah.. Pucuk di cita, hari ni jugak kumpul order. Petang ni dia pergi ambil kat kawan dia. Kumpul order dari kawan2 dapatlah jugak 11 bungkus.

So tunggu jelah bungkusan sampai. Oat ni bagus untuk org yg nak memgawal diet. Lepas ni daku makan ni jelah untuk kenyangkan perut. hehe