Beberapa bandar di Lembah Klang pagi ini mencatatkan kenaikan bacaan indeks pencemaran udara (IPU), dan indeks Pelabuhan Klang paling teruk, dengan catatan IPU 137 berbanding 131 pada 6 pagi.
Antara kawasan yang teruk dilanda asap itu adalah Banting dengan bacaan IPU 130, Kuala Selangor (110), Petaling Jaya (123), Shah Alam (125) dan Batu Muda di Kuala Lumpur (112).
Sementara itu, Nilai di Negeri Sembilan juga kini memasuki tahap tidak sihat dengan bacaan 109.
Bacaan IPU pada tahap 5-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (merbahaya).
Pencemaran udara di Putrajaya yang merekodkan bacaan pencemaran udara 110 semalam, berkurangan hari ini dengan bacaan sederhana 86.
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail sebelum ini menolak tanggapan bahawa pencemaran yang melanda Malaysia adalah disebabkan faktor luar atau letupan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia.
Punca pencemaran didapati adalah kebakaran hutan, aktiviti kilang, kenderaan dan pembakaran terbuka, yang bertambah teruk dengan cuaca panas.
Ekoran aktiviti pembenihan awan oleh pihak berkuasa, beberapa kawasan awal pagi ini mengalami hujan. – 4 Mac, 2014.
No comments:
Post a Comment
1. Kome boleh comment apa saja but no ugly words please. Sedap sikit mata orang lain membacanya.
2. Sebarang comment berunsur iklan, politik dan lucah TAK dibenarkan tau kat sini. No! No! No!
3. Kalau nak letak sebarang link, kome boleh guna coding ni ya: < a href="LINK BLOG">NAMA BLOG< /a>
4. KM tak bertanggungjawab tau ke atas sebarang komen yang kome bagi kat sini. Jadi sila jaga tata cara penulisan kome.(^^,)
5. Don't naughty-naughty kat sini ya, cubit kang.
~Itu je nak cakap, ok bye!~